in ,

Menangi Percutian di Hong Kong Bersama Shila Amzah Dalam Peraduan Kongsi Foto

‘nice’ Bekerjasama dengan Shila Amzah untuk Melebarkan Capaian di Malaysia. Inisiatif tersebut memberi peluang kepada peminat untuk merebut hadiah melancong ke Konsert DCFE Colorful‧Live 茜拉 真‧炫色演唱會 (#ShilaColorfulLive) di Hong Kong

‘nice’, app kongsi foto terbesar di China, menjalin kerjasama dengan Shila Amzah, penyanyi popular Malaysia yang telah berjaya mencipta nama di negara tembok besar itu. Kerjasama itu turut mempelawa warga Malaysia sertai peraduan kongsi foto yang menawarkan hadiah tajaan melancong untuk menonton konsert penyanyi­pencipta lagu DCFE Colorful‧Live 茜拉 真‧炫色演唱會 (​#ShilaColorfulLive) pada 30 Oktober 2015 di Hong Kong.

shila-amzah-intrend

Sejak mula diperkenalkan pada Oktober 2013, ‘nice’ telah berkembang menjadi sebuah komuniti seramai 30 juta pengguna. Lebih 150,000 warga Malaysia telah pun berdaftar dengan app ini selepas versi antarabangsa diperboleh pada Apple App Store dan Google Play bulan Mei lalu. Setakat ini, ‘nice’ berjaya menyusuri tiga pusingan himpunan dana berjumlah US$ 64 juta hasil daripada canaian pemodal usaha niaga antarabangsa dan tempatan, menjadikannya salah satu ‘startup’ paling deras berkembang di Asia.

App ini sangat popular di kalangan warga muda dan yang stailo. ‘nice’ kini unggul sebagai kuasa penarik pemasaran dan platform media sosial popular bagi jenama terkemuka, selibriti dan rancangan hiburan realiti. App ini menghubungkan orang dengan cara baru yang bersifat riang ria, memboleh pengguna (digelar sebagai “nicers”) untuk tag label, sticker dan jenama pada foto.

Fungsi slaid app membolehkan para “nicers” melihat foto yang mempunyai tag yang serupa dan yang disyorkan, serta foto yang telah dihantar dari lokasi berdekatan. Fungsian tagging visual dan geolokasi ‘nice’ membolehkan “nicers” mendapat kawan baru serta memaklumi ehwal menarik tentang tempat tinggal mereka dan serata dunia. Pengalaman berkongsi foto jadi lebih seronok dengan ihsan ‘nice’ menyedia pustaka sticker percuma yang sangat luas untuk manfaat pengguna.

Diilhamkan daripada tema konsert Shila ­ “Colorful Live”, ‘nice’ menyedia set­set sticker notasi muzik putih dan berwarna berserta imej Shila, sekaligus memberi peluang kepada para peminat Shila Amzah melahirkan sokongan dengan cara yang unik kepada penyanyi pujaan ramai ini. Sejumlah 12,000 foto berserta sticker tersebut telah pun dikongsi menerusi platform ini sejak dilancarkan Ahad lalu.

“Kerjasama dengan Shila membuktikan ‘nice’ mampu membuat pengguna berkongsi dan menghargai perkara yang mereka kasihi dengan warga sejagat. ‘nice’ juga membantu Shila berhubung dengan para peminat dari Malaysia dan China, dengan cara yang sangat unik dan berkesan,” jelas Peggy Yuan, Pengurusan Pengembangan Global ‘nice’.

Shila Amzah cukup terkenal di negara China, dan kini sedang mengorak langkah untuk menempa kemasyhuran di arena muzik Hong Kong menerusi konsert beliau yang bakal dilangsungkan di bandaraya percutian tersebut.

Peraduan kongsi gambar ini bakal berakhir pada 24 Oktober 2015. Pengguna yang ingin menyertai peraduan hanya perlu muat turun ‘nice’, muat naik foto, guna set sticker Shila, dan tag “Colorful Live”. Para pemenang akan diumumkan menerusi nice_Malaysia (akaun rasmi ‘nice’ di Malaysia).

Mengenai ‘nice’
‘nice’ adalah sebuah app kongsi foto yang sangat pesat berkembang di Asia. Ia menyedia tag dan sticker interaktif pada foto yang dikongsikan. Sejak diperkenalkan pada Oktober 2013, ‘nice’ kini berbangga dengan himpunan komuniti pengguna seramai lebih 30 juta orang. Ia juga menyaksikan pertumbuhan yang signifikan dalam bilangan pengguna di Malaysia sejak diperkenalkan di negara ini pada Mei 2015.
‘nice’ muncul setelah pengasas dan CEOnya, Alex Zhou, mula berkongsi kegemaran tentang fesyen dengan mentag jenama­jenama tersohor dunia pada foto­foto yang dikongsinya. Stail kongsi foto ini telah menular seperti ‘wabak’ di kalangan peminat fesyen muda dan terus merebak luas kerana ramai yang menyertai ‘nice’ untuk merakam dan berkongsi kegemaran hidup masing­masing. Dengan sekadar menokok beberapa teks pada foto, ia menjadi wadah pengungkapan diri yang lebih kaya, lebih­lebih lagi foto + tag kini sudah menjadi trending kepada budaya berkongsi gambar di kalangan generasi muda.
Hari ini, ‘nice’ muncul sebagai app kongsi foto paling popular di China, sekaligus menjadikannya platform pemasaran penarik untuk jenama terkemuka dunia seperti Nike, Uniqlo, Dove dan banyak lagi. Penggiat wayang popular dan rancangan hiburan realiti juga telah menggunakan kelebihan populariti ‘nice’ untuk mempromosi produk masing­masing kepada kalangan warga muda China.
‘nice’ telah berjaya menghimpun dan melalui tiga kali pendanaan pada 2014 berjumlah US$ 64 juta. Ia didokongi Pemodal Usaha Niaga terkemuka tempatan dan antarabangsa termasuk Tiger Global Management, Matrix Partners, Morningside, ZhenFund, H Capital, serta para pelabur yang telah merangsang pertumbuhan Twitter, Groupon dan Zynga: menjadikannya antara startup atau syarikat baru paling pantas berkembang di Asia.
‘ n i c e ’ b o l e h d i p e r o l e h p a d a ​A​ p p l e A p p S t o r e ​d a n ​G​ o o g l e P l a y . ​

Mengenai Shila Amzah
Shila Amzah melakar populariti di China setelah muncul juara di pertandingan nyanyian 2012 “Asian Wave” serta muncul naib juara dalam peraduan Musim Ke­2 “I Am A Singer”. Beliau telah mengeluarkan album sulung dalam bahasa Cina berjodol “​再​见不再见”​(See You or Never) awal tahun ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket Ke Malam Gala LOVE, SUPERMOON

Isu Gangguan Seksual, Bekas Bapa Tiri Lembut Hati Jika Sufi AF 2015 Mohon Maaf