Surah Ibrahim, Ayat 7 yang bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan : “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”
Rentetan daripada kejayaan kempen “Seindah Ramadan” dan “Anugerah Syawal” yang diadakan dua tahun lepas, Media Prima kini memperkenalkan “Syukur Selalu” sebagai tema kempen Ramadan & Raya menerusi rangkaian televisyen dan juga online portal, Tonton bersempena dengan kedatangan Ramadan dan sambutan Syawal pada tahun ini. Kempen ini juga turut dimeriahkan dengan sokongan daripada rangkaian radio dan media cetak di bawah naungan Media Prima.
Jika diimbas tahun 2014, rakyat Malaysia telah dihujani dengan pelbagai ujian yang hebat bermula dengan tragedi kehilangan misteri pesawat MH 370 pada bulan Mac, pengorbanan semua anak kapal dan penumpang pesawat MH 17 yang telah ditembak jatuh menjelang bulan Syawal, diikuti pula dengan bencana banjir yang terburuk pada bulan Disember lalu. Sehubungan itu, Syukur Selalu adalah satu tema yang dapat melahirkan rasa keinsafan, bersyukur dan menghargai segala nikmat yang diberikan oleh Allah (swt).
Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, “Pada dua tahun yang lepas, kempen Ramadan Raya TV3 dan TV9 yang bertemakan Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal berjaya menawan hati lebih 15 juta penonton di Malaysia. Bazar Seindah Ramadan yang berlangsung di Melaka dan Perak telah dibanjiri lebih daripada 100 ribu orang manakala Skuad Seindah Ramadan turut dibanjiri seramai 25 ribu orang.
Kami amat bersyukur dan berbesar hati kerana mesej positif ini berjaya disampaikan dan dikongsikan kepada penonton setia kami. Tahun ini, kami melakukan improvasi dan menyuntik beberapa elemen baharu dalam kempen Ramadan Raya supaya kekal relevan dan tampil lebih universal. Selain susunan program yang merangkumi pelbagai genre seperti Raudhah, variasi, telefilem dan drama bersiri popular, kedua-dua stesen TV dan online portal Tonton juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk penonton setia kami.”
Tahun ini, TV3 dan TV9 turut memperkenalkan duta-duta untuk kempen Syukur Selalu. Elfira Loy, Fadlan Hazim, Kaka Azraff dan Fizo Omar telah dilantik sebagai duta TV9. Sementara barisan duta TV3 pula ialah Fara Fauzana, Ahmad Fedtri Yahya, Zara Zya, Aeril Zafrel, Izreen Azminda dan Shukri Yahaya. Wajah-wajah mereka bukan sahaja akan menghiasi program-program di TV3 dan TV9, malahan mereka juga akan turun padang dalam menjayakan kempen Syukur Selalu sepanjang bulan Ramadan nanti.
Antara aktiviti menarik yang bakal berlangsung dalam menjayakan kempen Syukur Selalu tahun ini ialah Bazar Syukur Selalu di Dataran Tok Gajah, Temerloh (Pahang) pada 27 Jun 2015 dan Plaza Angsana, Johor Bahru (Johor) pada 4 Julai 2015. Selain itu, Skuad Syukur Selalu akan mengunjungi lokasi-lokasi Bazar Ramadan di Lembah Klang bermula 19 Jun ini. Tampil dengan suatu kelainan menarik pada tahun ini, Skuad Syukur Selalu akan menaiki vespa dan mengagihkan set iftar secara percuma kepada orang ramai.
Anda boleh mengikuti perkembangan dan info terkini tentang Syukur Selalu dengan muat turun aplikasi mudah alih #SyukurSelalu secara percuma mulai hari ini! Selain memaparkan rancangan menarik di TV3, TV9, Tonton dan HotFM, tips fesyen dan resipi istimewa turut dimuatkan di dalam aplikasi ini. Dapatkan juga E-Kad Raya unik dan info terkini trafik untuk memudahkan perjalanan anda sekeluarga bagi mengelak kesesakan lalu lintas.
Seperti tahun-tahun yang lalu, TV3 dan TV9 berjaya menakluk 42% syer penonton, sekaligus menjadikan TV3 dan TV9 saluran Nombor Satu dan Dua di sepanjang bulan Ramadan. Drama bersiri Ramadan Jangan Pergi lakonan Siti Saleha di slot Samarinda TV3 merupakan program Nombor Satu di seluruh rangkaian televisyen pada tahun lepas.
Azam Ramadan Su yang disiarkan di TV3 menerusi slot 12.30 tengah hari pada tahun lepas berjaya mencatat kadar tontonan melebihi satu juta penonton. Tahun ini pula, saksikan gelagat Chef Azrin yang perlu memasak untuk 3 sahabat ciliknya sebagai balasan untuk belajar mengaji bersama-sama mereka pada bulan Ramadan menerusi drama bersiri Chef Ramadan.
Antara program menarik yang akan menghiburkan penonton setia TV3 sepanjang Ramadan termasuk Jejak Rasul As-Salam 2015, Qari Jr., Detik 12 Tengahari, Apa Nak Makan Ni?, Madrasah, Kias Ramadan, Moreh, Sembang Sahur, HidayahMu Ramadan, Chef Ramadan, Syurga Nur, Wadi, PadaMu Aku Bersujud, Pesan Dari Tuhan, Adik Tak Tipu, Ramadan Jangan Tinggal Kami dan Qasih Ramadan.
Sementara itu, TV9 juga tidak ketinggalan dengan paparan program menarik seperti The Streets, Ramadan 101, Di Sebalik Doa, Taman Syurga Metropolitan, Manisnya Sunnah, Tanyalah Ustazah (Cinta-Nya Insan), Bila Bujang Masuk Dapur, Jalan Jalan Bazar Ramadan, Jom Berbuka, Makmal Masak, Mad Markets @HipTV, Lorong Kecil Ke Syurga, Khilaf Seorang Isteri, Dia Ibuku, Misiku Kubur dan Sirah.
Lebih istimewa, drama bersiri terbaharu yang bakal menghiasi slot Zehra iaitu Wadi lakonan Syafie Naswip, Amyza Aznan dan Ardell Aryana akan disiarkan seminggu lebih awal di Tonton Premiere bermula 20 Jun 2015.
Tidak ketinggalan juga paduan vokal hebat daripada Dayang Nurfaizah dan Black dalam lagu kempen Ramadan Raya terbaharu Media Prima Berhad iaitu ‘Syukur Selalu’ yang bakal menjadi siulan orang ramai. Syukur Selalu adalah gubahan oleh juara Projek EP Hot FM – Hani dan Zue (Hanisah Hassan dan Zuliana Eusoff).
TV3 dan TV9 sentiasa menyediakan program-program menarik khusus buat penonton setianya dan memberi pilihan kepada mereka menerusi pelbagai genre. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka turut berpeluang menontonnya menerusi online portal Tonton (tonton.com.my). Kempen Syukur Selalu TV3 & TV9 turut dimeriahkan dengan sokongan daripada pihak penaja seperti Coke, Top dan Nescafe.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my dan www.tv9.com.my. Muat turun aplikasi mudah alih #SyukurSelalu hari ini dan ikuti info terkini kempen #SyukurSelalu.