Selepas itu, Meerfly terus melancarkan single-single nya iaitu ‘Makan Cili’, ‘Boleh’ kolaborasi bersama Yonnyboii, ‘Aku Nak’, ‘Koyak’ kolaborasi bersama Caprice, ‘Lai Lah’ kolaborasi bersama Caprice & Cherry, ‘Bukan Orang Senang’ kolaborasi bersama Guccimith serta ‘Sis’ yang telah dilancarkan pada Januari lepas.
Terbaru, Meerfly mengorak Langkah dengan melancarkan pula single yang berjudul ‘LUAR SAFEZONE’ yang menjadi lagu tema untuk permainan mobil terkenal, PUBG dalam Liga Asia Tenggara Pubg Mobile (Pro League Southeast Asia Pubg Mobile).
“Gangsa atau emas, tapau balik dan ia adalah mentaliti yang saya terapkan sehingga saya mencapai semua yang saya ada dalam hidup saya sekarang. Datang dari kehidupan yang agak susah, saya tidak mempunyai pilihan untuk memilih kehidupan yang saya impikan. Saya terpaksa keluar dan perlu memastikan semuanya cukup untuk keluarga saya. Semasa kita semua hidup dan belajar, apa yang berlaku apabila kita mempunyai mentaliti ini dalam diri ialah, kita menjadi tidak akan berhenti selagi tidak kecapi apa yang kita mahukan dan apa sahaja warna pingat yang kita perolehi, tidak penting bagi kita. Daripada menangis kerana tidak mendapat pingat emas, kita perlu mengasah senjata untuk pertempuran seterusnya yang akan datang.
“Bagi saya, menulis lagu ini seperti mengekspresikan diri saya, kisah kehidupan sebenar, semuanya dari hati dan bukannya menulis dongeng. Dan ‘LUAR SAFEZONE’ ini tidak hanya menggambarkan tentang saya, ia juga tentang orang yang bekerja keras di luar sana sekarang,” katanya.
– Meerfly
Wakil dari PUBG Mobile pula berkata pihak mereka amat berbesar hati atas kerjasama bersama MeerFly itu.
”Kami amat berbesar hati kerana MeerFly sudi bekerjasama dengan PUBG MOBILE untuk Liga Asia Tenggara Pubg Mobile (Pro League Southeast Asia Pubg Mobile). Meerfly dilihat sebagai inspirasi kepada belia Malaysia untuk tidak berputus asa dengan apa yang mereka ingin kecapi. Lirik lagu dan video muziknya yang unik mencerminkan nilai untuk menjadi diri sendiri dan bukannya seperti yang orang lain mahukan.
“MeerFly ialah seorang gamer yang dikenali, dan meminta beliau mencipta karya agung untuk Liga Asia Tenggara PUBG Mobile akan menjadi tema yang sesuai untuk lagu trek untuk musim ini. Ia memberi mesej motivasi kepada pemain Malaysia bahawa tidak kira apa yang anda lakukan atau apa keputusannya, lakukan untuk diri sendiri, lakukan untuk keluarga dan lakukan dengan penuh semangat. Jangan melihat ke belakang, dan sentiasa berbangga dengan sejauh mana anda telah capai,”
– Meerfly
‘LUAR SAFEZONE’ merupakan terbitan Warner Music Malaysia dan ianya boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 25 OKTOBER 2022 manakala video lirik rasmi ‘LUAR SAFEZONE’ boleh ditonton di saluran YouTube Meerfly dan juga muzik video rasmi ‘LUAR SAFEZONE’ boleh ditonton di saluran YouTube PUBG MOBILE Malaysia bermula 19 OKTOBER 2022.