in

Maya Karin, Atilia, Adi Putra, Radi OAG Dalam Jom Ronda

“BUAT APA PANDU LAJU-LAJU, MINYAK KAN MAHAL….”

TV3 dan PROTON Holdings Berhad telah berganding bahu dalam menerbitkan sebuah program TV informatif mengenai pemanduan kereta yang berjudul Jom Ronda. Program itu telah dilancarkan hari ini di Sri Pentas, Bandar Utama dan disempurnakan oleh Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Pelanggan Media Prima Berhad, En Mohd Azri Abdul dan Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat Proton Holdings Berhad, Pn Faridah Idris.       

 

Dengan “tagline” “Buat Apa Pandu Laju-Laju, Minyak Kan Mahal”, program sebanyak 26 episod ini merupakan kempen berbentuk khidmat masyarakat yang memberikan pelbagai maklumat kepada penonton mengenai cara-cara pemanduan yang berhemah, selamat dan menjimatkan.

Setiap episod akan memaparkan tetamu-tetamu jemputan yang terdiri daripada orang awam dan selebriti tanah air memandu kereta-kereta Proton sambil membincangkan pelbagai tip pemanduan kereta yang boleh menjimatkan petrol dan tabiat pemanduan yang berhemah yang boleh mengurangkan belanja bulanan. Antara artis-artis tanahair yang akan turut menjayakan program ini adalah Maya Karin, Atilia, Adi Putra, Radi OAG, Jehan Miskin, Dynaz dan ramai lagi. Jom Ronda akan menemui penonton TV3 mulai 10 Ogos 2008, pada setiap hari Ahad, jam 7.30 petang.

Kerjasama Proton Holdings Berhad dan TV3 ini merupakan lanjutan kepada kempen pemanduan selamat dan penjimatan petrol oleh PROTON yang telah dimulakan pada bulan Julai lalu. Kempen ini merupakan tindakbalas PROTON terhadap masalah-masalah pengguna yang telah di terima melalui talian khidmat pelanggan PROTON i-Care. Ini adalah peluang untuk PROTON bersama membantu pelanggan-pelanggannya menangani isu semasa dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang automotif. 

Konsep yang diketengahkan di dalam program ini ialah kempen berbentuk bual bicara ringkas yang menampilkan AG (MHI/Hot FM) dan Khaidirah (Dira) sebagai pengacara merangkap Skuad Jom Ronda. Pengacara dan tetamu jemputan akan memandu kenderaan menyusuri Lembah Klang seperti dari Bangsar ke Hartamas, Bandar Utama, Maju Junction dan Wangsa Maju untuk membincang isu-isu tertentu. Jom Ronda bersiaran selama setengah jam dan dibahagikan kepada 5 segmen iaitu Suara Jom Ronda, Bersama Selebriti, Tip Jimat Minyak, Gadget dan Aksesori dan Carta Jom Ronda.

Segmen Suara Jom Ronda membicarakan mengenai isu-isu yang menjadi topik bualan harian, pendapat orang awam mengenai isu yang sedang diperkatakan dan cadangan menangani masalah tersebut. Mesej-mesej bermanfaat juga akan diwar-warkan seperti gaya pemanduan yang berhemah dan bijak.

Segmen Bersama Selebriti akan menceritakan perkembangan selebriti tersebut seperti perjalanan karier mereka , berbincang perkembangan isu-isu terkini, bagaimana dengan sambutan perayaan dan apa yang ketahui mengenai penjimatan petrol. Manakala Segmen Tip Jimat Minyak pula akan berkongsi bersama para penonton 2 tip penjimatan petrol setiap minggu.

Segmen Gadget dan Aksesori pula akan menyenaraikan 3 gadget dan aksesori terbaru setiap minggu seperti pemasangan palam pencucuh dan penapisan angin yang sesuai digunakan untuk kenderaan setiap minggu. Sementara itu, Segmen Carta Jom Ronda, Skuad Jom Ronda sentiasa bergerak mencari maklumat dan menemuramah pemandu untuk memilih 3 lagu hit yang sering dinyanyikan oleh pemandu ketika sedang memandu.

Menurut penerbit Jom Ronda Jafni Abu Bakar, “Program ini merupakan kempen untuk memberikan informasi kepada orang ramai mengenai menangani masalah penggunaan minyak dengan mematuhi tip-tip penjimatan petrol. Penjagaan kenderaan dengan betul juga disarankan kerana pemandu sering abaikan cara mudah dan tidak mengambil berat tentang penjagaan kenderaan. Diharap dengan adanya program ini pengguna akan dapat berhibur sambil mendapat manfaat menjadi pemandu yang berhemah dan bijak.”

Lapangkan masa anda untuk bertemu janji dengan Jom Ronda mulai 10 Ogos 2008, setiap hari Ahad, jam 7.30 petang, di TV3!

[tags]tv3 jomhebob, jom ronda, proton, tagline, motto, slogan, best, Maya Karin, Atilia, referee for euro 2008, russia, spain, sweden, switzerland, uefa euro 2008 official website, uefa website, usa, van nistelrooy, van persie, alice smith school international, Adi Putra, Radi OAG, Jehan Miskin, Dynaz, Suara Jom Ronda, Bersama Selebriti, Tip Jimat Minyak, Gadget dan Aksesori, Carta Jom Ronda[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pencalonan Lima Tempat Teratas Anugerah Festival Filem Malaysia ke 21

Jawapan Trivia 7 Ogos: Fasha Sandha