Namun, perjalanan protege Aizat, Megat terhenti setakat malam itu sahaja apabila diumumkan tersingkir oleh juri tetap, Datuk Wah Idris.
Perbezaan peratusan markah Megat dengan rakan seperjuangannya, Ranisha (protege Datuk Syafinaz) yang juga merupakan protege yang tercorot cuma 3 mata mendahului Megat dengan 50 markah berbanding Megat hanya meraih 47 markah secara keseluruhannya.
Malam Penuh Emosi Bagi #Teamaizat
“Penyingkiran Megat pada malam ini sememangnya satu pukulan kepada team kami kerana kami bertiga (bersama Pasya) bercadang untuk kekal bertiga sehingga ke Konsert Akhir nanti. Namun, kami akur dengan keputusan malam ini, dengan berat hati, kami merelakan penyingkiran ini. Walau bagaimanapun, saya sendiri tidak akan memutuskan hubungan saya dengan Megat, Megat boleh hubungi saya bila-bila masa sekiranya perlukan dorongan dan nasihat. Saya sendiri mempunyai beberapa perancangan untuk ketiga-tiga protege saya (termasuk Faris) yang belum habis saya fikirkan. Mungkin kami akan berkolaborasi pada satu masa akan datang. Buat Megat, saya harapkan Megat tidak berhenti belajar dan jangan putus asa.”
– Mentor kepada Megat, Aizat Amdan
Persembahan para protege pada Konsert Battle keenam malam adalah seperti berikut:
PROTEGE | MENTOR | LAGU |
LAZARUL | DATUK SYAFINAZ | MY BABY YOU – MARC ANTHONY |
RANISHA | DATUK SYAFINAZ | ANGGAPANMU – ZIANA ZAIN |
ZAAIM | SITI NORDIANA | GHAZAL UNTUK RABIAH – JAMAL ABDILLAH |
MEGAT | AIZAT | UNTUKMU IBU – EXIST |
PASYA | AIZAT | HATI EMAS – M. NASIR |
AZMIRUL | HAFIZ | SAMRAH MENTARI – JAMAL ABDILLAH |
Selain itu, para penonton turut dihiburkan denganpersembahan protege ujibakat pilihan, Ikmal dengan lagu, “Kisah Antara Kita”. Persembahan penutup konsert malam itu telah disampaikan oleh keenam-enam protege dengan lagu ‘Khayalan’dan ‘Keliru’ serta kumpulan XPDC telah menghiburkan para penonton dengan sebuah persembahan medley lagu “Teman, Sakinah dan Semangat Yang Hilang” sebelum pengumuman penyingkiran protege.
Sistem penjurian Mentor 7 merangkumi 50% daripada juri tetap(Mas Idayu dan Datuk Wah Idris),30% daripada Undian Atas Talian (melalui laman web www.xtra.com.my/mentor7) dan 20% daripada 10 orang juri awam yang terdiri daripada penggiat seni tanah air seperti pengacara, pelakon, dan wakil media. Pautan undian atas talian akan dibuka selama 10 minit pada setiap penghujung Konsert Mingguan Mentor 7, setelah kesemua persembahan protégé berakhir.
Protégé yang mempunyai markah terendah di akhir konsert mingguan, mungkin akan tersingkir.
Dihoskan oleh Shuk Sahardan Nana Mahazan serta Sarancak sebagai hos belakang pentas, Mentor 7menampilkan Datuk Syafinaz, Hafiz Suip, Aizat Amdan, dan Siti Nordianasebagai mentor. Program ini turut diterajui oleh EncikMuhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif danAeizul Reeza Ismail selaku Penerbit Mentor 7.
Bersiaran selama sepuluh (10) episod bermula 28 Oktober lalu hingga 30 Disember 2018, Mentor 7 bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, 9.00 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Selain itu, Mentor 7 turut menyediakan Jurnal Mentor yang memaparkan kisah belakang tabir persediaan-persediaan para protege bersama mentor mereka setiap hari Ahad, 6.00 petang bermula 28 November 2018.
Siaran ulangan Konsert Mingguan Mentor 7 juga disiarkan pada setiap hari Jumaat, bermula 2 November 2018pada pukul 9.30 pagi.
Saksikan Konsert Mingguan Mentor 7 pada setiap Ahad, 9 malam bagi menyokong protege pilihan anda dan tunjukkan semangat anda melalui tanda pagar #mentor7 di laman media sosial anda. Saksikan juga Mentor 7 secara strim langsung di www.xtra.com.mydan saluran Youtube TV3 Malaysia.