in

Menangi Hadiah Lumayan Dalam National Geographic

NATIONAL GEOGRAPHIC DI TV1 TAWAR HADIAH LUMAYAN
Memaparkan dokumentari tentang haiwan, kehidupan, sains, kebudayaan masyarakat dan sejarah, program National Geographic disiarkan di TV1 setiap hari mulai jam 7.00 petang hingga 8.00 malam pastinya cukup menyumbang kepada memberikan inspirasi kepada manusia untuk mengambil berat tentang penjagaan alam sekitar.

Melihat dari sudut latar belakang program ini, RTM ternyata berusaha untuk meningkatkan prestasi stesen dari segi purata penonton melalui aktiviti mesra penonton atas beberapa rancangan utama di waktu prima. Pastinya kaedah pertandingan Kuiz SMS dilihat mampu memikat penonton ke rancangan bukan sahaja untuk menonton tetapi berinteraksi dengan stesen.

Syarikat produksi tempatan, Gama Taktik Sdn Bhd yang membekalkan rancangan itu telah memberi jaminan untuk menyediakan hadiah pertandingan tersebut untuk tempoh 6 bulan.

Oleh itu, RTM dengan kerjasama Rentak Setia Sdn Bhd menyediakan mekanisme Kuiz SMS, dan menguruskan siaran promosi di TV dimana kuiz ini dianggap antara mekanisme bagi mencapai penontonnya pada atau melibihi paras 1.5 juta setiap minggu.

Menariknya pada hari Ahad setiap hujung minggu, para penonton boleh mendapatkan kuiz menerusi SMS dengan menonton dihujung rancangan itu. Dengan menaip kata kunci NATGEO dan hantarkan ke nombor 32776, satu soalan sahaja akan dikeluarkan setiap minggu dan soalan tersebut berbentuk objektif. Sistem SMS hanya akan ditutup pada pukul 12 tengah malam hari Ahad.

Kuiz ini akan berlangsung selama 26 minggu berturut-turut mulai pada 19 Oktober 2009 lalu dan bakal berakhir pada 25 April 2009. 

Untuk hadiah kuiz mingguan, setiap minggu 10 pemenang dengan jawapan yang betul akan dipilih. Setiap seorang akan memenangi RM 200.00 dan jumlah keseluruhan untuk hadiah mingguan ialah RM 52,000.00
Untuk hadiah MEGA, penyertaan terbanyak akan memenangi RM 5,000.00. Seramai 6 orang pemenang hadiah MEGA akan dipilih. Jumlah keseluruhan untuk hadiah MEGA ialah RM 30,000.00 sumbangan Gama Taktik Sdn Bhd.

Justeru kepada anda yang berminat menonton dokumentari menarik ini disamping berpeluang memenangi hadiah ditawarkan, usah ketinggalan menyaksikan siarannya pada setiap hari mulai jam 7.00 petang hingga 8.00 malam di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azean Irdawaty Semakin Pulih

Shahz Jaszle, Ashraf Muslim, Aku Masih Dara dan Ahmad Idham