MENANGI PERCUTIAN KE NEW ZEALAND TERHEBAT AIRASIA X
Terus terang cakap, Budiey belum pernah ke New Zealand. Tapi jauh di sudut hati, memang rasa melonjak-lonjak untuk pergi ke sana. Sebut pasal New Zealand, pasti terbayang di mata kita akan pemandangan tasik, lautan dan gunung ganang yang sangat cantik dan angin nyaman kat sana. Tak kurang juga, bila sebut je New Zealand, pasti teringat tempat menarik yang menjadi lokasi pengambaran filem antarabangsa seperti The Lord of The Rings.
Paling jauh pun, Budiey pernah terbang ke London semasa Dato’ Siti Nurhaliza di buat Konsert di Royal Albert Hall dan bulan lalu, Budiey telah terbang dengan AirAsia X ke Gold Coast, Australia. Best giler!
Ya, pengalaman melancong di luar negara sangat seronok! Jadi, terima kasih kepada AirAsia X yang kini menawarkan tiket penerbangan paling murah untuk kita ke sana. Tahniah juga kerana menjadikan New Zealand destinasi penerbangan yang ke-15. Kalau takde AirAsia X ni, rasanya tak merasalah nak ke sana kan? Rekod yang pernah Budiey baca kat suratkhabar, AirAsia X dah angkut sebanyak lebih 89,000 penumpang bagi tempoh 12 bulan operasinya antara KL-Christchurch, New Zealand. Siapa tak nak, tiket yang ditawarkan sangat murah. Memang mampu untuk semua terbang ke sana. Now Everyone Can Fly katakan… Hehehe.
Gambar: Ini salah satu tempat menarik di New Zealand.
Andai kata korang bercita-cita untuk pergi melancong ke New Zealand inilah masanya yang sesuai. Kalau tak silap pada bulan Disember tahun lepas, AirAsia ada menawarkan tiket serendah RM199 Sahaja. Sangat murah, okay! Aduish, rugi betul tak terbang ke New Zealand masa tu. Sebenarnya, AirAsia dah mula terbang ke New Zealand mulai 1 April lalu dan tiket masih ada untuk pembelian. Cuma layari website AirAsia untuk pembelian.
Sekarang, kalau nak pergi, harga tiket cuma RM499 sahaja. Tempoh untuk booking dari 14 April – 4 Mei 2011. Jadi kepada korang yang nak enjoy dengan percutian kat sana, baik tempah dengan segera ya.
Budiey dikhabarkan mulai April tahun ini, AirAsia X menawarkan perkhidmatan 4 penerbangan tanpa henti seminggu di antara KL-Christchurch. Secara tak langsung ini akan memudahkan kita melancong ke sana sekaligus menjadikan Kuala Lumpur sebagai gerbang untuk ke lebih 139 laluan di Asia Tenggara.
Budiey rasa ramai pembaca bersetuju bila Budiey katakan negara New Zealand memang sesuai untuk berbulan madu dan bawa anak-anak untuk makan angin. Kat sana banyak tempat menarik dan pemandangan sangat cantik untuk kita lawati. Terutama sekali, kat sana banyak ladang-ladang buah-buahan, ada tasik indah seperti Tasik Wakatipu, Tasik Tekapo, Mirror Lake dan banyak lagi.
Kalau diberi peluang, Budiey tertarik untuk mendaki Gunung Vermont. Kat atas sana, kita boleh lihat pemandangan yang sangat luas dan cantik. Kalau tak dapat pergi mana-mana tempat yang tertera kat atas ni, orang kata dapat melihat jambatan magik atau lebih dikenali sebagai New Brighton Harbour yang boleh bertukar warna banyak kali tu pun jadilah kan.
MAHU MERASA PENGALAMAN NEW ZEALAND PERCUMA BERSAMA BUDIEY & 2 ORANG KAWAN?
NAH, INI SATU-SATUNYA PELUANG UNTUK ANDA DENGAN MENYERTAI PERADUAN FACES GO PLACES ANJURAN AIRASIA!
LEBIH HAPPENING, SELAIN TERBANG BERSAMA 2 ORANG KAWAN, ANDA JUGA AKAN JADI BINTANG POPULAR & GLAMOR SEBAB DAPAT BERLAKON DALAM IKLAN AIRASIA!
Okay, Budiey tak nak cerita panjang-panjang tentang tempat menarik sebab apa yang Budiey mahu terangkan kat sini adalah satu berita gembira untuk semua pembaca budiey.com. Di mana impian untuk menjejakkan kaki di New Zealand bakal menjadi kenyataan apabila AirAsia X membuka peluang untuk anda semua ke sana bersama dengan 2 orang kawan dan Budiey pun ikut serta terbang bersama anda!
Peluang ini mungkin datang sekali seumur hidup. Dengan menyertai Peraduan FACES GO PLACES ni, anda berpeluang menjadi salah seorang pemenang untuk terbang bersama Budiey.
Dah tentu Budiey excited giler sebab Budiey akan jadi official fotografer untuk korang. Temankan korang shopping, jalan-jalan dan buat aktiviti kat sana. Selain video & gambar korang dapat masuk blog budiey.com, wajah korang juga akan muncul di iklan AirAsia di TV! Wah! Sekelip mata je korang boleh jadi popular. Glamor tu!
Paling penting, pemenang akan dapat menikmati satu pengalaman percutian yang sangat best di South Island, Christchurch, New Zealand selama 7 hari 6 malam.
Kat sana nanti, AirAsia akan merancang beberapa aktiviti, dan pemenang akan bersama Budiey dalam satu kumpulan yang akan bertanding dengan kumpulan penulis blog & wakil pemenang dari China. Amacam, menarik tak? Ada berani?
WOW! Budiey dah rasa sangat excited dah ni. Tak sabar nak tahu siapa yang akan ikut Budiey terbang ke New Zealand.
Caranya, senang sahaja. Anda cuma layari: Facebook Airasia & sertai pertandingan New Zealand 100% Pure dengan tagline: MAKE A FACE. WIN A TRIP. BE A STAR. Bukan sahaja anda dapat menikmati percutian, anda juga akan menjadi bintang! Bukan bintang Akademi Fantasia atau Mentor, tapi anda akan menjadi bintang di Facebook juga!
BAGAIMANA CARANYA?
Sekarang Budiey nak terangkan cara-cara untuk menyertai pertandingan ini.
1. Mula-mula, anda perlu melayari Facebook AirAsia X – [sediakan link FB AirAsia X]
2. Di Fanpage itu, anda akan nampak satu banner peraduan yang besar tertulis MAKE A FACE. WIN A TRIP. BE A STAR. Ha, dan korang akan nampak ada budak lelaki ni buka mulutnya dengan keluasan yang paling maksima kan? Haha, dan korang klik je kat bawah tu, ada ENTER NOW.
3. Kemudian, di laman seterusnya, anda kena pilih aktiviti.
4. Upload gambar wajah anda di tempat yang disediakan. Kalau boleh, ambiklah gambar wajah anda dengan ekspresi orang tengah excited giler.
5. Kongsikan gambar ekspresi itu dan dapatkan kawan-kawan anda untuk undi. Itu sahaja! Senang bukan!
Kat sini Budiey berikan satu contoh ya:
Untuk langkah pertama, Budiey pilih aktiviti menyelam di Water World. Haa, mesti best la kan dapat berenang dengan ikan lumba-lumba tu.
Jadi, letaklah gambar anda dengan ekspresi yang penuh keterujaan di tahap maksima.
Untuk upload gambar anda tu, anda diberi pilihan samada klik di butang ‘upload from computer’ atau nak ambik gambar dengan menggunakan webcam di komputer anda.
Setelah upload gambar, anda akan terus dipaparkan gambar wajah anda itu tadi di dalam aktiviti yang anda pilih. Contohnya macam ni:
Kemudian, anda tulis caption untuk aktiviti anda itu tadi untuk dipaparkan di wall Facebook milik anda. Contoh: “Wow! I can’t believe I’m swimming with dolphins!”
Dipaparan seterusnya, anda kena isikan nama, alamat email dan nombor telefon untuk dihubungi. Segala maklumat peribadi anda akan dirahsiakan ya. Yang penting, nanti, jika anda mendapat undian paling banyak dari kawan-kawan, pastinya anda akan dihubungi oleh pihak penganjur.
Selain menjemput kawan-kawan anda untuk mengundi gambar anda tadi, korang juga boleh menjemput kawan-kawan supaya ikut serta menyertai pertandingan yang gempak ni. Lagi ramai kawan-kawan yang join, lagi banyak peluang anda untuk menang.
Get ready to win the trip of a lifetime with your face. The adventure is about to begin with “Faces Go Places”
Jadi apa tunggu lagi, jom sertai sekarang.
Layari Facebook AirAsia, klik SINI.