in

Maxis Lancar Pelan Internet Data Mudah Alih Melalui Opera Mini

[dropcap]M[/dropcap]axis Berhad (“Maxis”), satu-satunya pembekal perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia, dengan kerjasama Opera Software, telah melancarkan pelayaran internet tanpa had melalui pelayar Opera Mini pada harga serendah RM1 sehari.

[pullquote align=”right”]Pelanggan Hotlink & Maxis boleh menikmati pelayaran laman web tanpa had serendah RM1 sehari melalui pelayar Opera Mini.[/pullquote]

Pelan data Opera Mini akan ditawarkan melalui platform pas web. Ia adalah cara yang fleksibel, mudah untuk difahami dan kos efektif untuk melayari internet tanpa perlu memberi komitmen kepada pelan data bulanan, sekaligus memberi kedua-dua pengguna prabayar dan pascabayar Maxis kebebasan untuk mengakses internet, dengan kawalan mutlak diatas pengalaman pelayaran masing-masing. Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan pelayaran laman web tanpa had serendah RM1 sehari. Pelan data Opera Mini membolehkan pelayar web mudah alih yang mementingkankos untuk menikmati pelayaran internet tanpa had melalui rangkaian Maxis, iaitu yang terluas dan terpantas di negara.

Menurut kata T Kugan, Ketua Perkhidmatan Digital Maxis:

“Maxis sentiasa mencari pelbagai cara untuk meningkatkan pengalaman internet mudah alih untuk para pelanggan kami. Dengan pelancaran pelayaran internet tanpa had melalui pelayar Opera Mini, kami menyediakan para pelanggan satu pelan data mudah alih yang menarik, terutamanya bagi pelayar mudah alih web yang mementingkan kos, untuk menikmati pelayaran internet tanpa had, pada bila-bila masa dan di mana sahaja, melalui rangkaian kami iaitu yang terluas dan terpantas di negara. Lebih penting sekali, melalui tawaran ini, kami mengukuhkan komitmen kami untuk memberi rakyat Malaysia lebih akses kepada internet.”

Menurut kata Lars Boilesen, Ketua Pegawai Eksekutif, Opera Software:

“Pelan data ini menggabungkan ciri-ciri yang pelanggan paling perlukan untuk pelayaran mudah alih web: kelajuan, fleksibiliti dan mudah diguna. Kerjasama dengan Maxis ini telah menawarkan peluang kepada kami untuk menyediakan lebih ramai rakyat Malaysia cara yang lebih mudah untuk mengakses internet dengan peranti mudah alih, melalui pelayar Opera Mini yang popular ini. Para pengguna boleh melayari laman web melalui peranti mudah alih pada harga yang mampu dimiliki.”

Apabila pengguna mudah alih ingin melayari web melalui rangkaian Maxis, mereka boleh mengaktifkan pelan data pelayaran tanpa had Opera Mini dengan mudah dan mula melayar dengan serta-merta. Pelanggan hanya perlu mengakses pelayar Maxis / Opera Mini, klik ikon web pas “RM1/DAY”, memilih pelan data tanpa had selama satu hari, dan mengesahkan pembelian.

Di samping menikmati pelan data ini serendah RM1 sehari, pelanggan juga boleh melayari Twitter Mudah Alih secara percuma melalui Maxis FREEZONE, dengan satu klik pada ikon Maxis FREEZONE di laman utama pelayar Maxis / Opera Mini.

Pelan data Opera Mini disediakan untuk pelayar Opera Mini 4.4 ke atas, pada BlackBerry, J2ME, S60 dan telefon Android. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan data pelayaran tanpa had Opera Mini dari Maxis, pelanggan boleh melawat www.hotlink.com.my.

Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan pelayaran laman web tanpa had serendah RM1 sehari.

Maxis-Opera Mini browser

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Selebriti di Larian Amal Feel Good Run 2013

Red Box Lancar Projek Amal We Care 2013