in , ,

Menangi Kereta Toyota Vios dalam Peraduan RM1,000,000 Money Drop Online

MAXIS BEKERJASAMA DENGAN ASTRO DALAM MENAWARKAN RANCANGAN PERMAINAN ‘RM 1,000,000 MONEY DROP’ MELALUI WEB

• Pelanggan Maxis berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah Toyota Vios dan hadiah mingguan menarik
• Kerjasama antara Maxis dan Astro adalah yang pertama seumpamanya di antara syarikat telekomunikasi dan penyiar televisyen untuk rancangan permainan
• ’1,000,000 Money Drop’ adalah permainan interaktif ’online’ pertama yang boleh dimainkan serentak dengan rancangan TV yang sedang berlangsung

[dropcap]P[/dropcap]eneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu terkemuka Malaysia, Maxis Berhad (Maxis), dengan sukacita memperkenalkan ‘RM1,000,000 Money Drop’, satu permainan berasaskan web, secara eksklusif kepada pelanggannya, di mana para peserta menjawab satu siri soalan pelbagai pilihan untuk peluang memenangi hadiah utama berupa sebuah Toyota Vios serta hadiah mingguan menarik.

[pullquote align=”right”]Pelanggan Maxis berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah Toyota Vios dan hadiah mingguan menarik[/pullquote]

Permainan ‘RM1,000,000 Money Drop’ adalah satu kerjasama di antara Maxis dan Astro berdasarkan satu rancangan permainan yang memiliki nama yang sama yang kini disiarkan di Astro Ria, saluran 104 dan Astro Mustika HD, saluran 134.

T. Kugan, Ketua Produk, Peranti, Inovasi & Perantauan Maxis berkata,

“Di Maxis, kami sentiasa menawarkan para pelanggan perkhidmatan yang melangkaui produk mudah alih tradisional dan kami bersemangat untuk memperluaskan pengalaman baru merentasi platform yang lain, termasuk web. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Astro dalam membawa permainan ’RM1,000,000 Money Drop’ secara eksklusif kepada para pelanggan kami melalui telefon pintar, tablet, komputer riba atau PC, yang juga menandakan gandingan pertama seumpamanya di antara syarikat telekomunikasi dan penyiar TV untuk rancangan permainan.”

[dropcap]P[/dropcap]elanggan boleh bermain ‘RM1,000,000 Money Drop’ melalui permainan web Stand Alone, yang akan ditawarkan sehingga 15 Mac 2013 . Untuk mengambil bahagian, para pelanggan hanya perlu melawat moneydrop.mlp.my dan mendaftar untuk sebuah akaun. Setelah mendaftar, mereka perlu membeli kredit permainan dengan menghantar ‘MD’ ke 26999 melalui SMS. Peserta akan diminta untuk membayar RM1.50 bagi enam kredit permainan untuk bermain enam permainan dan setiap permainan terdiri daripada lapan soalan. Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk mendaftar semula dan menambah kredit permainan mereka selepas selesai bermain enam permainan tersebut.

Pelanggan juga boleh berseronok dengan permainan ’RM1,000,000 Money Drop’ melalui permainan web Play Along, di mana mereka boleh bermain secara serentak dengan rancangan permainan yang sedang disiarkan secara langsung di TV.

[pullquote]Kaedah serentak ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.[/pullquote]

Selain dari web, permainan Play Along juga boleh dimain melalui peranti iOS seperti iPhone dan iPad.

Kedua-dua versi permainan ‘RM1,000,000 Money Drop’, yang dijalankan di dalam Bahasa Malaysia, terbuka kepada pelanggan berusia 18 tahun ke atas.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini dan cara bermain, para pelanggan boleh melayari moneydrop.mlp.my dan klik di atas ikon ‘Bantuan’ yang terletak di bahagian atas kanan halaman.

T Kugan Maxis

T. Kugan, Ketua Produk, Peranti, Inovasi & Perantauan Maxis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

10 Sebab Mengapa Anda Wajib Tonton Lagenda Budak Setan 2 Katerina

Join Yuna on GALAXY Wonderland