in

Menikmati Sunway Lagoon Dalam Kurang Daripada Seringgit

Para pengunjung kini berpeluang berseronok di Sunway Lagoon, sebuah taman tema yang telah memenangi beberapa anugerah, dengan harga serendah RM 0.70 sehari, berikutan pelancaran rasmi Pas Tahunan Sunway Lagoon baru-baru ini!

Sempena cuti Hari Pekerja yang bakal menjelang, Sunway Lagoon akan memberi ganjaran kepada para pengunjung untuk mendapatkan Pas Tahunan di Kaunter Pas Tahunan Sunway Lagoon yang terletak di pintu masuk utama. Mereka yang membeli Pas Tahunan di kaunter tersebut juga dapat menikmati diskaun serendah 50% bagi pembelian Pas Tahunan yang kedua yang berharga sama atau lebih rendah (hanya dari 24 hingga 26 April 2015 sahaja).

Sunway Lagoon

Menerusi Pas Tahunan Sunway Lagoon, para pengunjung boleh mengunjungi taman tema ini berulang kali untuk menikmati lebih daripada 80 permainan dan tarikan di lima taman temanya, yakni Water Park, Extreme Park, Wildlife Park, Amusement Park dan Scream Park.

Para pengunjung dari semua lapisan masyarakat berpeluang menikmati pelbagai aktiviti yang mengujakan termasuk menyaksikan pasangan Singa Putih yang anggundi Wildlife Park, bersantai di Pantai buatan manusia yang terbesar di dunia, menjerit sekuat-kuat hati di Scream Park, merasai lonjakan adrenalin di Extreme Park, serta menghiburkan diri dengan pelbagai permainan yang menyeronokkan di Water Park dan Amusement Park!

“Sebagai destinasi keseronokan sehenti di Asia, kami yakin detik-detik yang menyeronokkan ini akan terus menjadi tumpuan pada masa-masa akan datang.Oleh itu, pengenalan Pas Tahunan ini memberi akses yang tidak terhad kepada para pengunjung untuk menjelajah ke semua taman tema kami yang mempunyai daya tarikanya yang tersendiri, sekaligus mencipta memori indah yang tidak dapat dilupakan buat mereka,” kata Sean Choo, Pengurus Besar Sunway Lagoon.

Selain lima taman tema yang utama, para pengunjung juga akan dikagumkan dengan taman tema Nickelodeon yang bakal dilancarkan pada tahun ini. Tarikan jenama Nickelodeon ini adalah yang pertama seumpamanya di rantau Asia, dan dibina di tengah-tengah hutan tropika seluas 10 ekar yang mempersonakan untuk mencipta replica dunia misteri yang lenyap sejak 1997.Ia akan memberi satu pengalaman yang amat luar biasa kepada para pengunjung dengan pelbagai tarikan unik termasuk sebuah Rainfotress – dunia permainan air interaktif yang mengaplikasikan teknologi reaktif, dengan sebuah Kawasan Water Spray, Giant Aqua Tube Ride,pelbagai tarikan luncur air dan sebagainya.

Pas Tahunan tersebut boleh diperolehi pada harga RM 300 untuk orang dewasa dan RM 240 untuk kanak-kanak, dan membolehkan anda mengunjungi Sunway Lagoon tanpa had dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pembelian. Bagaimanapun, pas tersebut tidak termasuk permainan naiksekali sahaja (pay per ride).Di samping itu, ahli-ahli Sunway Pals dapat menikmati akses tambahan sebulan lagi, iaitu 13 bulan dari tarikh pembelian.*Harga pembelian adalah termasuk GST.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sunway Lagoon di +603-5639 0000 atau layari laman sesawang Sunway Lagoon di www.sunwaylagoon.com, atau laman Facebook di www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

Sunway Lagoon

Sunway Lagoon

Sunway Lagoon

Sunway Lagoon

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konspirasi Jenayah Profil Tinggi dalam Filem OVERHEARD

Gambar Lee Min Ho di Pelancaran e-Mall 11Street di NU Sentral Malaysia