Baru-baru ini, TV3 yang dimiliki oleh syarikat konglomerat media terbesar Asian, Media Prima, telah mengeluarkan statistik berhubung rating rancangan yang disiarkan di TV3 sepanjang tahun 2007. Melalui saluran Buletin Utama, TV3 telah memaparkan senarai 20 buah rancangan yang mempunyai rating tertinggi dan kesemuanya adalah rancangan yang disiarkan oleh TV3. Samada dari rancangan majalah, dokumentari, berita hinggalah ke Anugerah Juara Lagu, semuanya mengungguli senarai 20 tangga tertinggi rating. Senarai rating ini telah dikeluarkan oleh firma AC Nielsen, satu syarikat penentu ukur dalam sesuatu produk, rancangan dan lain-lain.
Kemudian, sebagai satu persaingan, Radio Televisyen Malaysia RTM telah mengumumkan pencapaian rancangan yang disiarkan di saluran RTM samada RTM 1 atau RTM 2. Melalui senarai rating yang dikeluarkan oleh NMR Media Index, terdapat enam rancangan yang mengungguli tempat teratas dalam senarai.
Mana kedudukan rancangan RTM dalam senarai AC Nielsen dan dimanakah kedudukan rancangan TV3 dalam senarai yang dikeluarkan oleh NMR Media Index yang dipaparkan oleh RTM. Apakah kebaikan yang didapati oleh penonton jika terdapat fakta yang mengelirukan seperti ini.
Persoalannya, siapakah sebenarnya yang mengungguli senarai rating? Siapakah yang sepatutnya menentu ukur rating rancangan yang disiarkan? Kenapa terdapat percanggahan fakta berkaitan rating sesuatu rancangan? Perlukah RTM sebagai saluran media kerajaan mengejar rating dari mencapai matlamat sebagai penyampai maklumat serta aspirasi kerajaan kepada penonton?
Jika rancangan yang dihasilkan bermutu, terbaik dan mencapai matlamat yang diinginkan, maka persetankanlah apa dan di mana letakknya rancangan tersebut di dalam rating. tetapi jika rancangan yang dihasilkan tidak bermutu, biarlah rating itu di nombor wahid (satu) pun, maka matlamat yang ingin disampaikan pasti tidak tercapai.
[tags]rating program tv3, perang rtm, tv1 intisari rancangan, buletin utama, rancangan popular, dunia baru, drama saka, impak maksima the series, dunia anita, penonton teramai[/tags]