in

Maxis & IJN Jalin Kerjasama Untuk Kesihatan Pelanggan

MAXIS DAN IJN MENJALINKAN KERJASAMA UNTUK MEMBAWA KANDUNGAN PENJAGAAN KESIHATAN DAN KESEDARAN KEPADA PELANGGAN MAXIS

• Pelanggan Maxis akan menerima tips kesihatan jantung yang disahkan oleh IJN melalui SMS dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan melanggan perkhidmatan tersebut

• Pelanggan Maxis juga dapat mengakses maklumat penting yang berkaitan dengan kesihatan jantung secara percuma dengan memuat turun aplikasi baru ‘myHealthy Heart’

• Maxis akan menyumbang 10% daripada hasil yang dijana dari khidmat pesanan ringkas (SMS) ini untuk disalurkan kepada Yayasan IJN

Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu Malaysia, dan Institut Jantung Negara (IJN), sebuat pusat perubatan kardiovaskular dan torasik yang terkemuka, hari ini mengumumkan jalinan kerjasama yang pertama untuk menawarkan perkhidmatan kandungan penjagaan kesihatan melalui teknologi mudah alih kepada pelanggan Maxis dan mewujudkan kesedaran mengenai kesihatan jantung untuk rakyat Malaysia. Melalui kerjasama ini, Maxis akan menawarkan kandungan kesihatan jantung kepada semua pelanggannya, yang boleh diakses dari telefon mudah alih yang mempunyai ciri-ciri khidmat pesanan ringkas (short messaging service – SMS), peranti pintar atau laman web.

Maxis and IJN_1

Para pelanggan Maxis yang berminat untuk menerima tips kesihatan jantung melalui SMS boleh melanggan pekhidmatan tersebut dan menerima tiga SMS seminggu. Kandungan SMS ini akan disahkan dan disediakan oleh IJN. Selain itu, pelanggan yang mempunyai telefon pintar boleh mengakses maklumat penting yang berkaitan dengan kesihatan jantung secara percuma dengan memuat turun aplikasi telefon pintar baru ‘myHealthy Heart’. Sementara itu, mereka yang mempunyai akses web boleh mengunjungi portal kesihatan health.mylaunchpad.com.my untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan kesihatan.

Dalam ucapannya, YBhg Prof Dato Dr Mohd Azhari Yakub, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, memberikan ucapan terima kasih kepada Maxis kerana memilih IJN sebagai rakan kongsi dalam menyampaikan perkhidmatan maklumat kesihatan jantung dan berharap ia akan menjadi satu perkongsian yang akan memberi manfaat kepada Maxis dan IJN.

“Saya percaya bahawa kerjasama antara IJN dan Maxis ini adalah sangat bermakna kerana kedua-dua organisasi mempunyai kekuatan dan pengkhususan yang saling melengkapi. Kerjasama ini akan memberikan manfaat yang besar kepada rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan maklumat kesihatan jantung kami untuk meningkatkan kesejahteraan dan gaya hidup mereka,” kata Dato Dr Azhari.

Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis berkata, “Maxis dan IJN telah bekerjsama sebagai dua penyedia penyelesaian bersepadu. Sebagai peneraju dalam bidang masing-masing, perkongsian kami adalah satu padanan yang sesuai dan kami saling melengkapi satu sama lain dengan menyediakan pelbagai kandungan kesihatan yang disahkan oleh IJN untuk rakyat Malaysia serta mewujudkan kesedaran awam mengenai penyakit kardiovaskular dengan maklumat kesihatan jantung melalui teknologi dan aplikasi mudah alih.

“Kami juga berasa bangga untuk bekerjasama dengan IJN kerana ia merupakan satu langkah positif untuk Maxis dalam perjalanan kami ke arah masa depan dimana teknologi akan memastikan bahawa semua pengguna bakal mempunyai akses kepada perkhidmatan kehidupan seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan,” kata Suren.

Bersempena dengan kerjasama ini, Maxis akan menyumbang 10% daripada hasil yang dijana dari perkhidmatan SMS ini kepada Yayasan IJN untuk program bantuan pesakit. Yayasan IJN pada tahun 2011 telah membelanjakan RM2 juta untuk membantu pesakit yang kurang bernasib baik.

Butir-butir perkhidmatan bersempena dengan kerjasama ini adalah seperti berikut:

Kandungan berkaitan kesihatan jantung yang disahkan oleh IJN
Maxis akan menawarkan kandungan SMS yang disahkan oleh IJN, dan menyediakan pelanggan dengan maklumat berguna dan tips kesihatan penting yang berkaitan dengan kesihatan am jantung, kesihatan kardio dan diet jantung sebagai permulaan, dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Para pelanggan akan dapat menerima semua tips kesihatan yang hebat ini dalam bentuk SMS, tiga kali seminggu pada kos sebanyak RM2 sebulan atau pada harga RM0.20 sen setiap SMS. Untuk melanggan perkhidmatan ini, pelanggan hanya perlu dail *200#, pilih “Health and Wellness” dan ikut arahan untuk mendapatkan pelbagai pilihan yang boleh dibuat oleh mereka.

Aplikasi Telefon Pintar ’myHealthy Heart’
Aplikasi baru ’myHealthy Heart’ Maxis boleh dimuat turun pada peranti iPhone dan Android. Pelanggan boleh menggunakan aplikasi ini untuk mengakses maklumat bernilai yang berkaitan dengan kesihatan jantung secara percuma seperti pedometer, kalkulator BMI, skor risiko Framingham, maklumat mengenai kalori makanan Malaysia yang popular, ubat-ubat untuk penyakit jantung yang tertentu, peringatan ubat-ubat dan juga berita terkini mengenai kesihatan jantung. Pakej kandungan SMS juga boleh dilanggan melalui aplikasi ini.

Portal Kesihatan Online
Bersempena dengan kerjasama ini, Maxis juga telah melancarkan portal kesihatan online health.mylaunchpad.com.my yang memaparkan bahagian khusus untuk Kesihatan Jantung dengan pelbagai kandungan yang berguna seperti idea senaman dan diet serta topik-topik kesihatan am lain yang telah disediakan dengan kerjasama IJN, Men’s Health dan salah seorang daripada pakar kesihatan Malaysia, Kevin Zahri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Camar Putih Mengisi Slot Cindai

Jason Mraz Scores With Love Is A Four Letter Word