in ,

Mengaku Terlalu Beremosi, Caprice Siap Buat Permohonan Maaf di Instagram

Ramai yang teruja serta tidak sabar menanti ‘pendedahan’ yang bakal dilakukan penyanyi rap dan usahawan yang dikenali sebagai Caprice pada 21 Julai ini.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila penyanyi rap, Caprice meluahkan rasa hati mengenai misi kemanusiaan ke Gaza. Caprice dalam luahan tersebut mendakwa Ustaz Ebit Lew telah menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk Palestin apabila mengambil gambar ketika menyampaikan permainan kepada anak-anak miskin.

Difahamkan, Ariz Ramli akan membuat sesuatu pendedahan menerusi siaran langsung di laman Instagramnya pada pukul 5 petang waktu Gaza, Palestin atau 10 malam waktu Malaysia.

Tinjauan di laman Instagram penyanyi itu mendapati, rata-rata pengguna mahu Caprice mendedahkan ‘perkara’ sebenar yang telah berlaku di Gaza sehingga mencetuskan kontroversi antara dia dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Pada masa sama, pengguna Instagram mahu dia membongkarkan semua yang telah berlaku di sana jika penyanyi itu berada di pihak yang benar.

Tapi belum pun sempat 21hb, nampaknya Caprice mula sedar akan kesilapan beliau dan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada beberapa pihak.

CAPRICE

Caprice Minta Maaf, Terlalu Beremosi

Caprice menerusi hantaran di Instagram membuat permohonan maaf kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Ustaz Ebit Lew. Caprice mengaku terlalu emosi mengenai perjuangannya demi ummah, Palestin dan rakyat Malaysia.

Jelas Caprice lagi, apa yang berlaku adalah kesilapannya sendiri dan tiada kena mengena dengan pihak yang lain. Dalam hantaran itu, Caprice berterima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin, Kedutaan Besar Malaysia dan kerajaan Mesir yang telah menjaganya dengan baik sepanjang berada di Mesir.

Tidak ketinggalan, penyanyi ini mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Azeez Rahim yang menjadi seperti seorang ‘ayah’ kepadanya selama berkenalan. Katanya, tidak mungkin dia dapat membalas semua kasih sayang dan perhatian yang diberikan kepadanya sepanjang misi ini.

Turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia, Caprice berkata dia akan pulang setelah mengotakan janji-janji yang dibuatnya kepada rakyat Palestin.

“Salam Tuanku @hrhcrownprinceofjohor @hishammuddinhussein ebitlew , Caprice mohon minta maaf atas kesilapan Caprice dimana kita terlalu emosi tentang pejuang kita demi ummah, demi

“Palestine, dan demi Rakyat Malaysia. Ape yang berlaku adelah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain.

“Caprice nak ucapkan terima kasih kepada DS @hishammuddinhussein , Embassy Malaysia mesir, dan Kerajaan Egypt for the hospitality, support, and 24 hour protection and security selama Caprice berada di Mesir.

“Caprice nak ucapkan terima kasih juga kepada DS @azeezrahim yang tibe2 jadi seorang ayah kepada caprice selama kita kenal. I can never repay you back for the love and care you have shown me throughout this mission. And to all the members or HM4P, Team Mercy, dan Media di Mesir, thank you for being a big brother to me and guiding me for the past 30 days. Dato Farid, Dato Razali, Dr Kassim, and Abdullah. I couldnt have asked for a better band of brothers to share this experience. Thank you for the late night talks, the love, and your guidance.

“Last but not least, caprice minta maaf kepada ibu dan ayah caprice for making you worry about my safety. I love you and my intention since the day i chose to go on my own at 16 was only to make you proud.

“Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat Malaysia.

“InsyaAllah i will return after i complete and fufill a few promises i made to the people of Palestine.

“Iam sorry

Salam

CAPRICE

‘Hanya Fikir Kepentingan Peribadi & Ada Juga Nak Kejar Publisiti…’ – TMJ

Umum mengetahui, bapa kepada pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew sudah meninggal dunia selepas disahkan menghidap penyakit kanser perut tahap akhir. Sebelum ini, Ebit sempat berkongsi keadaan ayahnya yang semakin kritikal dan kanser tersebut sudah merebak ke semua anggota badannya yang lain.

Menjunjung kasih Tuanku

Terbaru, Ebit menerusi Instastory meluahkan rasa terharu apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertanya khabar kepada dirinya berikutan pemergian ayah tersayang baru-baru ini. Pada masa yang sama, Ebit turut menceritakan beliau berasa terharu dengan bantuan yang tidak berbelah bahagi yang disumbangkan oleh TMJ demi kesejahteraan rakyat jelata.

Menjunjung kasih Tuanku kerana bertanya khabar perginya arwah ayah saya. Terharu, dari jauh setiap hari melihat Tuanku membantu rakyat dalam kesusahan siang malam.

Susulan daripada itu, TMJ membalas respon yang diberikan oleh Ebit dan pada masa yang sama meminta supaya beliau meneruskan usaha niat baik dalam membantu mana-mana rakyat marhaen yang terkesan.

Yang penting keikhlasan, niat baik dan usaha. Teruskan membantu rakyat Ustaz.

Menerusi satu foto yang dimuat naik oleh TMJ memperoleh puluhan komen daripada rakyat jelata yang bertanyakan apa yang sedang bermain di fikiran beliau. Respon balas yang diberikan oleh beliau cukup ringkas dan mempunyai maksud yang mendalam.

Fikir negara dilanda krisis. Tetapi ada beberapa individu yang hanya fikir kepentingan peribadi dan ada juga nak kejar publisiti. Jaguh handal dalam media sosial. On the ground no balls. Too many berpura-pura/fake. Some people need a backhand.

Caprice Mengaku Terlalu Emosi, Sekali Lelaki Ni Tunjuk Beza Antara Pejuang Dan Pejuwang

Caprice tampil memohon maaf kepada pembesar, pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia di atas segala kesilapannnya kerana terlalu beremosi dalam usaha menjalankan misi bantuan ke Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Caprice aka Ariz Ramli dalam hantaran dimuat naik di Instagram memaklumkan apa yang berlaku sehingga hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu adalah berpunca dari kesilapan dirinya dan tiada kaitan dengan pihak lain.

“Saya mohon maaf atas kesilapan saya di mana kita terlalu emosi mengenai pejuang kita demi ummah, Palestin dan rakyat Malaysia. Apa yang berlaku adalah kesilapan saya sendiri dan tidak terbabit pihak lain.

“Saya juga minta maaf kepada ibu dan ayah kerana membuatkan mereka risau mengenai keselamatan saya selama ini. Saya sayang kamu dan apa yang saya lakukan adalah untuk membuat kamu bangga,” katanya.

Selain itu, Caprice juga berterima kasih dengan pihak kerajaan, Kedutaan Malaysia di Mesir serta kerajaan Mesir di atas segala layanan, sokongan dan perlindungan keselamatan selama 24 jam sepanjang dia berada di negara itu, termasuk buat semua pihak yang sudah membantunya.

Caprice juga memaklumkan dia akan pulang ke tanah air selepas menyelesaikan segala urusan serta melunaskan janjinya kepada warga Palestin.

Susulan itu, pelbagai pihak tampil mengulas tentang perkembangan terbaru permohonan maaf dari Caprice ini:

CAPRICE

ADA BEZA PEJUANG DENGAN PEJUWANG!

Selebriti ni biasa cari makan dengan populariti, dia cuba nak jadi pejuang, tapi tak cukup sifat. Bila teringat wang, maka dia terpaksa buat u-turn.

Begitulah dunia hari ini. Rule no 1 jangan percaya apa-apa propa diorang ni until the facts and proofs given.

Jadi, aku nak tanya, apa jadi dengan Firdaus Wong? Jalan terus or u-turn?

kredit: Aliff Ahmad lll

CAPRICE

Terdahulu Menerusi facebook milik Firdaus Wong semalam, dia memberikan sokongan terhadap penyanyi tersebut yang dikatakn berselisih faham dan tidak berpuas hati dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mengenai misi kemanusian di Gaza.

Kemudian, Firdaus juga menitipkan semangat terhadap Caprice dengan menyatakan dia seorang yang kuat dan tabah untuk menghadapi reaksi semua pihak susulan kenyataan yang dilontarkan. Malah, perkongsian tersebut didakwa ada berbaur sindirian terhadap seseorang.

“InshaAllah, saya dengan anda. Di dunia kita boleh berlakon tetapi bila jumpa Mungkar dan Nakir, lakonan kita di dunia yang mempersonakan serta memperdayakan manusia akan menjadi penyesalan,” ujarnya

Menerusi hantaran permohonan maaf dibuat itu, kebanyakan netizen menyambut baik dan mendoakan Caprice sentiasa dilindungi serta segala urusannya di permudahkan oleh Allah.

Terdahulu, sejak beberapa hari lalu kecoh di media sosial mengenai perbalahan antara Caprice dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sehingga dia ingin mendedahkan sesuatu mengenai kehadiran Ebit bersama pasukannya di Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Caprice memberitahu pendedahan itu akan dibuatnya pada Rabu ini dan ia ditunggu-tunggu oleh warganet. Justeru, dengan permohonan maafnya netizen kini tertanya-tanya apakah penjelasan lanjut dijanjikan Caprice sebelum ini akan tetap dilakukannya?

Rata-rata netizan menasihati caprice supaya bermuhasabah diri

“Baik kau balik belajar jd Ngo utk rakyat2 malaysia dulu.. Buat sepenuh hati smpai kau dh terbiasa ngn keikhlasan.. Lps tu bru g misi besar2 smpai luar negara.. Ni tetiba kau nk kaut yg besar.. Tuhan x tgok berapa besar pemberian kita.. Tuhan tgok berapa ikhlasnya kau dijalanNya..Harap isu kau ni tamat lah.. Sbb aku dh penat nk sakit hati scroll2 fb cerita smpah ni.. Kan tak pasal2 ngn aku2 hati jd busuk”

Saya Cuba Sebar Kasih Sayang, Kenapa Masih Ada Prasangka Buruk? – Ebit Lew

KUALA LUMPUR: Dalam pada itu Pendakwah yang dikenali dengan kerja kemasyarakatan dan kebajikan, Ustaz Ebit Lew, meluahkan rasa kesal apabila masih ada berprasangka buruk biarpun dia cuba membawa dan menyebarkan kasih sayang sesama manusia.

Ia dipercayai susulan kontroversi membabitkannya dengan seorang penyanyi rap, yang diperkatakan sejak beberapa hari kebelakangan ini. Dalam satu video yang tular di media sosial, Ebit berkata beliau tidak kisah dengan kejian atau tuduhan tidak berasas mana-mana pihak, namun sedih apabila ia turut membabitkan ramai pihak lain.

“Apa yang saya buat adalah demi Allah SWT semata-mata. Kalau orang ugut saya pun, saya tak takut. Setakat kata-kata (tak berasas), saya tak kisah tetapi apabila ramai orang lain terlibat sama (dalam situasi itu), saya jadi sedih.

“Walaupun saya cuba nak bawa kasih sayang, pun ada orang nak lawan, nak benci. Saya tak faham.

“Dahulu saya tak kenal Tuhan, saya jahat. Saya bergaul dengan kawan-kawan yang jahat juga, tetapi tak pula jumpa benda-benda begini. Tetapi apabila saya cuba jadi baik dan cuba berdakwah, ujian pula datang tidak berhenti,” katanya yang dilihat menitiskan air mata dalam video berkenaan.

Kontroversi yang memalitkan nama Ebit itu timbul selepas penyanyi rap itu mendakwa ada banyak ‘rahsia’ di sebalik misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini, selain memberi bayangan seolah-olah Ebit adalah punca dia masih tidak dibenarkan memasuki Gaza sehingga hari ini.

Dia juga mendakwa tindakan Ebit memuat naik gambar kanak-kanak Gaza hanyalah untuk tujuan ‘content’ di media sosial.

Dakwaan itu bagaimanapun telah disangkal pembantu peribadi Ebit, Arief Farhan menerusi hantaran di Instagram.

“Salahkah jika UEL (Ustaz Ebit Lew) beri mainan kepada anak-anak di Palestin? UEL ke sana atas dasar misi bantuan dan sumbangan.

“Hubungan UEL dan Menteri Luar Gaza juga baik-baik sahaja. Terbaharu, Menteri Luar Palestin beri surat ucapan takziah ketika pemergian ayahanda UEL,” kata Arief.

Malah Arief memaklumkan pihak mereka juga menempuh jalan sukar untuk memasuki Gaza, dan terpaksa tinggal di Mesir lebih sebulan sebelum mendapat kebenaran.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pre-Order The HUAWEI nova 8i, FreeBuds 4, MateView & MateView GT Before 21 July

Nadir Dedah Cara Team Ustaz Ebit Lew Masuk Ke Gaza Tidak Tersusun?