MyMaxis App kini boleh didapati untuk para pelanggan pascabayar Maxis, dan boleh di muat turun dari Google Play Store dan App Store. MyMaxis App adalah aplikasi layan diri yang amat senang dan mudah digunakan (sapu/sentuh untuk melihat skrin yang berbeza), mempunyai pemantau penggunaan internet mudah alih dan ganjaran-ganjaran yang akan mengikuti anda ke mana sahaja anda pergi. Pelanggan juga hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses maklumat mereka dengan serta-merta.
MYMAXIS APP Memandu Masa Depan Perkhidmatan Pelanggan Layan Diri
Aplikasi semua-dalam-satu MyMaxis App membolehkan anda menguruskan akaun sepenuhnya dengan ciri-ciri layan diri yang mudah. Lihat maklumat akaun, beli data, muat turun dan bayar bil, semak penggunaan data, segalanya secara langsung dari telefon pintar anda. Dapatkan notis bagi lebih 100 ganjaran eksklusif yang mengikuti anda ke mana sahaja anda pergi.
Sebagai satu aplikasi layan diri, anda boleh melihat maklumat akaun sepintas lalu, mengakses ciri-ciri layan diri dengan cepat, memuat turun dan bayar bil, menyemak penggunaan data serta membeli pas data. Sebagai satu aplikasi ganjaran, ia menawarkan pelanggan lebih 100 ganjaran dalam kategori makan, pelancongan, hiburan, kesihatan & kecantikan dan membeli-belah menggunakan teknologi berasaskan lokasi, dimana pelanggan akan menerima notis apabila mereka berhampiran dengan ganjaran tersebut. Mereka boleh melihat dan menebus ganjaran-ganjaran ini yang berdasarkan lima kategori utama.
“Peranan pusat fizikal telah berkembang daripada menjadi tempat yang berorientasikan transaksi kepada tempat yang berasaskan konsultasi. Oleh itu, aktiviti-aktiviti seperti menyemak bil, pengesanan penggunaan, pembelian dan pembayaran boleh dilakukan oleh pelanggan itu sendiri hanya melalui aplikasi ini. Kami juga telah mengira bahawa aplikasi ini sebenarnya dapat menjimat lebih daripada 34 jam masa anda setahun.
“Cita-cita kami untuk MyMaxis App dalam hal ini adalah mudah – kami ingin memberi kuasa kepada para pelanggan kami untuk berinteraksi dengan kami dengan mudah dengan mengakses perkhidmatan kami melalui peranti mereka. Matlamat kami adalah untuk menjadikan aplikasi ini sebagai pilihan utama bagi semua aktiviti utama pelanggan. MyMaxis App juga menunjukkan bahawa walaupun kami telah melabur dalam pendigitalan untuk memastikan bahawa para pelanggan kami mempunyai kawalan penuh ke atas akaun-akaun mereka melalui telefon pintar, kami masih mengekalkan hubungan peribadi dengan mereka melalui ganjaran yang mengikuti mereka ke mana sahaja mereka pergi,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.
Untuk mula menggunakan MyMaxis App, muat turun aplikasi tersebut dari Google Play bagi pengguna Android dan dari App Store bagi pengguna iOS. Apabila selesai dengan muat turun, pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses maklumat akaun dan ganjaran mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maxis.com.my