in

Maxis Rai Deepavali Dengan Tawaran Menarik

MAXIS RAIKAN DEEPAVALI DENGAN TAWARAN MENARIK DAN GANJARAN BAGI PELANGGAN

• Diskaun 50% atas semua panggilan IDD ke India pada 12 November dan 13 November 2012
• Diskaun 50% ke atas semua panggilan On-Net pada hari Deepavali
• ‘Caller Ringtone’, muzik dan kandungan percuma untuk dimuat turun

Peneraju perkhidmatan telekomunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad (Maxis), menawarkan pelanggannya lebih penjimatan dan ganjaran sempena tempoh perayaan Deepavali dengan kadar diskaun dan kandungan percuma, membolehkan pelanggan untuk berhubung dengan keluarga dan rakan rakan, serta meraikan ‘Pesta Cahaya’ dengan pelbagai muzik dan hiburan.

Tawaran istimewa dan ganjaran ini termasuk:

  1. • Diskaun 50% untuk Panggilan IDD ke India – pelanggan pascabayar Maxis dan pelanggan Hotlink / prabayar akan menikmati penjimatan 50% pada semua pangillan IDD (Direct Dial dan Hot IDD 132) ke India untuk sepanjang hari pada 12 November dan 13 November 2012;
  2. • Diskaun 50% untuk Panggilan Tempatan – pelanggan pascabayar Maxis akan menikmati penjimatan 50% pada panggilan Maxis ke Maxis dari jam 10:00 pagi hingga 2:00 petang pada 13 November 2012;
  3. • Ucapan MMS Percuma – Pelanggan boleh memuat turun MMS yang direka khas dengan ucapan Deepavali secara PERCUMA dan berbalas-balas ucap selamat kepada keluarga dan rakan-rakan mereka
  4. • ‘Caller Ringtone’ Percuma dan Muzik – Pelanggan boleh menikmati Caller Ringtone PERCUMA dan muat turun muzik. Pelanggan boleh memilih sehingga lima Caller Ringtone percuma yang sah selama sebulan. Pelanggan juga boleh memuat turun sehingga lima trek muzik penuh terpilih sehingga 19 November 2012.

T. Kugan, Ketua Produk, Peranti, Inovasi dan Perantauan berkata,

[pullquote align=”right”]”Deepavali adalah satu perayaan istimewa yang disambut bersama keluarga dan rakan-rakan, serta juga disambut dengan muzik dan hiburan.”[/pullquote]

“Oleh itu, kami amat berbesar hati untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami dengan diskaun yang menarik pada kadar panggilan, serta ganjaran memuat turun muzik. Di samping itu, kami denagan sukacita dapat menambah kegembiraan perayaan dengan menaja filem blockbuster Tamil, English- Venglish di Astro Vellithirai yang akan disiarkan pada hari Deepavali.”

Sempena sambutan Deepavali yang akan datang, Maxis menganjurkan lapan roadshow Deepavali di Kedah, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan sebagai penghargaan kepada pelanggannya atas sokongan mereka dan mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada mereka. ‘Musical Roadshow’ dan ‘Meet & Greet Celebrities’ disertai selebriti termasuk Geetha dan Akila dari THR Radio, pelakon-pelakon Malaysia Siva Kumar dan Shastan, Juara Mega Superstar, Alinda, dan Juara Vanavil Superstar, Dharshaini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran khas Deepavali, sila melawat www.maxis.com.my

T Kugan Maxis

T. Kugan, Ketua Produk, Peranti, Inovasi dan Perantauan Maxis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Peserta Superstar Astro Ceria

Gambar Sekitar Grand Finale Miss Kebaya 2012