in ,

Menangi Pass Zone Hotlink Konsert OneRepublic

Peminat OneRepublic kini boleh berhibur dengan kumpulan kegemaran mereka secara langsung! Hotlink, Jenama Prabayar Maxis Berhad (Maxis), akan membawa kumpulan rock terkenal dari Amerika Syarikat ini ke Malaysia untuk konsert ‘Native Tour’ mereka, yang dianjurkan oleh JS Concert. OneRepublic akan menghiburkan peminat pada 31 Oktober 2013 di Surf Beach di Sunway Lagoon bermula dari jam 8.30 malam. Bersempena dengan konsert ini, pelanggan Hotlink akan layak untuk mendapatkan diskaun tiket, serta mengambil bahagian dalam pertandingan khas untuk peluang memenangi Pas Zon Hotlink bernilai RM298 dan pas ‘meet-and-greet’ eksklusif.

Hotlink Memberi Pelanggan Peluang Untuk Memenangi Pas Zon Hotlink Ke Konsert OneRepublic, Secara Langsung Di Malaysia. Hotlink adalah penganjur bersama konsert ‘Native Tour’ OneRepublic di Malaysia pada 31 Oktober

Dusyhan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis berkata, “Kami teruja dapat membawa OneRepublic kepada para pelanggan kami. Sebagai permulaan, pelanggan Hotlink secara automatik akan layak untuk diskaun 10% apabila mereka membeli tiket mereka di kedai-kedai terpilih. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menunjukkan isyarat Maxis pada telefon mudah alih mereka di kaunter jualan tiket. Tambahan pula, kami mempunyai beberapa tawaran hebat dan peluang untuk mendekati OneRepublic.”

“Penglibatan kami sebagai penganjur konsert yang sangat dinantikan ini menunjukkan komitmen berterusan kami dalam memberi ganjaran kepada para pelanggan kami diatas sokongan dan kesetiaan mereka yang berterusan dengan tawaran khas dan pengalaman istimewa,” tambah Dushyan.

Pelanggan Hotlink boleh mendapatkan diskaun 10% dengan membeli tiket mereka di mana-mana kedai Rock Corner, The Guitar Store atau Victoria Music. Tawaran diskaun adalah sah sehingga 31 Oktober, dan akan diberikan kepada para pelanggan yang terawal (first-come, first-served), terhad kepada maksimum 4 tiket setiap seorang. Sebelum diskaun, Pas Zon Hotlink dijual pada harga RM298 manakala tiket kemasukan umum berharga RM158.

Pelanggan Hotlink berpeluang untuk memenangi Pas Zon Hotlink bernilai RM298 serta pas ‘meet-and-greet’ eksklusif. Maxis kekal komited dalam menawarkan pelanggan ganjaran diatas sokongan dan kesetiaan mereka dengan pengalaman istimewa

Sementara itu, pelanggan Hotlink juga mempunyai peluang untuk memenangi sepasang Pas Zon Hotlink untuk konsert tersebut. Apa yang mereka perlu lakukan adalah:
1) Hantar 1R ke 22355 dari telefon mudah alih mereka
2) Tunggu untuk menerima SMS pengesahan
3) Tambah nilai sebanyak RM60 (sah sehingga 22 Oktober sahaja). Pemenang yang terpilih akan menerima baucar mudah alih untuk menebus pas mereka.
4) Bagi meningkatkan peluang mereka untuk memenangi zon pas tersebut, para pelanggan perlu memuat turun Pakej Caller Ringtones OneRepublic untuk hanya RM5 dengan mendail *131*3*00628 #, termasuk langkah-langkah di atas.

Untuk berpeluang memenangi sepasang Pas Zon Hotlink DAN pas ‘meet-and-greet’ eksklusif, pelanggan perlu:
1) Hantar 1R ke 22355 dari telefon mudah alih mereka
2) Tunggu untuk menerima SMS pengesahan
3) Tambah nilai RM60 (sah sehingga 22 Oktober sahaja)
4) Melanggan pas Internet Mudah Alih Bulanan 1GB bernilai RM30 dengan mendail #100
5) Pelanggan terpilih akan menerima panggilan dan perlu menjawab satu soalan mudah mengenai OneRepublic untuk memenangi pas-pas tersebut

Pelanggan juga boleh memenangi Pas Zon Hotlink dengan mengambil bahagian dalam peraduan mingguan melalui Facebook, di mana peminat perlu menghantar gambar atau slogan berdasarkan tema bagi minggu tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, yang akan dibuka sehingga 22 Oktober, sila layari www.facebook.com/hotlink.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran Hotlink sempena konsert ini, sila layari www.hotlink.com.my atau saksikan iklan konsert ini di YouTube: http://www.youtube.com/

Untuk maklumat lanjut mengenai OneRepublic, sila lawati http://onerepublic.com/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Miley Cyrus Set To Perform at MTV EMA

Filem Balada Pencinta Lakonan Siti Saleha & Johan As’ari