in

3.15 Juta Menonton Battle Mentor Milenia 2017!

Program realiti popular TV3, Mentor Milenia 2017, yang telah bersiaran secara langsung pada pukul 9.00 malam Ahad lepas berjaya mencecah 3.15 juta penonton! (sumber: Nielsen Audience Measurement)

Sudah ternyata formula mentor Tomok, Black, Hazama dan Akim berkesan setelah program ini berjaya mencetus fenomena dan menarik perhatian penonton di luar sana untuk terpaku di depan kaca televisyen dan menyokong lima protégé yang masih bertanding.

Menurut Zurina Othman, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, “Bukan mudah bagi sebuah program realiti untuk mencecah rating setinggi ini kerana mempunyai saingan daripada saluran televisyen lain. Sejujurnya kami sangat berbangga dengan pencapaian Mentor Milenia 2017 yang berjaya mengangkat kebolehan dan bakat barisan protégé ke mata penonton.

Terima kasih 3.1 juta penonton Mentor Milenia 2017

Selain itu, kami juga kagum dengan kemampuan keempat-empat mentor yang berbakat dan kreatif ini terutamanya dalam pemilihan protégé-protégé mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh kedua-dua belah pihak mentor dan protege pasti melahirkan insan seni yang dapat melakar nama di persada dunia seni. Terima kasih juga kepada para penonton setia Mentor Milenia 2017 dan terus bersama kami hingga ke peringkat akhir yang bakal diadakan pada 7 Mei ini,” ujarnya lagi.

Konsert battle kelapan yang juga merupakan battle suku akhir sebelum memasuki peringkat separuh akhir bakal berlangsung Ahad ini. Bagi menghangatkan lagi suasana pada minggu ini, Mentor Milenia 2017 akan menjemput seorang penyanyi yang kian melonjak nama dan popular iaitu Sufian Suhaimi. Beliau akan menghiburkan penonton dengan dua buah lagu hit “Harus Aku” dan “Terakhir”.

Lebih menarik lagi, battle minggu ini turut menampilkan penyanyi tersohor Yasin Sulaiman sebagai juri jemputan. Seperti minggu-minggu sebelum ini, keputusan persembahan para protégé terletak kepada jumlah markah daripada juri tetap dan juri jemputan sebanyak 50%, undian penonton menerusi laman web rasmi Mentor Milenia sebanyak 30% dan 20% daripada juri awam di studio.

Mentor Tomok, Hazama, Black dan Akim

Mentor Milenia 2017 yang dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh dibawakan khas oleh Neffos, Telefon Pintar Generasi Milenia selaku penaja utama manakala tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan ZIP sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio.

Krew penerbitan Mentor Milenia 2017 diketuai oleh Muhamad Sufian Isa, Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia 2017 dan Khirul Fikry Mustafa sebagai penerbit. Program realiti popular ini turut dibantu oleh Azmeer sebagai penasihat, Sazlan Mat Adnan sebagai koreografer dan Faizal Uzir (Lok-U) sebagai pengarah muzik.

Siapakah di antara Syeera, Elica, Along, Usop dan Balqis yang akan mara ke peringkat seterusnya? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Mentor Milenia 2017 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam – 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protege pada setiap Ahad bermula 6.00 petang selama 30 minit.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia dengan menggunakan hashtag #MentorMilenia2017 untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman media sosial. Para penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Along (Tomok) dan Balqis (Hazama) dan diberikan peluang untuk meneruskan perjuangan mereka di pentas Mentor Milenia 2017 bersama-sama Usop (Hazama), Syeera (Black) dan Elica (Akim).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Paramore Kembali Buat Peminat Teruja dengan AFTER LAUGHTER

Dato’ Siti Nurhaliza Meriahkan Pembukaan Butik LORD’S 1974 di The Gardens Mall