in , ,

Meriah & Mewah! Resepsi Perkahwinan Fuad Rahman & Tom Ditaja RM1 Juta

Hari ini berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan pasangan selebriti Fuad Rahman dan Tom yang diadakan di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru.

Majlis yang diadakan di lokasi sama acara Starvendor Foodstival X Nunsatara Music Festival anjuran StarVendors itu berlangsung penuh warna-warni dan meriah dengan kehadiran rakan artis dan peminat yang meraikan pasangan sama cantik sama padan itu.

Meriah & Mewah! Resepsi Perkahwinan Fuad Rahman & Tom Ditaja RM1 Juta

Majlis tersebut sekali gus mencipta rekod apabila mereka menjadi pasangan selebriti pertama yang melangsungkan resepsi di acara StarVendors.

Menariknya, resepsi tersebut telah ditaja oleh pihak Star Vendors dengan jumlah tajaan sebanyak RM1 juta.

“Terima kasih kepada Kak Ifa Raziah dan team kerana meraikan perkahwinan kami ini. Saya tak sangka kerana niat ingin buat yang sederhana sahaja. Syukur alhamdulillah,” ringkas Fuad.

Meriah & Mewah! Resepsi Perkahwinan Fuad Rahman & Tom Ditaja RM1 Juta

Pada 26 Februari lalu, Fuad yang juga penyanyi berasal Singapura sah menikahi Tom sebagai isteri dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Batam, Indonesia.

Tom atau nama lengkapnya Raja Farah Afzal Raja Ikram menerima mas kahwin sebentuk cincin daripada Fuad. Bagaimanapun harga mas kahwin tersebut dirahsiakan.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah yang dilantik dengan disaksikan oleh dua orang abang kepada Fuad iaitu Rozlan Abdul Rahman dan Rasli Abdul Rahman serta berwalikan adik lelaki Tom, Raja Ahmad Faris Afiq.

Meriah & Mewah! Resepsi Perkahwinan Fuad Rahman & Tom Ditaja RM1 Juta

Berkongsi mengenai detik percintaan mereka berdua, Fuad tidak menyangka apabila jodoh mereka yang sebelum terhenti kembali bertaut semula selepas sama-sama menyertai Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).

“Kalau ingin berkongsi mengenai detik bercinta itu, sudah lama sebenarnya. Kami bercinta daripada dahulu, cumanya on off sahaja. Kemudian kami tidak berhubung untuk masa yang lama.

“Kami tidak dijodohkan ketika itu apabila Tom sudah berkahwin lain dan saya berjumpa dengan jodoh saya. Kemudian siapa sangka, takdir menemukan semula kami di Gegar Vaganza 9.

“Sejak daripada GV, saya merasakan itu masa yang paling tepat untuk pilih dia sebagai isteri. Daripada GV juga saya dah beritahu Tom saya ingin bersama dia sampai keluar uban saya, sampai akhir hayat.

“Saya memang sangat sayang dia, berjumpa keluarga pihak dia dan pihak saya. Semua terima dengan baik dan gembira bila tahu kami ingin mendirikan rumah tangga,” kongsi Fuad.

Meriah & Mewah! Resepsi Perkahwinan Fuad Rahman & Tom Ditaja RM1 Juta

Pasangan itu mengambil pentas utama acara Foodstival dengan hiasan pelamin yang cukup mewah sambil diraikan oleh ribuan tetamu yang

Starvendor Foodstival X Nunsatara Music Festival telah berlansung pada 3 hingga 5hb Mar 2023 . Dengan usaha kerjasama Tourezim Johor.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perjalanan Seni Ramli Sarip, Dari Awal Hingga Sukses Jadi Papa Rock

Kurus Ke Gemuk, Almy Nadia Syukur Dikurniakan Suami Kelakar