Cara Mudah Menang RM100,000 Dengan Peraduan TUMIX ® Cabaran Rasa Kuah
Baru-baru ini, Budiey terpaksa masuk dapur, masak sendiri untuk dua tiga hari sebab isteri balik kampung. Kebetulan ada dua orang kawan dari Indonesia mahu singgah bertamu di rumah, jadi nak tak nak kenalah masak masakan Malaysia yang best-best. Terus terang Budiey cakap kat sini, memang Budiey tak pandai masak. Masak air pandai lah. Haha.
Jadi, sebab kesuntukan masa, terpaksalah Budiey ke pasaraya untuk membeli apa yang patut untuk dimasak. Menu utama ialah ikan masak masam manis dan sambal ikan goreng. Bukan senang nak masak sendiri. Kena beli bahan satu persatu, kemudian kena ikut resepi.
[pullquote]Masalah utama yang Budiey hadapi apabila selesai je masak, Budiey tak dapat rasakan masakan Budiey tu menepati menu sebenar. Ada terkehel sikit. Kadang-kadang tu, memang rasa lain macam pun ada.[/pullquote]
Sampai di pasaraya, Budiey pun cari bahan-bahan untuk dimasak. Sambil sibuk mencari tu, Budiey telefon kawan Budiey sorang ni, dia pandai masak. Dia cakap, kalau mahu masakan lebih sedap dan lazat, tak perlu risau sebab sekarang ini, ada penambah rasa TUMIX® Kuah dari Ajinomoto. Walaupun Budiey tak pandai masak sangat, tapi apabila tambah produk TUMIX® Kuah ni, tentu masakan setanding dengan selebriti chef. Buat rasa ada ‘kick’ kan? Itu kata kawan Budiey la. Waah! Biar betul ni.
Budiey pun tanpa berlengah lagi terus hantar penyertaan untuk mendapatkan sample TUMIX® Kuah ni.
Selang beberapa hari sahaja, Budiey telah menerima tiga paket TUMIX® Kuah. Yeay! Cepat betul sampai.
Esoknya, Budiey terus masak dan tak lupa untuk mencampurkan produk terbaru TUMIX® Kuah ni. Hasilnya, walaweiiii sedap dan lazat sangat-sangat.
Sekarang, Budiey bertambah yakin untuk hidangkan masakan Budiey tu kepada kawan-kawan yang datang bertamu kat rumah ni. Pendek kata, kalau macam ni lah, Budiey buat makan-makan setiap minggu pun tak pe.
Budiey kira, dengan adanya produk ni dah tentu menjimat masa Budiey. Bukan apa, sekarang ni, Budiey tak mahu sangat terikut2 dengan resepi kat internet tu. Hanya masak rutin yang wajib je. Janji masakan lebih enak. Itu yang penting. Nasib baik ada produk terbaru Ajinomoto ni.
Sebut pasal Ajinomoto semua orang tahu. Hinggakan dapur dan jenama Ajinomoto dah tak boleh pisahkan. Kalau anda nak tahu, dah lebih 50 tahun produk ini bertapak di Malaysia. Dari dulu sampai sekarang, ia menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk menjadikan masakan lebih enak dan sedap.
Teringat beberapa hari lalu, Budiey ada baca di suratkhabar, Ajinomoto telah mengadakan Majlis Pelancaran TUMIX® Kuah. Bukan main meriah event pelancaran tu sebab tengoklah siapa duta produk terbaru Ajinomoto ni. Dia bukan chef tapi dia adalah seorang selebriti serba boleh. Budiey sangat kagum dengan bakat yang ada pada beliau. Siapa lagi kalau bukan… Adibah Noor!
Tahniah Budiey ucapkan buat Adibah Noor yang telah dilantik jadi duta terbaru produk ini. Rata-rata berpendapat, memang sesuai Adibah Noor jadi duta produk TUMIX® Kuah sebab dia sangat happening, funny, pandai buat lawak dan menghiburkan. Pendek kata memang tak kering gusi mendengar celoteh Adibah Noor ni. Lagi pun, wajah keibuan beliau seperti sinonim dengan produk ni.
Terbukti jelas apabila Budiey menonton sebuah video promosi produk yang dilakonkan oleh Adibah Noor. Memang berkarakter sungguh lakonan beliau sebagai seorang ibu berbangsa india yang cukup comel dengan pakaian sari menunjukan cara memasak lebih mudah dengan menggunakan produk TUMIX® Kuah. Lawak pun ada. Bukan itu je, macam-macam lagi karakter dan watak dilakonkan oleh Adibah Noor. Korang boleh tonton di saluran Youtube TUMIX Malaysia (http://www.youtube.com/channel/UClaD5GTjW7RrhUNETSD4GWQ) Sememangnya kalau ada anugerah pelakon iklan terbaik dah tentu dimenangi oleh Adibah Noor.
Budiey suka version Indian ni:
Kalau anda menonton video kat atas ni, Adibah Noor ada menyeru kepada semua anda di luar sana untuk menyertai Peraduan TUMIX ® Cabaran Rasa Kuah yang cukup mudah disertai. Hadiahnya? Haaa, anda boleh menang wang tunai RM100,000. Siapa tak nak kan?
Apa yang anda perlu hanya Masak, Rasa dan Menang. Itu sahaja. Cukup mudah kan? Peraduan ini bermula pada 19 Mei sehingga 20 Julai 2014. Haa, ada masa lagi untuk anda menghantar penyertaan.
Budiey pun join peraduan ni. Manalah tahu, kalau nasib menyebelahi Budiey pulak, kan? Terasa sangat nak menang hadiah besar. Asyik dapat hadiah kecil je.
Cara Mudah Untuk Menang Peraduan TUMIX® Cabaran Rasa Kuah
Kalau kita teliti pada langkah-langkah kat bawah ni takdelah payah sangat pun. Anda hanya perlu mengikut 5 langkah mudah je.
1. Memohon Sampel Dengan Melayari Web TUMIX® Kuah
Langkah pertama yang harus dilakukan ialah meminta sampel percuma TUMIX® Kuah di laman web www.tumixkuah.com.my. Selepas tu, sampel percuma akan dihantarkan melalui pos ke rumah anda.
2. MASAK
Sediakan hidangan “TUMIX® Kuah”
3. RASA
Alami rasa sedap “TUMIX® Kuah”.
4. AMBIL FOTO & KARANG
Ambil gambar muka WOW melalui foto (gambar anda bersama pek TUMIX® Kuah dan LAUK BERKUAH) dan komen bertulis dalam 10 perkataan atau kurang sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
“Dengan TUMIX® Kuah, pasti tetamu anda akan terpikat.”
5. HANTAR
Hantar borang penyertaan melalui pos biasa, Internet.
Untuk membuatkan anda lebih teruja, Budiey nak senaraikan di sini senarai hadiah buat pemenang yang akan dipilih nanti.
Hadiah Utama
RM100,000.00 wang tunai!
Hadiah Pertama
RM50,000.00 wang tunai!
Hadiah Kedua
RM20,000.00 wang tunai!
Hadiah Saguhati
Baucar Perabot, Kerusi Urut & banyak lagi Barangan Eletrik Tajaan Toshiba.
Tunggu apa lagi. Jangan bertangguh. Kalau Budiey yang sibuk giler ni boleh join, apatah lagi korang yang selalu rileks goyang kaki? Mana tahu kali ini rezeki anda? Bak kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu.
Budiey nasihatkan anda semua menghantar penyertaan secara online sebab setiap 2 minggu akan ada hadiah sebanyak RM5,000 untuk pemenang yang berjaya mengumpulkan bilangan LIKE paling banyak. Jadi, lagi banyak anda suruh kawan-kawan LIKE, lagi besarlah peluang untuk menang.
Budiey selalu tengok kemaskini terkini tentang peraduan ini di laman Facebook TUMIX Malaysia. Nampaknya dah ramai yang menyertai peraduan ini. Meriah. Anda juga boleh LIKE dan tengok sendiri beberapa video yang disiarkan kat situ. https://www.facebook.com/TUMIXMalaysia
Layari sekarang: www.tumixkuah.com.my