PELANGGAN MAXIS BAKAL MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA SEJARAH DENGAN MENYAKSIKAN MISI KE HUJUNG ANGKASA MELALUI PERANTI MUDAH ALIH
- Maxis adalah penyiar mudah alih tempatan bagi Red Bull Stratos, direka oleh Red Bull & Silver (Produk Eropah) dan Felix Baumgartner, satu misi ke hujung angkasa
- Pelanggan Maxis berpeluang untuk menyaksikan sejarah melalui peranti mudah alih mereka di mana sahaja dan pada bila-bila masa, melalui rangkaian terluas dan terpantas negara
- Maxis berusaha untuk menjadi yang pertama di dalam membawa para pelanggan pelbagai teknologi baru, menarik dan canggih, serta menyediakan pengalaman yang memperkayakan
Peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu terkemuka Malaysia, Maxis Berhad (Maxis), bakal menjadi sebahagian daripada sejarah dengan menjadi penyiar mudah alih tempatan rasmi bagi Red Bull Stratos, yang direka oleh Red Bull Blue & Silver (Produk Eropah), dan Felix Baumgartner, satu misi ke hujung angkasa. Pada 8 Oktober, jam 8.00 malam waktu Malaysia (tertakluk kepada keadaan cuaca yang sesuai), perintis penerbangan dari Austria, Felix Baumgartner, akan menaiki 120,000 kaki ke angkasa di dalam belon stratosfera merentas New Mexico, dan membuat lompatan bebas ke Bumi untuk memecah halangan bunyi pada kelajuan supersonik sebelum berpayung terjun ke darat. Maxis akan membawa acara bersejarah ini SECARA LANGSUNG kepada para pelanggannya merentasi peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba/PC.
Para pelanggan hanya perlu menekan link http://mlp.my/redbullstratos atau terus layari http://mylaunchpad.com.my untuk menonton video lompatan tersebut pada waktu yang telah dinyatakan. Link kepada video tersebut juga bakal disediakan di laman-laman web www.maxis.com.my, www.hotlink.com.my dan www.nowyoucan.com.my, serta akaun Facebook dan Twitter Maxis.
Tujuan utama projek Red Bull Stratos adalah untuk mengumpul data berharga untuk sains yang akan menyumbang besar kepada peningkatan keselamatan perjalanan angkasa dan membolehkan perlepasan altitud tinggi daripada kapal angkasa. Lompatan tersebut juga akan cuba untuk memecahkan pelbagai rekod seperti kelajuan tertinggi dalam jatuhan bebas, lompatan tertinggi dan penerbangan belon tertinggi yang dikendalikan oleh manusia.
“Kami berasa amat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada projek ini, yang mewakili kemajuan teknologi pada tahap tertinggi. Di Maxis, kami sentiasa berusaha untuk membawa kepada pelanggan kami pelbagai teknologi baru, menarik dan canggih, serta menyediakan pengalaman yang memperkayakan. Oleh itu, kami berasa amat bertuah kerana dapat memberi peluang kepada para pelanggan untuk menjadi sebahagian daripada sejarah dengan membawa acara yang disiar secara langsung ini kepada peranti mudah alih pintar mereka di mana sahaja dan pada bila-bila masa,” kata Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis.
“Kami juga telah terus mempertingkatkan pengalaman mudah alih kami untuk para pelanggan dengan memperkuatkan lagi teknologi yang sedia ada. Dengan jejak rangkaian berkelajuan tinggi yang terluas di negara ini, pelanggan bakal menikmati pengalaman yang lancar apabila menyaksikan acara bersejarah ini,” tambah Suren.
Baumgartner, 43, salah seorang daripada pelompat B.A.S.E paling terkenal di dunia, dan ahli Red Bull Stratos sudah sekian lama bersedia untuk memecahkan rekod bagi lompatan tertinggi altitud, untuk memecah rekod yang dicipta lebih 52 tahun yang lalu oleh seorang warga Amerika, Joseph Kittinger, yang mencapai lompatan daripada 102,800 kaki pada tahun 1960.
Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran mudah alih Maxis bagi misi Red Bull Stratos ke hujung angkasa, pelanggan boleh melayari http://mylaunchpad.com.my atau www.redbullstratos.com. Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dan berita terbaru di akaun Facebook Maxis (www.facebook.com/maxis) dan akaun Twitter (@maxiscomms).