Semalam, ada Majlis Kesyukuran Liyana Jasmay di rumahnya dan hari ini pula, Budiey nak ke Taman Tasik Ampang Hilir, Desa Pahlawan, Kuala Lumpur untuk bersantai sambil makan-makan untuk meraikan Befday bersama peminat Karl Shafek (Sesayangs)
Selepas pulang dari Media Junket The Amazing Spider-Man 2 di Singapura, Budiey demam. Seminggu tak dapat pergi event. Mungkin musim demam melanda kot. Jadi, kepada korang semua semua jagalah kesihatan, kurangkan aktiviti di luar rumah dan minum banyak air.
Seperti biasa, walaupun keadaan jerebu, Budiey masih meneruskan kerja-kerja menghadiri event dan sekarang ini, jika anda follow Budiey di Instagram, Budiey akan buat #LiveUpdate di Instagram. Jadi apa kata follow Budiey di Instagram untuk melihat gambar sekitar event yang Budiey hadiri.
Semasa menjengah di kedai buku pagi tadi, Budiey terpandang majalah keluaran April yang mana seorang penyanyi dan pelakon cantik bermata galak menghiasi muka depan. Tidak perlu nak main teka-teki, kerana anda semua dapat mengagak, siapa penyanyi yang Budiey maksudkan. Tidak lain dan tak bukan, gadis yang Budiey maksudkan ialah MAYA KARIN.
Haaa, cantik tak, cantik tak? Kuku biru… mata biru… eh!
Maya Karin Penghias Kulit Majalah EH! April 2014
Edisi EH! Julai 2013 yang hadir dengan wajah baru dan padat dengan paparan yang lebih segar! Yang pasti, ada artikel tentang Maya Karin yang akan melancarkan album penuh dan showcase untuk peminat di No Black Tie pada 18 April nanti. Budiey selaku Blogger Rasmi acara ini akan memberi beberapa pass untuk pembaca menghadiri acara ini.
Budiey cubalah belek-belek, tengok apa yang menarik dalam majalah ni. Antara isu menarik edisi ini, selain jurnal cantik dan tips fesyen ada macam-macam lagi artikel, pasal Sara Ali dan Cristina Suzanne, cara untuk anda menggayakan denim dan tak lupa kisah benar, bercinta dengan Awang Hitam!
Tak payah nak cerita banyaklah sebab Budiey rasa korang kena beli Majalah EH! sebab utama… sebab ada cerita pasal Maya Karin! Full stop!