in

Menu Autentik Dunia Dalam Program TASTY TALES

Radio Televisyen Malaysia (RTM) Tasty Tales menghimpunkan variasi masakan autentik terkenal dunia dalam sebuah program bertajuk Tasty Tales”sedang bersiaran, setiap Ahad, pukul 10.30 pagi di TV Okey (Astro 109).

Sebut sahaja menu popular negara Jepun, pastinya orang ramai dapat membayangkan keenakkan sushi, kacang soya dan tofu asli, masakan Kantonis di Hong Kong, pelbagai jenis sosej dan manisan di Vienna, Austria dan Switzerland, makanan “Wrap and Roll” terkenal di Vietnam, juga pizza dan pasta di Itali.    

Kongsikan masakan India Utara yang terdapat di United Kingdom, Thailand dan India telah di ubah suai serta disediakan mengikut cita rasa penduduk tempatan. Di London, Cinnamon Club, yang popular dengan masakan India Utara telah menjadi terkenal di kalangan penduduk tempatan.

Begitu juga dengan restoran Gaggan, di Bangkok juga di Delhi, India, fokus diberi kepada restoran “Moti Mahal” dan restoran “Alka Classic” yang menghidangkan masakan autentik India Utara.

Menu Autentik Dunia Dalam Program TASTY TALES di TV Okey (Astro 109)

Pernahkah anda mendengar tentang keenakan rasa masakan istimewa dari negara Peru? Masakan tradisional mereka ternyata masih popular. Seorang cef terkenal dari Peru, Gaston Acuiro telah berusaha untuk memperkenalkan masakan Peru di luar negara dengan membuka restoran di bandar raya Madrid dan popular dalam kalangan orang Sepanyol.

Sebut masakan Kantonis penonton dapat membayangkan negara Hong Kong. Selain dari masakan tradisional Kantonis, terdapat juga masakan “fusion” iaitu masakan Cantonese digabungkan dengan masakan barat. Cef Alvin Ng, menghidangkan masakan “fusion”, Cef Walter Kei, menyediakan makanan Kantonis dengan sentuhan negara barat dan Yau Ting Leow dengan masakan klasik Kantonis.

Pelbagai manisan yang terdapat di restoren terletak di Vienna, Austria seperti kek cawan, muffin dan menariknya pemilik Herwig Gasser telah memperkenalkan manisan “google hop” yang popular.

Episod “Perfect Cuisine, Japanese Style”mengenai makanan kegemaran orang Jepun terutama ikan yang bukan sahaja dimakan mentah sebaliknya juga dimakan dengan nasi sebagai sushi atau sebagai sashimi. Ia mudah didapati di Tokyo dan juga di bandar raya yang lain. Ada juga Fugoyang dibuat dari ikan Puffer yang juga makanan popular orang Jepun. 

Ikuti pelbagai jenis masakan yang terdapat di negara Sicily yang menu utamanya adalah ikan, pasta dan sayur-sayuran. Masakan Sicily dipengaruhi oleh orang Greek, Spanyol dan Arab. Di Palermo, ibu kota Sicily, terdapat pengaruh Arab dan Spanyol dalam masakan tempatan seperti “stuffed rice balls”.Anzo Batalia, seorang cef di San Vito Lo Copo, menghidangkan “Casa de Couscous” yang popular dalam kalangan orang tempatan dan pelancong. Di samping itu, coklat yang dibuat oleh syarikat CioMod juga terkenal bukan sahaja di Sicily tetapi juga di negara-negara Eropah.

Turut diketengahkan masakan negara Vietnam yang dianggap lebih sihat kerana mengandungi sayur-sayuran, herba dan makanan laut. Antaranya kunjungan di sekitar bandar raya Ho Chi Minh menemui penjual elbagai jenis makanan termasuklah “Wrap and Roll” telah menjadi paling popular di antara penduduk tempatan dan pelancong.

Lop Can Ban seorang cef tempatan mempromosikan masakan Vietnam dengan mengadakan kelas masakan untuk pelancong yang minat masakan Vietnam. Seterusnya, Bobby Chinn seorang cef terkenal dari Amerika Syarikat telah membuka beberapa restoran yang menjual masakan autentik Vietnam.

Episod “A Culinary Melting Pot” singgah di dua tempat iaitu Singapura dan Pulau Pinang. Di Singapura, Leslie Tay, seorang “food blogger” mengunjungi beberapa restoran dan gerai dan menikmati pelbagai jenis masakan Kantonis juga berkongsi maklumat serta pandangan beliau berkenaan makanan yang dicuba.

Di Pulau Pinang, C K Lam, juga “food Blogger” menikmati pelbagai jenis masakan istimewa seperti asam laksa, cendol, makanan India dan Cina dan juga masakan “fusion”. 

Berikutnya masakan istimewa negara Switzerland dengan mengunjungi Graubunden, tempat kecil di kawasan Alps yang juga digelar sebagai “Little Switzerland”. Carlsburg Pool berkongsi maklumat tentang masakan popular yang terdapat di tempat ini. “Cervelat” atau “sausages”, makanan kegemaran ramai yang diperbuat daripada pelbagai jenis daging terkenal. 

Menyusul kemudiannya masakan istimewa South Tyrol yang letak di utara negara Itali. Tempat ini paling popular dengan para pelancong oleh sebab masakan di sini adalah gabungan masakan Alpine dan Itali. Di samping itu, kebanyakan restoran di sini menggunakan sayur-sayuran, buah-buahan dan daging serta ikan yang segar dan organik. 

Perkongsian di Alsace di timur negara Perancis mencuba hidangan istimewa mereka di samping manisan dan pastri serta coklat yang unik dan lazat terutamanya di Rebert Patissier. Begitu juga masakan popular “Pizza” berasal dari Naples, Itali. Ikuti sejarah pizza bermula pembukaannya di Port Aler Pizzaria, tahun 1730, kini masih lagi beroperasi hingga ke Grimaldi’s Pizza di Brooklyn, New York. Selepas menjadi popular di Amerika, makanan “Pizza” seterusnya menjadi popular di negara-negara Eropah dan Asia.

Kisah makanan popular “barbeku” yang terdapat di seluruh dunia. Barbeku bermula di Amerika Syarikat dan popular di Eropah. Arthur Bryants di Kansas City merupakan sebuah restoran yang popular dengan masakan barbeku.

Seterusnya, fokus diberi kepada pertandingan masakan barbeku yang diadakan di Switzerland pada setiap tahun dan yang disertai oleh peserta dari seluruh dunia.

Tiga episod akhir tentang keistimewaan masakan berasaskan kacang soya, dan tofu di Jepun juga di Switzerland penanaman kacang soya secara organik dan penghasilan pelbagai jenis tofu dan soya “meatloaf” secara organik. Begitu juga tentang kepelbagaian jenis pasta dan sosej yang dipanggil sebagai “Hot Dog” yang telah menjadi popular di seluruh dunia.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri SYAHADAT CINTA Lakonan Aliff Hadi

Ikon & Legenda Sukan Antarabangsa Dalam Dokumentari NATIONAL ICONS