in ,

Menangi Trip Ke Jerman Dengan Think Blue. – National Challenge 2013

Lepas banyak kali simpan hasrat untuk ke Jerman, akhirnya Budiey bulatkan tekad dan azam untuk ke bumi Eropah itu jugak. Ya, satu hari nanti, Budiey akan ke sana.

Kalau tak tahun ini, tahun depan pun jadilah. Orang kata, jauh perjalanan luas pengetahuan… itu betul. Budiey sangat-sangat mahu ke Jerman kerana di sana banyak perkara baru dan banyak tempat-tempat menarik seperti Berlin, Wolfsburg dan Frankfurt.

Tapi sekarang ini, impian Budiey untuk ke Jerman terbuka apabila Volkswagen membuka peluang kepada semua orang termasuklah anda semua, dengan hanya menyertai Think Blue. -National Challenge 2013.

Think Blue. Volkswagen

Setelah mengetahui peraduan ini di Facebook, Budiey pun tanpa berlengah-lengah lagi, terus pecut laju ke cawangan Volkswagen di Bangsar untuk mengisi borang. Budiey rasa, tak perlu nak menangguh dan buang masa lagi, Budiey terus mengisi borang. Tak sampai 5 minit, dah complete. Terus masukkan ke dalam kotak yang disediakan.

think-blue

Dalam borang itu, seperti biasa kita kena isi beberapa maklumat peribadi dan kita ditanya juga model kereta Volkswagen yang sangat efisen. Dah tentu Budiey pilih Touareg Hybrid. Kereta idaman kot. Baru ada class sikit!

Thumbs up kat Volkswagen yang bersusah payah untuk membawa warga Malaysia ke Jerman. Satu inisiatif yang sangat bagus dan harus dipuji.

Think Blue Challenge Volkswagen

Kebetulan sampai di sana, rupanya Budiey tak keseorangan kerana Budiey bertemu dengan dua orang peserta yang juga seperti Budiey sangat teruja untuk ke Jerman.

Alang-alang bertemu dengan mereka, Budiey pun terus mengaju beberapa soalan, sekadar berkongsi pengalaman dan tips untuk menjadi pemenang. Manalah tahu kalau ada rezeki.

Seorang pemenang dari peringkat Think Blue. – National Challenge 2013 ini akan dipilih untuk mewakili Malaysia di Think Blue. World Championship 2013 dari 6-10 September 2013 di Jerman.

Menurut Shah, seorang penggemar kereta, dia rasa teruja nak masuk pertandingan ini adalah kerana jiwanya yang suka dengan cabaran dan suka melancong. Lagi pun, jika menang, peserta dapat membawa kawan untuk ke Germany, jadi taklah sunyi sangat kat sana.

Apa yang penting, kita kenalah mengumpulkan mata tertinggi dalam cabaran bermain games kereta Volkswagen di laman Facebook iaitu www.facebook.com/VolkswagenMalaysia.

Menurut Sandra pula, dia memang nak sangat ke Germany. Dia mendengar dari kawannya dan beritahunya tentang pertandingan ini. Disebabkan mudah dan ianya sangat menarik untuk join pertandingan ini, Sandra terus cepat-cepat datang ke showroom untuk mengisi borang. Sandra teruja dengan hadiah trip ke Germany sebab dia mahu pijakkan kaki di Berlin, Frankfurt dan beberapa tempat pelancongan.

Sandra juga bersetuju dengan kempen Think Blue. di mana kempen ini menggalakkan orang ramai mencintai alam sekitar dan mengekalnya untuk generasi yang akan datang.

Menurut mereka, segalanya bergantung kepada nasib di mana pemilihan akan dibuat berdasarkan cabutan. Haa, jika kita bertuah dan bernasib baik, dapatlah.

Think Blue Challenge Volkswagen

Jika nama kita berjaya disenarai-pendekkan, semua peserta yang terpilih akan dikumpulkan di Think Blue. – National Challenge 2013 yang akan diadakan pada 17 dan 18 Ogos. Seorang pemenang dari peringkat Think Blue. – National Challenge 2013 ini akan dipilih untuk mewakili Malaysia di Think Blue. World Championship 2013 dari 6-10 September 2013 di Jerman.

Think Blue Challenge Volkswagen

Nak kata ini satu peraduan tak juga, sebab bagi Budiey ini adalah satu cabaran! Ya, mencabar sejauh mana kemahiran kita mengawal kereta Volkswagen di alam maya! Dan yang lebih penting, ia satu cabaran macamana kita nak menjadi seorang pemandu yang lebih efisen termasuklah kita dapat menjimatkan penggunaan minyak petrol dan sekaligus dapat menjimatkan wang saku. Haa, bila jimat wang petrol, dapat kumpul wang saku untung belanja di Jerman nanti. Cewaah.

Think Blue Challenge Volkswagen

Sebenarnya, beberapa hari lepas, Budiey ada borak-borak dengan beberapa orang selebriti dan Budiey tak sangka mereka juga tahu tentang cabaran dari Volkswagen ni. Rupanya, dah ada seorang selebriti yang dah join peraduan ni. Sungguh tak sangka, keinginan kita untuk ke Jerman adalah sama.

Peraduan ini sedang berlangsung sekarang ini di mana ia bermula pada 1 Julai hinggalah 21 Julai 2013. Ya, masa masih ada. Tapi Budiey tak nak bertangguh lagi. Kalau tak, segala kerja memang tak menjadi. Budiey kira, dah ramai orang kat luar sana teruja bila dapat tahu hadiah utama menanti pemenang iaitu dapat menikmati percutian yang sukar dilupakan di Jerman, sambil mewakili Malaysia di Think Blue. World Championship 2013 di sana.

Budiey diberitahu, ada 2 langkah mudah untuk menyertai Think Blue. National Challenge 2013 iaitu, dengan mendaftar di mana-mana cawangan Volkswagen seluruh Malaysia. Kedua, kita juga boleh bermain terus secara online menerusi Facebook di www.facebook.com/VolkswagenMalaysia.

Seperti peraduan lain, peraduan ini ada syarat yang ditetapkan iaitu kita kenalah berumur 18 tahun ke atas dan mempunya lesen memandu yang sah di Malaysia.

volkswagen

Di situ, semua peserta akan bertarung sesama sendiri untuk memandu kereta Volkswagen yang sebenar untuk dinobatkan sebagai pemandu Malaysia paling efisen.

Jika anda seperti Budiey mahu sangat mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa peraduan ini, sambil jalan-jalan makan angin di Jerman, inilah masa yang sesuai untuk sertai cabaran ini. Orang kata, untung sabut timbul, untung batu tenggelam… untung nasib kita manalah kita tahu, kan?

Usaha tangga kejayaan. Prinsip yang Budiey pegang dari dulu sampai sekarang. Patutlah sekarang dah takde masa untuk berblog sebab asyik duk layan games cabaran memandu guna aplikasi. Nampak sangat susah, tapi lama kelamaan bila dah biasa main games lumba kereta macam ni, mudah je. Lebih banyak masa kita play games ni, lebih banyak peluang untuk menang. Cuma kita sekarang ini berserah pada takdir dan rezeki je.

Budiey nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua pembaca yang join cabaran ini. Jika anda menang, bawalah Budiey bersama sebab seorang pemenang boleh membawa seorang kawan bersama-sama ke Jerman. Aduh, beruntungnya.

Segala info boleh didapati di www.thinkblue.volkswagen.com.my

Think Blue Challenge Volkswagen
Think Blue Challenge Volkswagen
Think Blue Challenge Volkswagen
Think Blue Challenge Volkswagen
Think Blue Challenge Volkswagen

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa Bakal Dilantik Duta Aplikasi Line

Bapa Dira Abu Zahar Selamat Dikebumikan