in ,

Sengketa Ibu Dan Anak Dalam MENGINTAI SYURGA MAMA

Ibu merupakan anugerah terindah yang dikurniakan tuhan kepada seorang anak. Tanpa ibu tidak terjejak sepasang kaki ke tanah dan tidak kenal apa itu erti kehidupan. Radio Televisyen Malaysia (RTM) prihatin dalam menghargai pengorbanan seorang insan bergelar ibu dengan membawakan telemovie bertajuk “Mengintai Syurga Mama”, bersiaran pada 23 Mac, pukul 2.00 petang.

Mengintai Syurga Mama

Sengketa Ibu Dan Anak Dalam MENGINTAI SYURGA MAMA

Telemovie terbitan Zeel Production ini menampilkan gandingan pelakon utama Nad Zainal dan Haliza Misbun yang menghidupkan watak sebagai pasangan ibu dan anak, telemovie khas arahan Tony Francis Gitom ini berkongsi memaparkan kekuatan hubungan kasih sayang suci antara kedua-duanya yang tidak akan putus sampai bila-bila. Malah ikatan ibu dan anak yang terjalin adakalanya menuntut pengorbanan besar salah seorang daripadanya.

Ikuti perjalanan kisah watak utama gadis bernama Lia, pelajar kolej yang aktif dan miliki personaliti yang ceria. Dia dibesarkan oleh ibu tunggal, Aishah yang sangat menyayanginya. Hubungan mereka mesra dan rapat malah mereka selalu berkongsi cerita dan masalah bersama.

Masa berlalu Lia mengenali seorang pemuda dikenali sebagai Ryan. Hubungan mereka kemudiannya mesra sebagai pasangan bercinta. Serius dengan hubungan itu, Lia turut memberanikan diri memperkenalkan Ryan kepada ibunya. Lia gembira kerana hubungan mereka mendapat restu daripada Aishah.

Begitu pun segalanya tidak lama. Sikap Lia berubah menjadi bengkeng, pemberontak, kerana cemburu melihat kemesraan yang ditonjolkan oleh ibunya dengan teman lelakinya, Ryan. Dia menyangka Aishah mahu merebut Ryan daripadanya.

Sejak itu Lia mula dingin dengan ibunya. Pada masa sama dia cuba mengorek rahsia di sebalik hubungan rapat mereka. Namun rasa cemburu bertukar simpati setelah mengetahui ibunya bersikap demikian lantaran tekanan perasaan yang melampau akibat didera mental dan fizikal oleh bekas suaminya yang telah meninggal dunia iaitu Rahman. Ternyata Rahman menikahi Aishah disebabkan mahu melangsaikan hutang bapanya.

Turut dibintangi oleh Hefny Saad, Dato’ Rahim Razali, Lia Natalia, Fahrin Ahmad dan Shah Iskandar, saksikan kesudahan konflik antara ibu dan anak ini di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lama Tahan Sakit, Hidung Shahrol Selamat Dibedah

OPPO A71 (3GB) dengan 32GB ROM Hanya RM699