Maxis memperkasakan usahawan tempatan FELCRA Sungai Ara dengan kemahiran dan penguasaan peralatan digital
Sebagai sebahagian daripada inisiatif amal sempena musim Raya, Maxis baru-baru ini menganjurkan program Projek Laris Raya khas untuk komuniti FELCRA Sungai Ara di Kota Tinggi, Johor untuk memperkasakan usahawan tempatan di sini dengan alat digital yang betul dan kemahiran pemasaran untuk membantu mengembangkan perniagaan mereka.
Dalam program sehari yang diadakan di Pusat Internet FELCRA Sungai Ara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), 40 peserta mengambil bahagian dalam bengkel pemasaran digital, di mana mereka mempelajari bagaimana untuk mengoptimumkan perniagaan mereka menggunakan media sosial, penciptaan kandungan , fotografi dan perakaunan asas. Mereka juga diajar bagaimana untuk membina laman Facebook perniagaan, mengambil gambar Insta yang baik, menulis kapsyen gambar yang menarik perhatian dan memanfaatkan alat pemetaan digital. Seramai 60 sukarelawan Maxis dari Kuala Lumpur dan Johor, dengan pelbagai latar belakang digital, komunikasi dan IT, terlibat dalam acara itu, termasuk menjalankan bengkel tersebut.
Aktiviti lain juga diadakan untuk komuniti FELCRA Sungai Ara pada hari sebelumnya, termasuk klinik bola sepak untuk 20 pemain bola sepak, diikuti oleh majlis buka puasa yang disediakan oleh sukarelawan Maxis sendiri.
“Untuk musim perayaan ini, kami ingin membantu komuniti melalui aktiviti yang berbeza dan bermakna. Selama dua hari, sukarelawan Maxis menganjurkan aktiviti di FELCRA Sungai Ara. Kami amat bersesar hati kerana diberi kesempatan untuk memberi impak kepada komuniti di sini,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Hal Ehwal Korporat Maxis.
Mengulas mengenai pentingnya bengkel digital, Mazlan Mokhtar, Ketua Wilayah Selatan Maxis berkata,
“Kebanyakan usahawan tempatan, seperti di FELCRA Sungai Ara, mempunyai keazaman dan semangat tetapi mungkin tidak mempunyai pengetahuan atau akses kepada alat digital untuk mengembangkan perniagaan mereka. Oleh itu, sempena musim Raya ini, kami berpeluang untuk membantu komuniti dengan sesuatu yang akan memanfaatkan mereka untuk jangka masa yang panjang. Melalui bengkel ini, kami berharap mereka akan lebih bersedia untuk mewujudkan kehadiran atas talian, mengembangkan jangkauan pasaran mereka, berkomunikasi dengan mudah dengan pelanggan mereka serta mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dengan lebih cekap. “
Salah seorang peserta bengkel, Norazurah Mohamad, mengatakan bahawa sesi itu telah mengajar beliau cara baru mengembangkan perniagaannya.
“Melalui bengkel ini, saya kini mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk megembangkan perniagaan saya secara atas talian. Segala yang saya pelajari hari ini tidak ternilai. “
Selain peserta bengkel, sukarelawan Maxis juga teruja dengan program ini.
“Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi, adalah sangat bagus apabila kita dapat mengajar komuiti di sini tentang cara memasarkan perniagaan mereka menggunakan teknologi dan Internet. Saya berharap dengan kemahiran baru yang mereka pelajari hari ini, mereka akan dapat memperluaskan lagi perniagaan mereka, “kata Chai Tzyy Ping dari Unit Khidmat Pelanggan Perusahaan Maxis.
Maxis mengiktiraf betapa pentingnya menyumbang kepada komuniti, oleh itu ia kerap menganjurkan acara kebajikan perayaan sepanjang tahun. Di samping itu, Maxis juga menyediakan sokongan semasa musim banjir, dengan memastikan para pelanggan sentiasa terhubung dengan orang yang tersayang.
Selain dari program amal perayaan dan usaha bantuan bencana, Maxis juga melaksanakan pendidikan digital melalui program Maxis eKelas. Maxis eKelas adalah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang menawarkan gabungan tutorial langsung, pembelajaran kumpulan dan kandungan digital interaktif yang selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. Fokusnya ialah pada tiga mata pelajaran – Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris – untuk pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. Kandungan digital interaktif ini tersedia melalui portal eKelas di www.ekelas.com.my.