in

Menu Bersantai di Tepi Laut, Istimewa Dalam BACKYARD GRILL

Bersiaran mulai 10 Julai lalu, setiap Rabu, pukul 10.30 pagi di TV Okey, perkongsian resipi lazat lagi berkhasiat ini boleh diikuti dalam 13 episod siarannya.

Menampilkan pelbagai sajian hidangan barat, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program masakan berbahasa Inggeris, Backyard Grill yang turut memberi penjelasan mengenai pemakanan, rasa dan kebaikan makanan yang disediakan oleh beberapa orang cef setiap episod siarannya.

Menu Bersantai di Tepi Laut, Istimewa Dalam Backyard Grill di TV Okey

Saksikan kecekapan Cef Jeff Rao menyediakan resipi daging kambing panggang, fillet ikan todak dan panggang ayam dengan sayur-sayuran. Menarik penyediaan fillet todak dengan campuran minyak Zaitun, rempah-rempah yang kesemuanya dibungkus dan dipanggang. Akhir sekali Jeff menunjukkan penyediaan BBQ ayam dengan ramuan rempah yang buat khas.

poster Backyard Grill

Sementara itu Cef Carmilya Aina pula menunjukkan cara menyediakan daging kambing panggang dengan bawang putih dan ubi kentang berempah. Ikuti resepi kedua daging lembu yang direbus dengan rempah dan potongan tomato manakala menu ketiga merupakan daging ayam yang diperap dalam sos cili dan Asparagus.

Berbeza dengan Cef Mashad Pino menunjukkan cara memerap daging ayam dalam labu manis. Tip ini boleh digunakan bagi yang ingin mencuba resipi ini. Resipi seterusnya ialah ‘Tomahawk Steak’ atau daging panggang ubi kentang manakala menu ketiga merupakan ikan Barracuda yang dipanggang dengan ramuan rempah terpilih cef Mashad Pino.

Menarik boleh dicuba resipi cef Lalitha menyediakan udang galah bawang putih dan mentega, Cilantro Lime Chicken (daging ayam diperap dengan rempah dan paprika) juga daging kambing yang diperap dengan bawang putih, daun Rosemary, sos cili dan ditumis hinggga menjadi lembut dan senang dimakan.

Cef Yoogesh Rao pula bersedia dengan resipi ‘Grilled Lamb Steak’, ‘Seared Mullet With Coriander Salsa’ dan ‘Grilled Chicken Alfredo’ sebagai menu ketiga (kepingan daging ayam, brokoli, bunga kubis dan krim sayur). 

Bersama-sama cef Narayanan pula menyediakan tiga jenis makanan barat iaitu ‘King Cobia’ (ikan dipanggang dalam corong buluh), daging itik salai dan Cuttlefish Basil Garlic. Ada juga episod Cef Narayanan menyediakan resipi udang ala Perancis yang dinamakan ‘Blue Lagoon Prawn’, panggang Ayam Bruschetta dan Panggang Ikan Kod. 

Ada juga cara penyediaan dua menu daging kambing yang dipanggil ‘Mustard Crumbs/Lamb’, dan ‘Sage Butter Roasted Chicken’ oleh Cef Lalitha. Ikuti cara Cef Carmilya Aina menyediakan ‘Slow Cooked Venison’ (daging rusa panggang), ‘Roasted Turkey Breast’ (ayam Belanda panggang). Istimewanya tip penggunaan jus oren untuk melembutkan daging dan sos Cranberry untuk menambah kelazatan makanan ini. Masakan ketiga ialah satay daging bertusuk. 

Episod seterusnya turut memperkenalkan tiga jenis makanan barat yang sesuai untuk mereka yang berkhemah di tepi laut. Cef Mashad Pino menunjukkan penyediaan panggang daging kambing, ayam dan kapis secara sederhana di tepi laut ia itu, ‘Grilled Scallop On Crab’, ‘T-Bone Steak with Capsicum and Baby Corn’, dan ‘Bruschetta Grilled Chicken.’

Perkongsian Cef Yoogesh Rao menyediakan menu ‘Grilled Dungeness Crab’ (ketam nipah panggang), ‘Grilled Lobster With Bay Butter’ dan ‘Grilled Beef Tenderloin With Mushroom’ (daging dipanggang dalam Cendawan butang). 

Masih lagi resipi makanan barat yang sesuai untuk mereka yang berkhemah di tepi laut dikongsikan pula Cef Mashad Pino iaitu ‘Grill Barramundi Fillet & Coconut Milk in Banana Leaf’,  â€˜Grilled Chicken With Tomato Salsa’, dan ‘Rib Eye Steak With Baked Potato & Asparagus.’

Episod akhir Cef Yoogesh Rao menunjukkan penyediaan panggang ikan Salmon yang dinamakan ‘Sweet & Smoky Cedar Planked Salmon.’ Resipi kedua ialah ‘Honey Balsamic Grilled Chicken’ atau ayam yang diperap dalam Cuka Balsamic dan dipanggang. Menu ketiga ialah daging kambing yang dipanggang di atas sebuah batu panas dan sosnya dibuat daripada Cuka Balsamic dan tomato.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Avengers Assemble Box Set & Tiket Marvel Studios: Ten Years of Heroes

Raja Lawak Junior Pencarian Bakat Komedi Pelapis