Terkejut juga dengan penampilan santai dan pakaian seksi dari Dayang. Cukup ringkas dan santai dengan baju singlet dan jeans pendek agak berani dan wild pada pandangan saya. Tetapi Dayang tetap gadis yang begitu lemah lembut dan ayu dengan gaya rambut panjang ikal mengurainya. Biasalah, dia kan Beyonce Malaysia. Sebelum ini, kita sedia maklum, Dayang dan Planet Hollywood seakan satu ikatan isi dan kuku.
Memang selalu sangat Dayang Nurfaizah buat showcase di sana. Tetapi berbeza petang tadi bila Dayang meraikan majlis ulangtahun bersama peminat dengan menyanyikan beberapa buah lagu. Antara lagu yang dinyanyikan ialah Cerita Cinta Dayang, Tiga, Listen, Khayal, Denganmu, Tiba-tiba, Hanya Padamu, rangkaian lagu-lagu medley dari Christina Aquilera, Justin Timberlack dan Beyonce iaitu, Tell Me, Smack That, Sexy Back, My Love dan Give it To Me, Hilang dan tidak lupa juga lagu tema untuk drama Emil Emilda, Ingin Ku Miliki. Dengar cerita, semalam ada majlis pelancaran album Dayang 20 07.
Cerita-cerita menarik dan ulasan sepanjang showcase yang bermula jam 3.30 petang tadi akan dikemaskini kemudian. Budiey tinggalkan entri ini dengan rangkaian foto dan gambar Dayang di showcasenya.