in

Maxis Raikan Tahun Baru Cina Tawaran Istimewa Bagi Pelanggan

MAXIS RAIKAN TAHUN BARU CINA DENGAN TAWARAN ISTIMEWA BAGI PELANGGAN

Diskaun 30% untuk panggilan IDD ke Australia, Cina, Hong Kong, Macau, Vietnam, Myanmar, Singapura, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat pada 10 Februari
Diskaun 50% untuk semua panggilan ‘on-net’ pada 10 dan 11 Februari
Pihak pengurusan Maxis mengedarkan ‘nian-gao’ (kek pulut) kepada pelanggan di Pusat Maxis KLCC

Maxis

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang, peneraju perkhidmatan telekomunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad (Maxis), menawarkan pelanggannya tawaran dan diskaun istimewa untuk panggilan dan perantauan, serta memperkenalkan satu siri video Tahun Baru Cina bernama ‘Grandfather Stories’, yang menampilkan seorang ‘datuk’ berkongsi cerita mengenai tradisi lama. Kesemua lapan video boleh dilihat di saluran YouTube Maxis di http://youtube.com/maxis. Selain itu, pelanggan juga boleh mengimbas kod QR khas yang boleh didapati dalam iklan cetak Tahun Baru Cina Maxis untuk melihat video-video tersebut. Pelanggan juga mempunyai peluang untuk berkongsi cerita mereka sendiri di laman Facebook rasmi Maxis di www.facebook.com/Maxis atau melalui Twitter di #yehyehstories.

[pullquote align=”right”]Memperkenalkan ‘Grandfather Stories’, satu siri video yang menampilkan perkongsian cerita mengenai tradisi lama, di saluran YouTube Maxis[/pullquote]

Tawaran istimewa Maxis dan tempoh kesahan untuk panggilan dan perantauan pada Tahun Baru Cina ini termasuk diskaun 30% untuk panggilan IDD ke Australia, Cina, Hong Kong, Macau, Vietnam, Myanmar, Singapura, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat pada 10 Februari 2013. Selain itu, pelanggan juga akan menikmati diskaun 50% untuk panggilan tempatan ke nombor-nombor Maxis dan Hotlink dari jam 10:00 pagi hingga 2:00 petang pada 10 dan 11 Februari 2013. Kedua-dua tawaran ini akan dipaparkan dalam bil bulanan pelanggan yang berikutnya.

Sementara itu, pelanggan juga boleh membuat panggilan ke Malaysia dari Cina, Hong Kong dan Taiwan pada hanya RM2.99 seminit dengan perkhidmatan ‘Easy Callback’ Maxis. Untuk mengaktifkan perkhidmatan ini, pelanggan hanya perlu mendail *100 # daripada telefon mudah alih mereka. Promosi ini sah dari 10 hingga 28 Februari 2013 sahaja.

Untuk menceriakan lagi perayaan Tahun Baru Cina tahun ini, Maxis pada hari ini menghadiahkan para pelanggan di Pusat Maxis KLCC dengan ‘nian-gao’ khas atau kek pulut serta satu kotak penyepit (chopsticks) sebagai tanda penghargaan diatas sokongan mereka. Pihak pengurusan Maxis juga hadir dalam pakaian tradisional Tahun Baru Cina dan menyambut pelanggan di Pusat Maxis KLCC, di mana mereka mengedarkan hadiah khas tersebut. ‘Yeh Yeh’ atau Datuk, bintang dalam siri video ‘Grandfather Stories’, juga menyertai pihak pengurusan Maxis di acara istimewa ini.

Maxis

Cheong Mei Foong, Ketua Jenama Maxis, berkata, “Tahun Baru Cina adalah masa untuk bergembira dan menyambutnya dengan orang tersayang, dan Maxis teruja untuk membawa keceriaan ini kepada pelanggan kami dengan memberi ganjaran kepada mereka dalam bentuk promosi dan tawaran istimewa. Selain itu, dengan pelancaran siri video ‘Grandfather Stories’ , kami berharap untuk menghubungkan pelanggan semula dengan asal usul dan tradisi mereka melalui penggunaan teknologi, terutamanya semasa musim perayaan ini.”

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Maxis untuk Tahun Baru Cina, sila lawati www.maxis.com.my

Maxis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Korea 12 Signs Of Love

Masak Lomak Cili Api Musim Baru di TV2