Semangat patriotik perlu ditanam sejak kecil supaya generasi zaman kini dapat menghayati, menyayangi, bangga serta mempunyai keazaman tinggi untuk mempertahankan kedaulatan negara.Â
Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN),
“Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-62Â dan juga Hari Malaysia, Media Prima Berhad (MPB) sekali lagi tampil dengan kempen #KitapunyaMalaysia yang telah berlangsung dengan jayanya pada tahun lalu.
Kempen #KitaPunyaMalaysia ingin meraikan keindahan alam semulajadi, kepelbagaian bahasa, budaya dan makanan dari kaca mata rakyat Malaysia yang berbilang budaya.Â
#KitaPunyaMalaysia ingin menonjolkan lima ciri istimewa yang menjadi lambang kebanggaan rakyat Malaysia iaitu, Suara, Cerita, Stail, Impian dan Gemilang.
Kempen #KitaPunyaMalaysia turut berkolaborasi bersama The New Straits Times Press (NSTP) KLiK dan pusat membeli belah Pavilion KL bagi menjayakan kempen ini.”
– Encik Johan Ishak
NSTP KLiK (dahulunya dikenali sebagai News Image bank) adalah arkib akhbar tertua dan paling komprehensif di negara ini. NSTP KLiK mengumpulkan artikel berita dan gambar unik sejak dari tahun 1845.
NSTP KLiK adalah monumen berharga yang menghimpunkan sejarah terdahulu hingga sekarang.
Menerusi Kempen ini, NSTP KLiK akan mempamerkan foto-foto nostalgia mengenai Malaysia yang terkumpul di dalam arkib NSTP dari tahun 1930-an sehingga tahun 2019.Â
Orang ramai boleh berkunjung ke pusat beli belah Pavilion KL di Connection, tingkat 3 mulai 9 Ogos sehingga 16 September untuk melihat sendiri dan menghayati foto-foto nostalgia tersebut.
Orang ramai juga boleh mengambil gambar di “booth†yang disediakan dan memuat naik ke laman sosial anda dengan #KitaPunyaMalaysia.Â
Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, MPB turut menyajikan sebuah video tentang tanah air tercinta kita, Malaysia iaitu Sebuah Perjalanan: Tanah Airku.
Bertemakan ‘Kita Punya Malaysia’, kami ke beberapa buah negeri untuk merasai sendiri pengalaman dan lebih mengenali nuansa keunikan budaya, masyarakat, makanan dan destinasi-destinasi menarik yang belum diterokai oleh orang ramai.Â
Antara destinasi yang kami lawati ialah Bukit Chuping (Perlis), Resort Keriang Hill (Alor Setar), Taman Tema ESCAPE (Teluk Bahang,Pulau Pinang), Kilang Arang (Kuala Sepetang, Perak), Galeri Wau Pak Sapie (Kota Bharu, Kelantan), Terrapuri Heritage Village (Penarik, Terengganu), Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (Kuala Gandah, Pahang), The LINC KL, (Kuala Lumpur), Batu Caves (Selangor) dan banyak lagi destinasi menarik.
Kongsikan destinasi di dalam Malaysia yang anda rasa belum lagi dipelopori oleh orang ramai di ruangan komen di laman Youtube @TV3Malaysia.
Selain itu, jangan lupa untuk menyertai Pertandingan Foto #KitaPunyaMalaysia di Instagram, Twitter dan Facebook. Anda hanya perlu memuat naik foto menarik anda yang menggambarkan Malaysia berserta kapsyen menarik dan juga #KitaPunyaMalaysia.
Peraduan berakhir pada 31 Ogos ini. Pemenang bakal menerima hadiah wang tunai RM1,000 bagi tempat pertama, RM600 bagi tempat kedua dan RM400 bagi tempat ketiga. Foto pemenang juga akan dipamerkan di Connection, Pavilion KL.Â
Inilah masanya untuk membuktikan kita sebagai rakyat malaysia. Kedamaian, kemakmuran dan kesejahteraan negara perlu dikekalkan dengan perpaduan walaupun berlainan agama dan bangsa.
Kibarkan jalur gemilang di bulan kemerdekaan ini dan berbanggalah menjadi rakyat Malaysia, Tanah Tumpah Darahku! Untuk info lanjut mengenai kempen dan peraduan #KitaPunyaMalaysia, ikuti kami di laman media sosial TV3Malaysia.Â
Mengenai TV3
Stesen No. 1 Malaysia yang diperkenalkan sejak tahun 1984 sentiasa menghasilkan kandungan rancangan terbaik yang mencetus fenomena. Antaranya drama bersiri, rancangan anugerah – Anugerah Juara Lagu, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan rancangan realiti – Clever Girl, Mentor Milenia, Qari Junior dan Da’i. TV3 telah memperkenalkan Digital Brand Activation (DBI) dalam kandungan TV terutamanya drama bersiri. Kini, penaja tidak hanya terhad dengan penampilan jenama secara fizikal di skrin TV, malahan integrasi jenama dapat dihasilkan secara kreatif dalam pasca penerbitan drama.
Mengenai TV9
TV9 yang ditubuhkan pada tahun 2006 kini lebih dikenali sebagai saluran gaya hidup setelah penambahan slot waktu rancangan beli-belah, CJ WOW Shopyang bersiaran setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 6.00 petang. Malahan, penonton juga berpeluang menonton drama-drama ulangan yang menarik dan terbaik. Khusus untuk peminat tegar bola sepak tanah air, TV9 turut memperuntukkan 70 jam siaran langsung perlawanan bola sepak seperti Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
Mengenai 8TV
Selain daripada menawarkan rancangan hiburan tempatan dan antarabangsa, digital dan acara padang, saluran bahasa Cina No. 1 di Malaysia ini telah menyediakan platform kepada golongan remaja untuk mengekspresikan bakat terpendam mereka menerusi Orikami & Newscaster Camp. Malahan kempen Tahun Baharu Cina yang dianjurkan setiap tahun sentiasa mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Waktu perdana yang strategik kepada drama-drama terbaik terbitan tanah air dan juga antarabangsa membuatkan rancangan 8TV sentiasa menjadi pilihan utama para penonton.
Mengenai ntv7
ntv7 kini dikenali sebagai saluran beli-belah dengan memperkenalkan CJ WOW Shopversi Bahasa Cina bersiaran setiap hari bermula 6.00 pagi. Para penonton juga berpeluang menonton drama-drama ulangan yang menarik dan terbaik. Malahan ntv7 merupakan satu-satunya saluran tv di bawah naungan Media Prima Berhad yang menyiarkan berita dalam bahasa Mandarin (Mandarin 7), Bahasa Inggeris (7 Edition) dan Bahasa Malaysia (Edisi 7).
Mengenai CJ WOW Shop
CJ WOW SHOP merupakan usahasama antara Media Prima Berhad dengan CJ ENM Co Ltd (Bahagian Beli Belah Di Rumah) dari Korea Selatan, iaitu pengendali TV Beli-Belah di Rumah No. 1 di Asia. Dilancarkan pada April 2016, kerjasama strategik CJ WOW SHOP dengan pelbagai jenama tempatan seperti Proton dan Simplysiti telah membolehkannya mendapat pengiktirafan serantau di The Spark Awards 2017Best Sales and Marketing Intelligence Solution (Emas), Marketing PR Awards 2017 Southeast Asia for the Best Direct-to-Consumer PR Campaign(Gangsa), Marketing Excellence Awards 2017Excellence in Marketing to a Female Audience(Gangsa) dan Mobile Business Excellence Awards 2018 Best Mobile Commerce Application.
Rangkaian beli-belah ini menampilkan demonstrasi melalui siaran pelbagai rangkaian media seperti TV3, nt7, 8TV, TV9 dan tonton. Pelanggan boleh membeli produk-produk yang terpapar di kaca TV dengan membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-18-0808 atau melayari laman sesawang beli-belah dalam talian,http://www.cjwowshop.com.myatau melalui pilihan aplikasi mudah-alih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun melalui Android atau iOS.