Sekitar hujung bulan lepas, pelawak Shuk Sahar telah terpalit kontroversi apabila didakwa menduakan isterinya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh. Hal ini didedahkan oleh seorang pengguna Twitter sehingga ia menjadi tular di laman media sosial. Setelah hampir sebulan kejadian itu berlaku, akhirnya selebriti berkenaan membuka mulut.
Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, mengakui pernah mengenali wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh dan isterinya mengetahui tentang perkara itu.
Menurut Shuk, dia dan isterinya sudah berbincang untuk tidak memberi sebarang kenyataan lebih lanjut lagi mengenai isu tersebut kerana fokus utamanya kini hanya keluarga serta kerjaya.
“Saya mengaku yang saya pernah kenal insan terbabit dan isteri pun mengetahui perkara itu. Sebenarnya masalah tersebut sudah lama selesaikan.
“Tapi saya tak tahu apa niat individu yang menyeb4rkan perkara itu. Saya pun dah berbincang dengan isteri dan ambil keputusan untuk tidak mengulas lebih lanjut.
“Apa yang berlaku sudah berlalu dan saya nak fokus kepada keluarga serta kerjaya sahaja sekarang ini,”
Penyampai radio berusia 34 tahun ini bersama isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah enggan mengulas lanjut mengenai masalah tersebut. Menurut Shuk, kejadian itu berlaku ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha menyebabkan dia memilih untuk berdiam diri. Hal ini kerana menurutnya lagi isu tersebut sudah lama diselesaikan secara senyap namun tidak diketahui apakah motif sebenar individu yang menyebarkan maklumat terbabit.
Meskipun begitu, selebriti ini tetap bersyukur kerana hubungannya dengan isteri masih baik walaupun dilanda kemelut berkenaan. Buat masa sekarang, Shuk juga memaklumkan bahawa dia ingin fokus dan mempertahankan keluarganya. Tambahan pula, penyampai radio tersebut turut mengakui kesilapannya serta berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Pengacara dan pelawak terkenal itu ditemui ketika media night bersama HotFM & KoolFM di Red Box, The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sebelum ini, Shuk didakwa berlaku cvrang dan mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.
Kisah tersebut menjadi tular pada awal Ogos lalu selepas seorang pengguna di Twitter mendedahkan beberapa bukti.
Malah individu tersebut juga membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Shuk dan Fara.
Dalam pada itu, anggota kumpulan lawak Balas ini menjelaskan dia mengambil keputusan untuk berdiam diri ketika itu kerana sedang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.
Shuk meluahkan rasa syukur kerana hubungannya dengan isteri sentiasa baik malah mereka tidak berenggang sepanjang kontroversi itu hangat diperkatakan.
“Ketika benda itu (isu cvrang) berlaku, saya dan isteri serta anak dalam perjalanan pulang ke kampung di Pulau Pinang untuk sambut hari raya sebab itu saya ambil keputusan untuk berdiam diri.
“Sepanjang waktu itu, isteri dan saya tak pernah berenggang dan Alhamdulillah, hubungan kami baik saja. Sebagai seorang lelaki, ketua keluarga dan suami… kita tak mungkin lari daripada buat kesil4pan.
“Itu keluarga saya dan saya akan cuba pertahankan sampai bila-bila. Saya belajar daripada kesil4pan dan akan lebih berhati-hati selepas ini,” ujarnya.
Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.