PELAN PASCABAYAR MAXIS YANG MEMBOLEHKAN PELANGGAN MENIKMATI LEBIH PANGGILAN DAN SMS PADA NILAI YANG HEBAT
• TalkMore dan TextMore membolehkan pelanggan mengurangkan bil apabila mereka lebih kerap membuat panggilan dan menghantar SMS
• Pelan ini memberi nilai yang lebih dengan minit dan SMS yang digabungkan dan keupayaan pencetusan bil automatik yang mengurangkan kadar panggilan sebanyak 50%
• Pelan ini direka untuk pengguna biasa atau kerap suara dan teks yang sentiasa mencari nilai dalam keperluan komunikasi mereka
Peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad (Maxis), telah memperkenalkan TalkMore dan TextMore, pelan pascabayar suara dan teks terbaru yang membolehkan pelanggan mengurangkan bil apabila mereka lebih kerap membuat panggilan atau menghantar SMS. Pelan ini menawarkan minit dan SMS yang digabungkan, dan keupayaan pencetusan bil automatik yang mengurangkan kadar panggilan sebanyak 50%.
TalkMore dan TextMore boleh didapati dalam tiga pakej di mana pelanggan boleh memilih pelan bergantung kepada penggunaan mereka. Sebagai contoh, dengan pelan TalkMore28, pelanggan hanya perlu membayar RM28 sebulan dan akan mendapat 200 minit masa bercakap dan 100 SMS, sebelum kadar bayar-bila-guna dikenakan. Apabila pelanggan mencecah RM75 dalam bil semasa mereka, kadar panggilan on-net dan kadar SMS akan dikurangkan dari 12 sen ke 6 sen.
Jeff Chong, Ketua Produk Mudah Alih dan Perkhidmatan Antarabangsa Maxis berkata, “Pelan TalkMore dan TextMore telah direka untuk kedua-dua pengguna sederhana dan kerap suara dan teks yang sentiasa mencari nilai dalam keperluan komunikasi mereka. Gabungan minit dan SMS menyediakan pelanggan dengan nilai dan pilihan mudah manakala keupayaan pencetusan bil auto membolehkan mereka menikmati pengalaman yang lebih mudah dan tidak perlu bimbang dengan penggunaan mudah alih mereka. Sekarang, mereka boleh lebih selesa bercakap untuk tempoh yang lebih lama atau menghantar SMS tanpa perlu risau dikenakan kadar bayaran yang tinggi, sekali gus memberikan mereka ketenangan fikiran.”
“Melalui pelan TalkMore dan TextMore, pelanggan sekarang mempunyai pilihan untuk memilih pelan yang sesuai dengan corak penggunaan mereka. Dengan bayaran komitmen yang rendah, ia adalah satu penawaran yang kompetitif yang memberi ganjaran penggunaan sedia ada dan segera, dan ini bermaksud pelanggan akan menikmati nilai yang lebih apabila mereka kerap berhubung,” tambah Jeff.
Selain itu, pelanggan yang mendaftar untuk pelan TalkMore baru Maxis boleh menikmati tawaran hebat telefon pintar untuk model terpilih daripada jenama-jenama peranti terkemuka. Pelanggan hanya perlu mendaftar ke pelan data bulanan Maxis.
Pelanggan juga ada pilihan untuk menambah pakej internet mudah alih sebanyak 100MB hingga 3GB kepada pelan pascabayar mereka pada harga serendah RM18 sebulan. Perkhidmatan-perkhidmatan internet pascabayar yang dipertingkatkan ini disokong oleh liputan rangkaian negara yang paling luas dan canggih. Dengan rangkaian HSPA+ Maxis, pelanggan dapat menikmati kelajuan melayari internet sehingga 42Mbps.
Pelanggan baru dan sedia ada Maxis boleh mendaftar untuk pelan-pelan ini di semua Pusat Maxis atau Rakan Eksklusif Maxis dengan hanya mengisi borang pendaftaran yang mudah.
Berikut adalah butir-butir pelan terbaru TalkMore dan TextMore Maxis:
TALKMORE 28 TEXTMORE 28 TALKMORE 48
Bayaran Bulanan RM28 RM28 RM48
Kumpulan Suara 200 Min 100 Min 400 Min
Kumpulan SMS 100 SMS 200 SMS 200 SMS
Tarif Bayar Bila Guna
Suara (on-net) 12 sen/min 12 sen/min 10 sen/min
Suara (on-net) 15 sen/min 15 sen/min 15 sen/min
SMS (on-net) 12 sen/SMS 12 sen/SMS 10 sen/SMS
SMS (on-net) 15 sen/SMS 15 sen/SMS 15 sen/SMS
Diskaun Insentif Penggunaan
Pencetusan Penggunaan
Apabila mencapai RM75 di dalam bil semasa, kadar on-net suara & SMS di nilai pada kadar 6 sen Apabila mencapai RM75 di dalam bil semasa, kadar on-net suara & SMS di nilai pada kadar 6 sen Apabila mencapai RM75 di dalam bil semasa, kadar on-net suara & SMS di nilai pada kadar 6 sen
Untuk maklumat lanjut mengenai pelan pascabayar terbaru Maxis, sila layari www.maxis.com.my