Lebih satu juta pelanggan telah menerima SMS dari Maxis yang memaklumkan bahawa kuota data mereka telah dinaik taraf secara automatik dan tetap tanpa caj tambahan, meliputi pelanggan pelan MaxisONE, Surfmore50 dan juga MaxisONE Business.
Oleh itu, pelanggan MOP98 akan menerima 5x data tambahan daripada peruntukan asal mereka. Pelanggan yang melanggan pelan yang bernilai lebih tinggi seperti MOP188 akan menerima 13GB data kuota tambahan setiap bulan.
Maxis menaiktaraf lebih satu juta pelanggan sehingga 5x lebih banyak data semalaman, memperkenalkan cara baru untuk menggunakan data tambahan
- Melancarkan Pelan MaxisONE yang telah dinaiktaraf dan menawarkan data tambahan sebanyak 5GB sebulan untuk aplikasi penstriman video
- Bersama dengan data yang lebih banyak, ‘DataPool’ yang membolehkan pelanggan MaxisONE berkongsi data dengan sesiapa sahaja dan melalui semua telefon dan peranti lain – di dalam dan luar negara
- Pelanggan MaxisONE mendapat 5GB data tambahan untuk hanya RM48 sebulan, dan satu talian MaxisONE percuma dengan Panggilan dan SMS tanpa had
“Ini adalah naiktaraf secara automatik yang terbesar pernah kami lakukan di Maxis dan terbesar yang pernah di lakukan di Malaysia. Para pelanggan kami tidak perlu membuat suatu apa pun, kecuali terus berasa bebas dan menikmati semua penstriman, muat turun, layaran dan media sosial mereka dengan lebih banyak data melalui rangkaian yang terbaik di Malaysia. Tidak serupa pesaing kami, kami tidak hanya memberikan tawaran jangka pendek secara besar-besaran atau lebih data hanya kepada pelanggan baru. Kami secara automatik dan tetap menaik taraf semua para pelanggan pelan MaxisONE kami dengan percuma, di mana kami dengan bangganya telah mencecah satu juta pelanggan minggu ini,” kata Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.
Maxis adalah peneraju bagi 4G di seluruh negara dari segi liputan penduduk, pengalaman data dan inovasi. 2.2 juta orang (dan semakin bertambah) mempunyai akses kepada rangkaian 4G berprestasi tinggi Maxis yang kini meliputi 74% penduduk Malaysia.
Secara keseluruhan, Maxis akan memberi lebih 10 juta GB setiap bulan secara percuma berkuatkuasa dengan serta merta. Selain daripada peningkatan tersebut, Maxis juga akan menambah 5GB percuma setiap bulan untuk pelanggan MOP bagi aplikasi popular video-atas-permintaan (Video-On-Demand).
Bersama-sama dengan lebih banyak data, Maxis juga hari ini memperkenalkan ‘DataPool’ yang boleh dikongsi, satu inovasi baru yang membolehkan pelanggan MaxisONE berkongsi data dengan sesiapa sahaja dan juga semua telefon dan tablet lain. Berikut adalah butir-butir mengenai DataPool:
• Untuk hanya RM48 sebulan, pelanggan MaxisONE yang mempunyai talian utama akan mendapat talian MaxisONE dengan 5GB sebulan serta Panggilan dan SMS tanpa had – semuanya yang boleh digunakan pada mana-mana peranti atau dengan sesiapa sahaja yang dipilih oleh pelanggan. Bagi setiap talian, ia adalah bersamaan dengan 20 jam penstriman video YouTube, 175 jam aplikasi Spotify atau 15 jam panggilan video.
• Tidak seperti pelan pascabayar tradisional dimana terdapat kuota data yang berasingan bagi setiap telefon atau tablet dalam keluarga, MaxisONE membolehkan semua data dari semua talian dikumpul dalam “DataPool” – supaya data boleh diguna dengan cara yang lebih efektif.
• Akhir sekali, sebagai sebahagian daripada ciri MaxisONE World, seluruh ahli keluarga kini boleh menggunakan semua “DataPool” MaxisONE mereka apabila merantau di luar negara, dan menikmati membuat Panggilan Antarabangsa dan SMS tanpa had.
Saksikan video di sini tentang bagaimana ciri-ciri baru MaxisONE boleh digunakan https://youtu.be/D_TM-m4kACY.
“Kami tahu pelanggan kami amat sukakan data mereka. Dengan kebanyakan pengguna dan keluarga mempunyai lebih daripada satu peranti, terdapat pelbagai lagi yang boleh dilakukan di Internet. Dengan inovasi terbaru MaxisONE ini, anda tidak hanya mendapat lebih banyak data, anda boleh melakukan banyak lagi dengannya dan menikmati Internet tanpa berasa bimbang,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.
Maxis telah berfokuskan dalam menawarkan produk unik yang menarik, dan merupakan yang pertama untuk panggilan dan SMS tanpa had, jaminan tiada kejutan bil, perayauan tanpa berasa bimbang, Internet asas percuma dan penghapusan caj bayar bila guna (Pay-Per-Use). Dengan penawaran terbarunya, Maxis terus komited dalam memberi janji “berasa bebas.”
Peningkatan kuota yang sama juga akan diberi kepada pelanggan MaxisONE Business. Sementara itu, Hotlink juga akan memperkenalkan satu ciri yang menarik tidak lama lagi untuk pengguna prabayar yang menggemari Internet.
Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.maxis.com.my/maxisone.