in , , , ,

Diana Danielle Dalam Telemovie MENCARI MARDHATILLAH Arahan Khir Rahman

Lari daripada konflik cinta tidak kesampaian atau cerita-cerita cinta putus di tengah jalan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan telemovie kisah kemasyarakatan, “Mencari Mardhatillah” yang mengisahkan kecekalan dan ketabahan hati seorang janda bersama anaknya yang melarikan diri dari buruan bekas suamnya yang jahat untuk membina hidup baru.

Segalanya membuatkan dirinya kembali kepada jalan Allah. Menerusi watak utama wanita bernama Salina yang dilakonkan oleh Diana Danielle, karya arahan Khir Rahman yang disiarkan pada 14 Mac ini, pukul 8.00 malam menerusi saluran TV Okey ini turut menampilkan pelakon Sefik Khair, Diana Danielle, Zahiril Adzim dan  Syed Muhamad Hasan.

Ikuti cerita wanita tabah, Salina bersama anaknya Rafael pulang ke rumah ibu bapa setelah kematian kedua-dua ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Salina merancang untuk menjual harta yang diwarisi dari orang tuanya dan berhijrah ke Australia untuk melarikan diri dari bekas suaminya Malek. 

poster Mencari Mardhatillah

Malek seorang suami yang jahat dan memperalatkan Salina bagi mendapatkan wang untuk kepentingan dirinya. Oleh kerana diburu oleh Malek, Salina membawa Rafael pulang ke rumah peninggalan datuknya di kampung. 

Datuk Salina, Tuan Haji Ghazali, telah mewakafkan sebahagian besar tanah miliknya untuk madrasah dan asrama anak-anak yatim. Pak Ali dan Mak Jah serta anaknya Aidil, telah diamanahkan oleh Tuan Haji Ghazali untuk menguruskan dan membangunkan tanah yang diwakafkannya. 

Salina memutuskan untuk menginfakan wang harta peninggalan orang tuanya untuk Madrasah Tahfiz DarulHikmah. Sementara itu Rafael, anak Salina tertarik dengan madrasah dan ingin belajar bersama–sama anak yatim yang menghuni asrama di madrasah ini.

Dalam diam Aidil jatuh cinta dengan Salina. Aidil juga menarik perhatian Salina setelah dia menyelamatkannya dari serangan dan ugutan Malek yang berjaya menjejaki Salina dikampung.

Diana Danielle dan Zahiril Adzim...watak utama

Situasi itu membuatkan Salina terus berteka-teki dan banyak kali mempertimbangkan niatnya untuk berhijrah bersama-sama dengan Rafael. Ketika itu juga ibu Aidil meminangnya untuk dijadikan sebagai menantu. 

Salina serba salah kerana dia sedar kebahagiaan yang dicarinya selama ini hakikatnya sudah berada di depan mata. Pada masa sama Salina harus memikirkan siapakah yang layak menguruskan Madrasah Darul Hikmah dan asrama anak-anak yatim yang diwakafkan oleh datuknya.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aliff Syukri Tertekan & Mengalami Depresi Sehingga Mahu Bunuh Diri?

Tomok Main Kasar di Padang? Rakan Artis & Peminat Dedah Sikap Sebenar Tomok