Dengan cogan kata “Dekat Di Hati”, TV9 bersedia untuk menembusi salah satu segmen penonton Malaysia yang paling pesat berkembang dengan sasaran kepada golongan muda masyarakat Melayu.
Dengan fokusnya yang jelas, TV9 akan dapat menyerlahkan dirinya dengan menyediakan rancangan hiburan yang menyeronokkan dan memperkukuhkan nilai-nilai murni yang menjadi pegangan masyarakat Melayu. Program TV9 menarik penonton dari segenap lapisan usia, baik kanak-kanak dan remaja mahupun golongan belia dan dewasa, yang pasti terpikat dengan nilai-nilai positif rangkaian TV ini.
TV9 adalah stesen siaran percuma keempat dalam Kumpulan media Prima Berhad, yang telah memlukana penyiaran ke seluruh Semenanjung Malaysia pada 22 April 2006, dan berpotensi mencapai 7 juta penonton di Semenanjung Malaysia. TV9 sekarang juga boleh didapati di saluran berbayar Astro iaitu saluran 119. Liputan TV9 adalah menyeluruh, mencakupi semua negeri di Pantai Timur, iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web www.tv9.com.my.