in , ,

Maxis Satukan Rangkaian Di Musim Perayaan Ini Dalam Teknologi & Lagu Raya 

* Merapatkan komuniti untuk kemungkinan baharu dalam teknologi, dengan kerjasama Persatuan OKU. * Pelancaran filem perayaan, Last Kopek, komited untuk menyesuaikan bengkel digital bagi golongan OKU di bawah inisiatif eKelas Usahawan Maxis.

Maxis, melalui komitmen Rangkaian Kita, Rangkaian Malaysia merapatkan rakyat Malaysia pada musim raya melalui kemungkinan baharu dalam teknologi dan lagu raya. Kempen Riang Raya Maxis, mempamerkan cara pemuzik jalanan boleh mempersembahkan lagu Raya melalui kiub maya. 

Kiub’ ini terbuka kepada orang ramai di NU Sentral Kuala Lumpur, dan Kota Bharu Mall Kota Bharu, manakala lagu persembahan mereka akan dimainkan di Maxis Stores seluruh negara. Dengan teknologi, pemuzik dapat membuat persembahan di berpuluh tempat sekali gus dari satu tempat.

Maxis Satukan Rangkaian Malaysia Musim Perayaan Ini
Photo 1 (L-R): Fasliza binti Rosli, Head of Fibre Expansion Strategy & Planning, Maxis, Mariam Bevi Batcha, Chief Corporate Affairs Officer, Maxis, Tai Kam Leong, Head of Brand & Marketing, Maxis, YB Senator Datuk Ras Adiba binti Mohd Radzi, Ahli Dewan Negara, President of Persatuan OKU Sentral.

Sempena kempen, Maxis juga melancarkan filem perayaannya, Last Kopek, mengisahkan ketabahan kumpulan pemuzik dalam menghadapi cabaran, bergantung antara satu sama lain sambil memanfaatkan sepenuhnya kebolehan mereka. 

Filem mini meraikan dorongan dan inspirasi pelbagai komuniti di seluruh negara, sambil menjemput penonton untuk berkongsi keberkatan Raya dengan mereka dan muzik di platform digital. Video temu bual pendek kini boleh ditonton di media sosial dan laman web Maxis. 

“Pengunaan digital telah membolehkan ramai untuk berkembang maju dalam masa pandemik ini, terutamanya dari segi menambah mata pencarian dan bersalinghubung.

Kami telah bertanya kepada diri sendiri, bagaimana untuk meggunakan teknologi untuk mendekatkan rakyat Malaysia, pada masa sama membuka potensi mereka.

Kami percaya bahawa teknologi membolehkan semua untuk bersalinghubung, dengan pelbagai cara, di mana jua, supaya kami Terus Menerajui bersama-sama,”

– En Tai Kam Leong, Ketua Jenama & Pemasaran Maxis
Maxis Satukan Rangkaian Malaysia Musim Perayaan Ini

Maxis dan Persatuan OKU Sentral kini berkolaborasi untuk bekerjasama dengan pemuzik kurang upaya, di mana persembahannya akan dipaparkan di kiub maya. 

Rakyat Malaysia juga boleh kongsi rezeki dengan mengimbas kod QR pada kiub untuk menderma terus kepada Persatuan OKU Sentral.

Selain itu, Maxis juga komited untuk mengenal pasti keperluan pendigitalan OKU untuk menyusaikan bengkel digital khas di bawah inisiatif eKelas Usahawan. 

“Golongan OKU amat luar biasa dan mempunyai bakat yang berbeza, oleh itu mereka sering menjadi pengguna awal teknologi untuk membolehkan kehidupan harian mereka.

Ia amat menginspirasikan untuk lihat bagaimana kami boleh memperkasakan mereka bagi mengembangkan peluang pendapatn dan mencapai kemungkinan baharu dengan alatan digital yang betul.

Kami gembira dapat bekerjasama dengan Maxis untuk membawa impak positif kepada komuniti dan juga, untuk memastikan mereka tidak ketinggalan,”

– Yang Berhormat, Senator Datuk Ras Adiba binti Mohd Radzi, Ahli Dewan Negara, Presiden Persatuan OKU Sentral.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen dan menonton filem Raya Maxis, layari https://www.maxis.com.my/en/campaigns/raya-2022/ 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Noraniza Idris Meraikan 100 Orang Anak-Anak Asnaf Dan Usahawan IKS

Firdaus Rahmat Lancar Fly With Me, OST Drama Do You Love Me Captain