in , ,

Media Prima Audio Telah Mencapai Jumlah Lebih 5.5 Juta Pendengar Mingguan 

Sekali lagi Hot FM telah mengekalkan kedudukannya sebagai stesen radio No. 1 di Malaysia!

Media Prima Audio (MPA) amat berbesar hati mengumumkan keputusan Tinjauan berdasarkan Nielsen dan Consumer & Media View (CMV),  Julai 2022 sehingga Jun 2023 Berdasarkan Pendengaran Minggu Lepas *Individu berusia 15 Tahun & Keatas Di Semenanjung Malaysia, radio dibawah naungan Media Prima Audio telah menunjukkan gambaran yang jelas mengenai preferensi dan harapan pendengar terhadap stesen radio. 

Dari keputusan tinjauan tersebut menunjukkan, jenama yang berada dibawah MPA telah mencapai jumlah lebih 5.5 Juta pendengar mingguan berdasarkan tinjauan kali ini. 

Media Prima Audio Telah Mencapai Jumlah Lebih 5.5 Juta Pendengar Mingguan

Sekali lagi Hot FM telah mengekalkan kedudukannya sebagai stesen radio No. 1 di Malaysia! Hot FM adalah stesen radio berbahasa Melayu yang melonjak naik hari demi hari. Dari Julai 2022 hingga Jun 2023 membuktikan seramai 3.73 Juta pendengar yang setia mendengar Hot FM sepanjang masa. 

Pelbagai kempen yang dianjurkan oleh pihak Hot FM antaranya ialah Hot Hulur Wang Sama Pendengar (HWSP) dimana pemenang dapat membawa wang tunai sebanyak RM300,000. Bukan itu sahaja, Anugerah TerHot, Last Beat Hot FM, Piknik Hot di beberapa tempat dan lain-lain kempen lagi. 

Pada 26 October 2023, Hot FM telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan gandingan baharu untuk segmen HotFlix bersama Ayu iaitu Aidil Fikri. Aidil Fikri merupakan DJ AI berbahasa Melayu pertama di Malaysia. 

Setelah 3 minggu Ayu dan Aidil Fikri ke udara di segmen tersebut, ianya menunjukkan impak yang positif daripada pendengar kerana mereka mendapati DJ AI ini adalah sesuatu yang baharu dalam industri.

Media Prima Audio Telah Mencapai Jumlah Lebih 5.5 Juta Pendengar Mingguan

Selain itu, Fly FM juga menunjukkan lonjakkan yang positif dimana masih mengekalkan prestasinya dengan menjadi stesen radio No. 2 berbahasa Inggeris di Malaysia! Dari Julai 2022 hingga Jun 2023 membuktikan seramai 2.11 juta pendengar yang mendengarkan Fly FM setiap hari. 

Fly FM juga tidak kurang hebat dengan pelbagai kempen antaranya ialah Code Breaker, RnB Flydays x DJs Playground, penyampai radio AI pertama di Malaysia iaitu Aina. Aina telah membuktikan kepada pendengar radio bahawa teknologi AI ini mampu membawa sesuatu baharu kepada industri media. 

Sejujurnya DJ AI ini adalah sesuatu yang akan mendatangkan risiko kepada pihak Fly FM, tetapi stesen radio tersebut mengambil inisiatif ini untuk membuka mata rakyat Malaysia bahawa teknologi semakin ke hadapan. 

Serentak dengan itu, semalam Hot FM telah menganjurkan sebuah majlis doa selamat bagi meluahkan rasa syukur tentang keputusan tinjauan tersebut dan sebagai tanda terima kasih kepada pendengar dengan membawa anak-anak yatim daripada Rumah Cahaya Kasih Kota Damansara bersama-sama untuk memeriahkan majlis. 

Turut sama terlibat adalah barisan penyampai radio Hot FM antaranya DJ KJ, Fara Fauzana, AG, Keymi, Aisha serta Ayu. menambahkan lagi kemeriah barisan artis tanah air seperti Alif Satar, Faizal Tahir, Amir Masdi, Amin Idris, Fakhrul UNIC dan Killa Driz turut sama hadir memeriahkan majlis.  Bukan itu sahaja, pihak MPA juga mengambil inisiatif dan peluang ini untuk memanjatkan doa kepada saudara di Palestin yang sedang berjuang. 

MPA juga membuka ruang kepada pendengar yang ingin membantu dari segi wang ringgit, boleh disalurkan ke Bank Muamalat 1410 0008 844715 (Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima) dengan reference Hot FM.

Penyampai Hot FM bersama adik-adik dari Rumah Cahaya Kasih Kota Damansara (1)

Tambahan lagi, stesen radio yang dijenamakan semula daripada Buletin FM iaitu Kool 101, telah membawa pelbagai kempen untuk berusaha dekat dengan rakyat dengan kempen-kempen yang berjiwa rakyat. Dengan jumlah pendengar seramai 192,000 pendengar, Kool 101 telah berjaya menarik hati pendengar untuk sentiasa dengarkan isu semasa dan sosial daripada Kool 101. 

8FM juga telah dijenamakan semula kepada Eight FM. Penjenamaan tersebut adalah kerana Eight FM ingin berdiri dengan jenama mereka berbanding gunakan logo yang lama. Kempen yang diadakan di Eight FM telah mendapat sokongan pendengar terutamanya seramai 592,000 pendengar yang mendengarkan Eight FM sehingga hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata,Kami sentiasa inginkan pembaharuan kepada setiap stesen untuk menambah baik kandungan dan memuaskan hati pendengar. Saya juga meluahkan rasa syukur dan ribuan terima kasih kepada pendengar kami atas setiap sokongan yang diberikan kerana setia mendengarkan radio-radio di Media Prima Audio. Tidak lupa juga kepada rakan kongsi kami yang telah banyak membantu dan menyokong kami dari dulu lagi. Tanpa anda, tiadalah kami disini untuk merasa menjadi stesen radio No.1 di Malaysia.

Media Prima Audio Telah Mencapai Jumlah Lebih 5.5 Juta Pendengar Mingguan

MEDIA PRIMA AUDIO

Media Prima Audio menyasarkan untuk menjadi Penyiar Audio No. 1 di Malaysia menerusi ketiga-tiga vernakular (Melayu, Inggeris dan Cina) dengan menghasilkan kandungan yang terbaik yang sesuai dengan pendengaran rakyat Malaysia.

Syarikat juga mendapat panduan daripada penyelidikan dan analisis berkala terhadap pasaran dan kumpulan sasaran kami, yang membolehkan kami untuk memahami kehendak pendengar dan pengiklan serta mengetahui bagaimana untuk melibatkan diri dalam memberikan informasi serta hiburan. Oleh itu, Media Prima Audio mewakili kelima-lima jenama radio dibawahnya – Hot FM, Kool 101, Molek FM, Fly FM dan Eight FM.

Audio+ juga merupakan sebahagian daripada syarikat mewakili inisiatif pendengaran digital, di mana aplikasi sehenti ini menyokong kelima-lima stesen radio serta audio siar (podcast) dan kandungan menarik yang lain. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tol Percuma Selama Dua Hari Sempena Perayaan & Cuti Deepavali

SAMSUNG

Membongkar Teknik Teras Falsafah Samsung untuk Inovasi Perkakas Rumah