in

Media Prima Pecah Tradisi Pengiklanan

Tumpuan terhadap kerjasama dengan jenama untuk menghasilkan kandungan khusus untuk penonton yang kurang menggemari iklan. Platform media terbesar Malaysia, Rangkaian Televisyen Media Prima kini memperkuat kandungan inovatifnya serta mempelbagaikan tawaran variasi platformnya dengan bekerjasama dengan jenama-jenama di Malaysia untuk memacu kandungan TV berjenama.

[pullquote]Rangkaian Televisyen Media Prima baru-baru ini bekerjasama dengan Coca-Cola dan InnerShine® untuk membina, menghasilkan dan mengarah rancangan televisyen berkenaan jenama terbabit. Terima Kasih, Sayang dan Jemput Masuk, Cef! Adalah rancangan hiburan yang mempamerkan konsep kandungan berjenama yang berjaya menarik 16.4 penonton TV3 dari seluruh Malaysia.[/pullquote]

Kedua-dua rancangan ini menawarkan pendekatan efektif serta bentuk pemasaran yang lebih kreatif selain berjaya menarik para penonton yang kurang memberi sambutan kepada mesej melalui iklan yang diselitkan di antara rancangan-rancangan TV. Sementara itu, Terima Kasih, Sayang berjaya mendapat kadar tontonan terbaik dengan jumlah seramai setengah juta iaitu menguasai sebanyak 15.3% perkongsian penonton. Manakala Jemput Masuk, Cef! Menarik seramai 680 ribu penonton di dalam slot 6.30 petangnya. Bagi meningkatkan lagi komitmen dalam menghasilkan kandungan yang menghubungkan para penonton, Jemput Masuk, Cef! turut mewujudkan peraduan di mana Chef Kamarul sendiri menyediakan masakan di rumah para pemenang bertuah sebagai ganjaran kepada mereka. Peraduan itu mendapat respons yang menggalakkan dan menarik minat segolongan besarnya adalah penonton. Di atas permintaan popular, para pemenang juga dipaparkan menerusi klip video berdurasi tiga minit yang disiarkan menerusi rancangan Wanita Hari Ini.

“Kami di Media Prima sentiasa cuba menawarkan pemasaran yang inovatif begitu juga dengan rancangan-rancangan kami. Matlamat kami ialah untuk menghasilkan kandungan yang bernilai untuk diperkatakan yang turut bakal mendapatkan lebih ramai penonton kepada rancangan kami. Rancangan TV Berjenama seperti Terima Kasih, Sayang dan Jemput Masuk, Cef! menawarkan kandungan yang memenuhi permintaan para penonton selain memberikan peluang untuk mempamerkan sesebuah jenama di dalam konteks yang betul di dalam variasi platforms bersepadu,” kata Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

Terima Kasih, Sayang merupakan rancangan realiti berdurasi 30 minit, sebanyak 8 episod yang mengisahkan kehidupan manusia biasa dan bagaimana wanita di dalam kehidupan mereka memberikan impak dan mempengaruhi mereka. Lebih menarik adalah apabila setiap personaliti yang dipaparkan harus meletakkan diri mereka sebagai wanita yang mereka rasakan paling penting di dalam hidup mereka tidak kira sama ada mereka adalah seorang isteri, ibu atau kakak dan perlu meletakkan diri mereka sebagai persona pilihan mereka selama sehari. Tiga episod Terima Kasih, Sayang memaparkan tiga adik-beradik selebriti, Sharifah Aleya dan Sharifah Amani; pelakon Hisyam Hamid dan keluarganya; dan Fizo Omar serta isterinya yang merupakan seorang usahawan wanita yang dinamik.

Izham Omar

Jemput Masuk, Cef! pula menjadi pilihan penonton kerana keaslian topik bicaranya yang turut menampilkan selebriti seperti Keith Foo dan Nabila Huda, Chef Kamarul dan komposer serta penulis lagu terkenal, Ajai. Rancangan itu mengundang para penonton untuk melihat sendiri kediaman bintang terkenal di mana mereka bakal berbual dan berbicara mengenai detik gembira dan inspirasi mereka.

Menurut Lim Kean Yiew, Pengurus Komunikasi Pemasaran Bersepadu Wilayah Coca-Cola Malaysia dan Singapura, “Coca-Cola sebenarnya mencari sebuah platform yang dapat menyampaikan nilai-nilai utama jenama kami dengan kandungan yang mampu menghubungkan kami kepada para pengguna. Apabila kami ditemui Media Prima, mereka berjaya menghasilkan rancangan yang mampu menyampaikan apa yang kami inginkan serta membenarkan kami agar lebih dekat dengan pengguna secara dalam dan luar talian.”

Mengenai kerjasama itu, Carmen Liew, Pengurus Pemasaran Cerebros (M) Sdn Bhd berkata, “InnerShine meraikan para wanita kerana kekuatan dalaman dan kecantikan luaran mereka dan mengambil keputusan untuk bersama Media Prima dalam memberikan pendekatan berlainan dan di luar kebiasaan untuk menggalakkan pengguna untuk memahami jenama kami menerusi penghasilan kandungan berjenama ini. Rancangan seperti Terima Kasih, Sayang membina kesetiaan kuat para penonton yang berkongsi kisah “Terima Kasih, Sayang” secara peribadi justeru berjaya menyebarkan mesej jenama kami.”

Media Prima kini menerajui industri dengan kebolehannya dalam mencapai lebih 24 juta rakyat Malaysia setiap hari menerusi rangkaian televisyennya. Rangkaian itu juga berusaha untuk membawa jenama-jenamanya ke ruang media sosial bagi mengembangkan lagi penonton secara dalam talian menerusi portal Tonton miliknya. Tonton sehingga kini berjaya menarik seramai sehingga 6.5 juta tontonan. Media Prima juga komited dalam menghasilkan acara tapak dan rancangan-rancangan siaran langsung yang turut menyediakan peluang efektif kepada setiap jenama untuk mendekatkan mereka kepada penonton sama ada secara dalam atau luar talian.

Mengenai Media Prima

Media Prima Berhad (Media Prima), syarikat yang disenaraikan dalam Pasaran Utama, Bursa Malaysia, adalah sebuah kumpulan media bersepadu sepenuhnya terbesar di Malaysia. Kumpulan ini juga adalah salah satu daripada 100 syarikat senarai awam terbesar Malaysia berpandukan hasil.

Kumpulan memiliki dan mengendalikan 4 stesen televisyen bersiaran percuma: TV3, 8TV, ntv7 dan TV9 dan ia memiliki lebih daripada 98% ekuiti kepentingan dalam The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), penerbit Malaysia yang terbesar yang memiliki 3 akhbar kebangsaan New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

Kumpulan juga mempunyai kehadiran dalam talian yang mantap melalui anak syarikat komunikasi digitalnya, Media Prima Digital, melalui portal gaya hidup gua.com.my dan tonton.com.my, portal video canggih yang menawarkan pengalaman tontonan definisi tinggi (HD). Tonton kini mempunyai lebih daripada 3.6 juta pengguna berdaftar.

Emas, sebuah saluran berasaskan langganan adalah saluran klasik pertama di Malaysia yang memaparkan rancangan-rancangan TV popular dari kandungan simpanan Kumpulan yang luas, boleh ditonton di platform seperti HyppTV dan ABN. Kumpulan juga memiliki tiga stesen radio, Fly FM, Hot FM dan One FM.

Kedudukan Kumpulan ini sebagai peneraju dalam bidang pengiklanan luar adalah melalui Big Tree Outdoor Sdn. Bhd., UPD Sdn. Bhd., The Right Channel Sdn. Bhd., Kurnia Outdoor Sdn. Bhd. dan Jupiter Outdoor Network Sdn. Bhd.
Kumpulan juga memiliki anak syarikat kandungan kreatif, Primeworks Studios Sdn Bhd (PWS), sebuah syarikat produksi yang terbesar di Malaysia. PWS menghasilkan kandungan TV sejak tahun 1984 dan filem berbentuk cereka sejak 1994.

Mengenai TV3

Sejak penubuhannya pada tahun 1984, Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai TV3, stesen swasta siaran terestrial nombor satu di Malaysia telah berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai stesen televisyen peneraju utama di negara ini. TV3 memantapkan kedudukannya dengan pelaburan berterusan dalam menyediakan program berkualiti bagi tiga segmen penonton utama – Pasaran Massa, Wanita, Kanak-kanak dan Remaja dan juga dengan memperkenalkan konsep-konsep baru yang relevan kepada penonton dan situasi semasa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Telemovie Insyirah Lakonan Elmy Moin

Peraduan Foto FINDIT Maxis