AKIBAT terlampau bersikap terbuka dalam memuatnaik video sedang menari mengikut rentak alunan lagu Lagi Syahtik nyanyian Siti Badriah, pelakon Fasha Sandha kini dikecam netizen yang tidak gemar melihat aksi ‘manja’ itu.
Video yang diambil ketika sedang berehat dalam menjalani penggambaran sebuah filem itu menampakkan Fasha seakan-akan tidak hirau apabila terlihat pahanya sehingga membuatkan netizen hilang hormat terhadap ibu kepada dua cahaya mata itu.
Namun pada mulanya Fasha telah menutup ruangan komen itu tetapi di posting yang kedua, dia hanya membiarkan sahaja netizen berkata-kata dan mengambil keputusan untuk tidak ambil pusing terhadap kecaman yang diterima.
“Nampaknya ramai yang suka dan ada juga kecam video sis berzumba. But, ada sis kisah ke? Shooting filem mmg ambik masa yang lama,… banyak masa menunggu. Jadi, untuk habiskan masa menunggu, kami bersenam.
“Berzumba exercise pun kena kecam kata sis ni tergedik2 menari. Haih, this is what i like, apa masalahnya sayang? orang yang kecam tu ada masalah hati,†tulisnya di salah sebuah posting video terbaharu.
Ketika ini mereka berada di Kuala Kangsar, Perak bagi menjalani penggambaran filem Cerana Biduk Bu Merah.
Sebab utama mengapa dia memuatnaik video itu ialah selepas salah seorang rakannya bertanyakan tentang rahsia dia mendapatkan tubuh badan ramping sebegitu.
Bagaikan kalis kecaman, Fasha yang tidak mahu mengendahkan kecaman itu dilihat terus memuatnaik dua lagi video sementara menunggu waktu memasuki set penggambaran.
Bagaimanapun, ada sesetengah netizen memuji lenggok tarian Fasha yang sangat lembut bak penari profesional sehingga membuatkan mereka ingin mengikuti kelas zumba bersama pelakon drama Teratai Kemboja itu.