in

Media Prima Television Networks Screening 2009

Salam semua pembaca Sensasi Selebriti, semoga korang sihat dan bahagia sentiasa dan selamat berhujung minggu.

Pada jam 3 petang tadi, telah berlangsung Media Prima Television Networks Screening 2009 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC. Budiey kira, lebih 1,500 orang pembeli media, pengiklan, pelanggan korporat, media dan selebriti membanjiri dewan yang begitu canggih dan nyaman itu. Memang seronok sekali sekala menikmati mutu bunyi dan visual yang dipaparkan di layar dewan ternama ini.

Budiey nak ucapkan syabas dan tahniah buat Media Prima kerana telah melangkah lebih jauh dalam dunia penyiaran tanahair. Apa tidaknya, boleh dikatakan siaran TV di Malaysia dimonopoli oleh Media Prima.

Siang tadi, pelbagai program menarik di stesen TV3, ntv7, 8TV, dan TV9 telah dipertontonkan. Ada yang baru, fresh dan lebih mengancam. Yang Budiey paling teruja, program Roda Impian akan kembali berpusing di TV3 dan ada satu program realiti yang akan menghadiahkan peserta dengan hadiah wang sejuta RM. Wow… program apa… korang kena tunggu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiket Teater Muzikal Kanak-Kanak Sinbad Laris

Gambar Selebriti di Media Prima Television Networks Screening 2009