MAXIS MEMPERKUKUHKAN KOMITMEN UNTUK MERAPATKAN JURANG DIGITAL DENGAN MEMANFAATKAN TEKNOLOGI CANGGIH DI KALANGAN BELIA ASEAN
- • ACC memperluaskan fokus Maxis dalam merapatkan jurang digital dan membolehkan penyepaduan dan pembinaan keupayaan di kalangan kanak-kanak sekolah di rantau ASEAN
- • Maxis menyambut ulangtahun program Maxis Cyberkids yang ke-10
- • Program Maxis Cyberkids akan diperluaskan ke sekolah Keperluan Khas
[dropcap]P[/dropcap]eneraju penyedia telekomunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad (Maxis), mengukuhkan komitmen untuk merapatkan jurang digital dengan menyediakan pelajar ASEAN dengan teknologi dan kemahiran ICT canggih. Dengan tema ‘We are stronger when we are connected’ (‘Kami lebih kuat apabila disambungkan’), Kem ASEAN Cyberkids (ACC) 2012 terus mempromosikan pengetahuan ICT serta kepelbagaian dan penyepaduan di kalangan belia ASEAN. ACC 2012, yang diadakan dari 29 Oktober hingga 2 November, menyaksikan 76 peserta, yang terdiri daripada pelajar berusia 13-17 tahun dan guru-guru dari lapan negara bersama dengan India yang menyertai aktiviti kem tahun ini.
Malaysia diwakili oleh empat pasukan di kem tersebut yang termasuk dua pemenang kebangsaan Cabaran Kebangsaan Maxis Cyberkids 2012 – dari SMK Belaga, Sarawak dan SMK St Michael, Sandakan, Sabah. Tahun ini juga adalah istimewa untuk Maxis kerana Program Maxis Cyberkids menyambut ulangtahunnya yang ke-10. Program Maxis Cyberkids adalah program perdana komuniti dari Maxis untuk menyebarkan pengetahuan ICT di kalangan pelajar dalam menyokong seruan Kerajaan untuk merapatkan jurang digital di negara ini.
Majlis penutup ACC 2012 yang diadakan pada 1 November dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), YB Dato’ Joseph Salang, dan dihadiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), YBhg Dato’ Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi, Pengerusi Maxis, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, dan Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das.
PROGRAM ASEAN CYBERKIDS
Sejak penubuhannya pada tahun 2008, ACC telah mencapai lebih 300 pelajar dan 105 guru dan telah mewujudkan satu kesan yang penting terhadap individu-individu ini dengan memanfaatkan ICT sebagai satu pemboleh untuk pendidikan. ACC mendedahkan para peserta kepada teknologi ICT terbaru dan memperkenalkan kepada mereka cara-cara pembelajaran yang kreatif dan inovatif menggunakan teknologi ICT terbaru. ACC terbuka kepada para peserta dari negara ASEAN, negara Rakan Dialog ASEAN iaitu Korea, Jepun dan Cina dan juga syarikat bersekutu Maxis di India dan Sri Lanka. Program buatan Malaysia ini dianjurkan setiap tahun oleh KPKK, SKMM dan Maxis dan adalah lanjutan Kem Maxis Cyberkids.
YB Dato’ Joseph Salang berkata “Persahabatan dan penyepaduan ke dalam keluarga ASEAN dengan menggunakan ICT sebagai platform adalah apa yang ingin digalakkan oleh Menteri-Menteri ASEAN dan Pegawai Kanan ICT. Lebih banyak anda memahami tentang budaya dan tradisi masing-masing, lebih rapat hubungan anda dan perasaan saling hormat menghormati akan terjalin. Menjelang 2015, kami berharap bahawa ASEAN akan menjadi satu keluarga. Dengan lebih lagi kem-kem seperti ini, kami juga berharap untuk menjadikan para remaja seperti anda semua berasa seperti anda adalah sebahagian dari keluarga ASEAN yang sama.
“Kem ASEAN Cyberkids tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa sokongan warga korporat seperti Maxis. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Maxis kerana telah mencapai ulang tahun ke-10 untuk inisiatif Kem Cyberkids mereka. Sepuluh tahun adalah masa yang lama untuk mengekalkan sebarang usaha tetapi untuk berbuat demikian dengan cara yang baik dan secara konsisten adalah sesuatu yang boleh dibanggakan dan kami mengucapkan tahniah kepada mereka diatas pencapaian yang penting ini,” tambah YB Dato’ Joseph Salang.
YM Raja Tan Sri Arshad berkata,
[pullquote]”Sejak beberapa tahun yang lalu, Maxis, dengan inisiatif perniagaan dan tanggungjawab korporat kami, berusaha untuk memberikan impak positif yang berpanjangan terhadap kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi.”[/pullquote]
Manfaat daripada program ASEAN Cyberkids adalah besar kerana ia memperluaskan lagi fokus kami untuk merapatkan jurang digital, serta penyepaduan dan pembinaan keupayaan di kalangan kanak-kanak sekolah di rantau ASEAN.”
Pada majlis penutup, para pelajar daripada ACC 2012 mempamerkan bakat dan kreativiti mereka melalui pelbagai projek yang dibangunkan sepanjang kem, dan sijil telah diserahkan kepada mereka untuk pencapaian masing-masing.
PROGRAM MAXIS CYBERKIDS
Program Maxis Cyberkids diperkenalkan pada tahun 2002 dengan tujuan menggalakkan penggunaan ICT kepada kanak-kanak dan memperkasakan mereka dengan kemahiran untuk meneroka, berkongsi dan menyebarkan pengetahuan dalam komuniti mereka. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan pelajar manakala pada masa yang sama, meningkatkan kualiti kepimpinan mereka. Sehingga kini, lebih dari 8,500 pelajar dan guru dari lebih 1,500 sekolah di seluruh Malaysia telah dilatih di bawah program ini dan dilengkapi dengan kemahiran asas ICT dan Internet.
“Tahun ini, kami amat gembira untuk meraikan ulangtahun Maxis Cyberkids yang ke-10, menandakan pembinaan keupayaan selama 10 tahun untuk guru dan para pelajar sekolah negara dan 10 tahun dalam menyumbang kepada masyarakat. Bersempena dengan pencapaian istimewa ini, Kem Maxis Cyberkids akan diperluaskan ke sekolah-sekolah keperluan khas. Kem perintis dijangka mengambil tempat sebelum akhir tahun ini, dengan kem-kem selanjutnya bakal diadakan pada tahun depan,” tambah YM Raja Tan Sri Arshad.
Cabaran Kebangsaan Maxis Cyberkids adalah sebahagian daripada rangka kerja Program Maxis Cyberkids. Ia adalah satu pertandingan kebangsaan yang menyediakan peluang untuk peserta Malaysia mempromosikan projek-projek yang diketengahkan semasa kem, dan telah dibangunkan sebagai platform untuk mengekalkan pembelajaran berterusan dan adalah alat untuk mengukur komitmen sekolah dan peserta Kem Maxis Cyberkids yang dipilih. Pada majlis penutup, hadiah juga diberikan kepada dua sekolah yang memenangi Cabaran Kebangsaan Maxis Cyberkids.
Maxis telah lama bergerak jauh daripada pendekatan dermawan kepada tanggungjawab sosial, dan sejak beberapa tahun lalu, ia telah melabur secara ketara dalam inisiatif pembangunan masyarakat, terutamanya inisiatif-inisiatif yang menangani akses kepada teknologi untuk komuniti terpinggir. Strategi Maxis adalah lebih mendalam dan menghubungkan usaha CR kepada objektif utama perniagaan.