Bertukar lokasi, rakaman Melodi Raya 2010 tidak sedikit pun suram. Malah lebih happening dari biasa. Dewan Tun Hussien Onn, PWTC penuh dengan selebriti yang menggayakan fesyen raya mereka. Jadi jangan lupa kepada yang nak tonton, Melodi Raya tampil dengan dua episod khas.
Melodi Raya episod 1 terbitan Azman Ghaffar bakal bersiaran pada 12 September akan datang manakala Melodi Raya episod 2 akan ke udara pada minggu berokutnya. Kedua-dua episod tersebut bersiaran pada Ahad, pukul 12.30 tengah hari di TV3.
Melodi Raya episod 1 menyaksikan himpunan artis-artis popular dari tiga era berbeza iaitu 60-an, 70-an dan 80-an dengan sesi rakaman berlangsung di Dewan Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Rakaman diadakan pada pada 20 Ogos lalu.
Antara artis popular yang menjayakan persembahan malam itu ialah A. Rahman Hassan, Jeffrey Din, Azizah Mohd., Latif Ibrahim, Hattan, Ramlah Ram dan Zamani Slam, Dayang Nurfaizah, Raihan, Stacy, Azlan The Typewriter, Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Tomok, Mohd Mentor, Shila OIAM dan ramai lagi.
Selain paparan visual yang menarik, artis-artis lama dan baru turut berduet bersama. Sesi rakaman episod 1 yang dikendalikan oleh Didie Alias sebagai pengacara majlis dimulakan dengan majlis berbuka puasa. Diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan; Ketua Pegawai Eksekutif, PWTC, Maxson Abdullah Jaafar dan Pengarah Eksekutif, PWTC, Datuk Rauf Yusoh.
Majlis rakaman Jumaat lalu turut meraikan sebanyak 80 anak yatim dari Asrama Damai Anak-Anak Yatim, Kuang, Selangor.
Para hadirin dihiburkan oleh persembahan lagu Cari Jodoh oleh Wahid dan Fara Fauzana. Mereka seterusnya diajak mengimbas kembali perkembangan muzik tanahair bermula 60-an hingga sekarang.
Turut sama segmen dimana artis baru dan lama berduet untuk menyanyikan lagu 60-an.
Selepas artis-artis 60-an dan 70-an, golongan artis era 80-an dan 90-an mengambil alih pentas utama. Mereka terdiri daripada Saleem, Hattan, Ramlah Ram, Zamani Slam dan Dayang Nurfaizah. Lagu-lagu popular mereka digubah semula untuk memberikan nafas baru.
Sesi rakaman Melodi Raya dirancakkan lagi dengan persembahan mantap oleh Stacy menerusi lagu berjudul Jahat, Anuar Zain (Ketulusan Hati), Hafiz AF (Noktah Cinta) dan Azlan The Typewriter (Gerak Hati).
Sementara itu, episod kedua pula mengetengahkan konsep suasana rumah terbuka di kalangan artis yang mana rakamannya siap pada 6 Ogos lalu.
Datuk Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Jerat Percintaan & Sesuci Lebaran.
Ia berkisar mengenai majlis rumah terbuka seperti rumah peminat setia Melodi, rumah terbuka artis-artis Metrowealth, Warner Music dan rumah terbuka penerbit filem terkenal, Profesor A. Razak Mohideen.
Ini dia gambar sekitar rumah terbuka yang dihadiri oleh geng Melodi…