BAKAT luar biasa seperti boleh meniru pelbagai jenis ton suara adalah satu anugerah istimewa. Tidak semua orang boleh meniru pelbagai jenis ton suara. Jadi kalau anda memilikinya, anda seorang yang bertuah! Ada ke orang yang boleh meniru pelbagai jenis ton suara? Ya ada, namanya ialah Amsyar Lee.
Baru-baru ini, video Amsyar Lee meniru pelbagai jenis ton suara telah tular dalam media sosial kerana keunikan bakat dimilikinya itu. Pemuda tersebut menggunakan laman Twitter untuk menghiburkan orang ramai dengan bakat luar biasanya itu.
Amsyar boleh meniru suara ramai penyanyi terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Jacklyn Victor, Elizabeth Tan, Ning Baizura, Adibah Noor, Nabila Razali, Aishah, Ziana Zain dan ramai lagi.
Aksinya yang bersahaja meniru suara penyanyi terkenal itu membuatkan netizen terhibur apatah lagi seamsa kita semua berada di Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.
Banyak juga video dia mengajuk suara penyanyi-penyanyi terkenal, namun ada satu video yang mendapat lebih daripada 20,000 ulang kicau dan tanda suka.
Video tersebut memaparkan dirinya sedang meniru suara penyanyi-penyanyi terkenal antaranya ialah Siti Nurhaliza dengan lagu berjudul Aku Bidadari Syurgamu.
Ternyata ramai yang rasa pelik sebab Amysar adalah seorang lelaki tetapi mampu mengajuk atau meniru suara penyanyi wanita.
Ramai yang keliru mengenai jantinanya apabila mendengar suaranya. Mungkin disebabkan itu, Amsyar dalam satu kenyataan, menjelaskan dia adalah seorang lelaki.
“Dia boleh tapau lagu Beribu Sesalan tu senang-senang je kalau karaoke,”
– Netizen
Bagaimana? Adakah anda kagum dan terhibur dengan bakat luar biasa yang dimiliki oleh pemuda ini?
Jadi, kalau anda tertekan dan bosan duduk di rumah, apa kata korang tonton video-video yang dimiliki Amsyar dalam twitternya ini. Pasti terhibur!
*Sumber: Twitter & Kita Reporters