Bercakap pasal Tronsmart ni, ia dah jadi dah jadi satu jenama yang semakin meningkat naik, makin popular sebab ramai yang kasi viral tanpa sengaja tentang produk ni kat sosial media. Menurut kawan-kawan yang dah guna, earphone tanpa wayar yang dikeluarkan oleh Tronsmart ni dikatakan cukup bermutu selain dia punya harga sangat berpatutan dan mampu milik.
Tak hairan kalau produk ni menerima respon atau maklum balas yang sangat positif di seluruh dunia. Haa, nak tahu apakah ciri-ciri istimewa yang canggih manggih dari earphone APOLLO BOLD ni, korang boleh tonton sampai habis video buka kotak di slot GILA GAJET yang disiarkan di saluran Youtube Budiey Channel. Terima kasih kepada Faris yang sudi jadi hos untuk GILA GAJET kali ini.
Oh ya, slot GILA GAJET kali ini ditaja oleh Magic Blue Malaysia yang mana ia adalah sebuah jenama penjagaan diri yang sangat berkesan dan diperbuat dari bahan semulajadi. Korang kena cuba ya! Boleh follow Instagram mereka: @magicblue_malaysia
Dari luaran kotak produk ni nampak premium dan sangat informatif. Kotak dia agak besar berbanding dgn produk sebelum ni. Bentuk dan jenis kertas yang keras ni memang PREMIUM. Kat depan kotak ni, ada gambar earphone ni, so kita tak payah nak bukak tengok produk kat dalam sebab kat luar dah ada gambar earphone ni macamana bentuk dia. Ada tertera ciri yang utama iaitu HYBRID ACTIVE NOISE CANCELLING.
Dalam kotaknya terdapat:
1 pasang Tronsmart Apollo Bold.
2 pasang silikon telinga gantian.
1 bekas pengecas.
1 wayar pengecas USB-C.
1 bag storan.
1 Manual panduan pengguna, warranti, manual panduan ringkas.
Salah satu ciri yang sangat penting untuk produk earphone sekarang, dia kena ada ciri NOISE CANCELLING atau kita kata pembatalan bunyi hingar. Rata-rata pembeli, akan cari earphone yang ada ciri ni.
Kita dapat tengok, perkembangan produk yang ada ciri-ciri TrueWireless dan juga noise cancelling ni, dia bermula sejak Apple memperkenalkan AirPods, dan dua tahun lepas, Sony ada keluarkan produk SONY WF-100XM3. so lepas tu, jenama lain pun terikut nak keluarkan jugak fon telinga macam ni. Jadi, semua jenama earphone keluarkan earphone yang ada ciri sistem pembatalan hingar hibrid. So, Tronsmart pun tak terkecuali.
Apa Itu ANC Hibrid?
ANC atau Active Noise Cancellation (Pembatalan Kebisingan Aktif) Hibrid ialah bagaimana Apollo Bold mengendalikan pembatalan bunyi secara berbeza dengan sokongan kecanggihan cip Qualcomm® QCC5124. Cip QCC5124 menyokong pembatalan kebisingan aktif dan pemprosesan isyarat Bluetooth, menjadikan kedua-dua ciri tersebut mencapai prestasi terbaik tanpa gangguan serentak. Sementara model ANC lain di pasaran harus menggunakan dua cip untuk isyarat Bluetooth dan pembatalan bunyi aktif.
‘Hibrid’ yang dimaksudkan ialah Apollo Bold mempunyai dua jarak frekuensi ANC yang ‘dijaga’, iaitu Feedforward dan Feedback. Feedforward membatal kebisingan dari frekuensi dari jarak sempit iaitu di sekitar 1kHz, manakala Feedback pula membatal kebisingan dari jarak lebar, iaitu pada 1-2kHz. Teknologi ini menjadikan jarak frekuensi yang dibatal oleh TWS lebih baik dan komprehensif.
Audio Kualiti Macamana Pula?
Fon telinga ini menggunakan cip Qualcomm QCC5124 yang menawarkan sokongan pembatalan hingar aktif secara hibrid. Tronsmart Apollo Bold direka dengan teknologi pembatalan hingar hibrid (Feedforward & Feedback) yang membolehkan ia membatalkan sehingga 35dB bunyi hingar.
Dua sistem pembatalan hingar akan menapis bunyi berfrekuensi rendah dan tinggi secara berasingan. Hasilnya ialah pengguna Apollo Bold akan dapat menikmati audio tanpa gangguan dengan lebih baik.
Ia juga dilengkapi dengan sokongan Bluetooth dan kawalan sentuh untuk mengaktifkan Voice Assistant.
Dari segi bateri, fon telinga ini boleh menjangkau sehingga 30 jam dengan penggunaan bersama pod pengecasan dan lebih 10 jam penggunaan bagi satu pengecasan penuh. Pengecasan dapat dilakukan menerusi port USB-C sahaja dalam masa 2 jam.
Antara spesifikasi lain yang terdapat pada Apollo Bold termasuk mempunyai 6 mikrofon serta ciri yang membolehkannya mengesan jika pengguna menanggalkan atau memakai fon telinga ini.
Spesifikasi produk yang selanjutnya:
- Pemacu grafena tersuai berfungsi dengan penyahkodan aptX™ untuk kualiti bunyi yang hebat
- Enam mikrofon berserta teknologi cVc memastikan kualiti bunyi dan panggilan terbaik
- Antena laser LDS menyediakan sambungan mantap
- Tiga mod penggunaan: ANC, muzik dan ketelusan, membolehkan pengguna untuk menikmati muzik di mana-mana, pada bila-bila masa
- Waktu main lebih 30 jam dengan bekas pengecasan (lebih 10 jam untuk sekali cas) dan ia memberi 6 jam lebih banyak masa pengalaman berbanding AirPods
- Ciri pengesanan dalam-telinga membawa pengalaman yang lebih mudah
- Produk canggih yang boleh mengalahkan Apple AirPods Pro ini hanya berharga 46% daripada pesaingnya.
Dengan sokongan bluetooth 5.0, tambatan boleh dilakukan sehingga jarak 15 meter. Sepasang Tronsmart Apollo Bold dijual pada harga RM439 dan kepada korang yang nak beli, bolehlah klik di sini: http://bit.ly/apolloboldshopee14-9
Follow IG: @tronsmart.malaysia