dimsum mengumumkan kerjasama dengan Maybank,bank terbesar di Malaysia, dengan memberikan pengguna tawaran promosi untuk menikmati tontonan tanpa had bagi rancangan-rancangan dan siri-siri terkini dari Asia.
Mulai hari ini sehingga 31 Ogos, pengguna dapat menikmati diskaun sehingga 25% untuk langganan dimsumapabila mereka memilih untuk membuat bayaran menggunakan Maybank/Maybank Islamic Mastercard, Visa dan Kad American Express atau Kad Debit:
- DISKAUN 20% untuk langganan bulanan dimsumdengan HANYA RM11/bulan (harga biasa RM13.90/bulan) menggunakan kod promosi GET20MBB; atau
- DISKAUN 25% ** untuk langganan tahunan dimsum, HANYA RM123/tahun (harga biasa RM165/tahun) menggunakan kod promosi GET25MBB
Selain itu, semua pelanggan baharu dimsumdapat menikmati tempoh percubaan percuma selama 2 bulan.
Untuk menikmati tawaran tersebut, pengguna dikehendaki mendaftar melalui laman sesawang www.dimsum.asia. Selepas mendaftar, pengguna boleh memasukan kod promosi dan memilih pelan yang digemari. Langganan berjaya selepas pengguna memasukkan dan mengesahkan maklumat kad Maybank mereka.
“Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Maybank, salah satu kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar dan institusi kewangan terkemuka di Asia Tenggara, terutamanya dengan saiz pangkalan pelanggan yang besar.
Melalui tawaran ini, kami percaya khidmat pembayaran ini dapat memberikan manfaat kepada pelanggan dimsumdan Maybank.”
– Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim
“Kami berasa bangga untuk bekerjasama dengan dimsum dan menawarkan pemegang kad Maybank peluang eksklusif untuk menonton rancangan siar serentak terkini dari China dan Thailand dengan penjimatan sebanyak 25%.
Maybank akan terus menawarkan tawaran-tawaran menarik kepada pemegang kad kami, bukan sahaja dari segmen runcit dan restoran, tetapi juga dalam segmen hiburan,”
– B. Ravintharan, Ketua Bahagian Kad, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan Maybank.
Pada bulan Jun ini, dimsum akan menayangkan drama-drama siar serentak yang baharu dari China, termasuk drama terbaru The Longest Day in Chang’an dan Princess Silver, serta drama-drama percintaan dari Thailand, iaitu Thong Ek: The Herbal Master dan Fleet of Time.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, sila layari www.dimsum.asia/maybank. Kini, dimsum boleh diakses di Malaysia, Brunei, dan Singapura menerusi laman sesawang, telefon bimbit dan aplikasi-aplikasi televisyen. Muat turun aplikasi dimsum sekarang melalui App Store atau Google Play Store.
Untuk maklumat lanjut, layari dimsum.asia, laman Facebook rasmi dimsum (@dimsum.asia) atau Instagram (@dimsumasia).
Tentang
dimsum adalah perkhidmatan langganan video-on-demand (VOD) Malaysia yang beroperasi di bawah SMG Entertainment Sdn Bhd, sebahagian dari The Star Media Group menawarkan kandungan Asia menerusi tontonan di aplikasi mobil, aplikasi televisyen serta halaman web.
Kandungan siaran dalam dimsum memfokuskan pada drama bersiri dan rancangan daripada rakan kongsi siaran terbaik di seluruh Asia. Semenjak dilancarkan pada November 2016, dimsum telah memiliki kebenaran edaran tontonan eksklusif dari China, Taiwan, Thailand serta Jepun. Kandungan siarannya termasuklah filem, drama, dokumentari, variasi, animasi serta kandungan kanak-kanak dari China, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Korea Selatan, Singapura, Indonesia dan Malaysia.
dimsum yang kini boleh dilanggani di Malaysia, Brunei dan Singapura, juga melalui StarHub Go di Singapore, menawarkan kandungan berdefinisi tinggi dengan tawaran akses sehingga ke 5 peranti serentak kepada pengguna, dengan pilihan muat-turun untuk tontonan luar talian. Ciri-ciri lain yang ditawarkan termasuklah kawalan ibu bapa serta sarikata dalam pelbagai bahasa. dimsum turut menyokong aplikasi Chromecast, Apple AirPlay, Samsung Smart TV dan Android TV.