Keputusan telah pun dibuat. Akhirnya, peserta yang saya gemari setakat ini, Melinda Doolittle telah pun membawa bagasi keluar dari American Idol. Anda terkejut? Saya lagi terkejut sampai nak terberak bila dapat tahu Melinda terkeluar.
Sedih. TERUbetul orang Amerika! Alah, kita kata apa pun, ini bukan kali pertama orang Amerika buat kesilapan paling besar. Masa musim ke-4 dulu, Baby V tak sepatutnya tersingkir tapi orang Amerika tak nak, nak buat camna. Walaupun penyanyi tu bagus giler. Musim ke-6 ni, lagi teruk pilihan orang Amerika. Sampai ke Sanjaya boleh kekal. Hahaha… lawak je. Sanjaya yang cute dan cool itu juga yang dipilihnya? Melinda pada saya seorang yang boleh dianggap pro dan sukar untuk kalah. Dia sebenarnya juara sebenar dalam American Idol. Agak terkejut pada mulanya kerana Melinda sebenarnya adalah antara peserta favorite Simon Cowell. Pernah buat saya terpesona dan hampir mahu bangun dari sofa. Argh! Mahu kata apa lagi, Jordin Sparks dan Blake Lewis akan bersaing merebut juara minggu hadapan. Untuk kali terakhirnya, Melinda menyanyi lagu’ I’m A Women’ buat kali terakhir di pentas itu.
Persoalannya, mengapa Melinda tersingkir? Adakah dia terlalu tua? atau warna kulitnya? ops… sensitif tu… atau apa ya? Siapa pilihan anda untuk menjuarai American Idol tahun ini? Jordin Sparks atau Blake Lewis?