in ,

Menangi Motosikal KTM Sertai Peraduan Drama SELUDUP

Drama ‘Seludup’ yang kini sedang rancak ditayangkan di Astro Prima baru sahaja membuat pengumuman yang pasti membawa keterujaan kepada peminat drama aksi dan cinta tersebut.

Ia kini menawarkan hadiah sebuah motosikal berkuasa tinggi jenama KTM daripada model Duke 200 bernilai hampir RM20,000 sebagai hadiah utama yang boleh dibawa pulang oleh pemenang peraduan ‘Kapsyen & Menang’ yang baru sahaja dilancarkan di laman Facebook drama ‘Seludup’.

Drama 13 episod yang dibintangi oleh nama-nama besar industri hiburan tanahair seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya itu diarahkan oleh Jehan Miskin yang juga bertindak sebagai produser dan pelakon pembantu.

seludup

“Saya amat berterimakasih kepada KTM Malaysia yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada produksi ‘Seludup’ di mana motosikal jenama tersebut begitu banyak digunakan di dalam drama ini lebih-lebih lagi yang melibatkan Raja Ilya. Pemberian hadiah ini juga adalah sebagai tanda ucapan terima kasih kami kepada peminat-peminat drama ‘Seludup’ yang memberikan respon yang sangat positif kepada naskhah saya ini dan tidak pernah ketinggalan untuk menontonnya setiap minggu.”

Selain motosikal berkuasa tinggi tersebut, terdapat banyak lagi hadiah-hadiah sampingan lain yang boleh dimenangi setiap minggu dengan nilai keseluruhannya mencecah RM50,000.

Menampilkan pelbagai kelainan jika dibandingkan dengan drama-drama lain yang ditayangkan di kaca televisyen, skrip ‘Seludup’ ditulis oleh sebuah panel yang terdiri daripada tujuh orang penulis termasuk Jehan sendiri.

“Saya terlibat dengan penulisan cerita ini secara langsung untuk memastikan agar ia memenuhi citarasa penonton masakini yang lebih bijak dalam menilai sesuatu karya. Ketelitian ini amat mustahak ditambah lagi dengan jalan ceritanya yang jarang sekali disentuh oleh mana-mana pengarah samada dalam dan luar negeri iaitu tentang aktiviti penyeludupan barang-barang haram contohnya rokok seludup, alkohol, dadah dan pemerdagangan manusia. Di sebalik situasi ini, kami selitkan juga kisah cinta dan pergolakan keluarga. Saya yakin sambutan hangat yang diberikan terhadap ‘Seludup’ sedikit sebanyak memberikan petanda bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menerima drama dengan mesej yang lari dari kebiasaan.”

Raja Ilya yang juga merupakan duta jenama motosikal KTM menyatakan:

“Saya melakonkan sendiri kesemua aksi yang melibatkan motosikal. Dengan latihan yang bersungguh-sungguh dan bimbingan daripada Abang Jehan dan pengarah aksi, saya dapat melakonkan aksi-aksi tersebut dengan berkesan dan ia kelihatan hebat apabila ditonton di kaca TV. Peminat drama ‘Seludup’ yang bakal memenangi motosikal tersebut sungguh bertuah kerana ia sememangnya jenama yang amat diakui kualitinya dan rekaannya juga sangat bergaya. Jangan lupa menonton ‘Seludup’ setiap minggu untuk merebut peluang ini.”

‘Seludup’ juga dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group. Ia ditayangkan setiap Khamis jam 10 malam di saluran Astro Prima dan diulangtayang di saluran Maya HD. Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’, dan menyertai peraduan ‘Kapsyen & Menang’ sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup

seludup

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater Super PTUI! & Transit Kaler Magenta Dibatalkan

Sinopsis Filem AFTER THE WEDDING