in ,

Maxis Derma RM120,000 Kepada Yayasan Nurjiwa

MAXIS DERMA RM120,000 KEPADA YAYASAN NURJIWA 
Pelanggan Maxis dan Hotlink dihiburkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza di Malam Gala Maxis
 

Maxis Communications Berhad (‘Maxis’) telah mendermakan hasil kutipan Malam Gala Maxis konsert oleh Dato’ Siti Nurhaliza kepada Yayasan Nurjiwa, sebuah pertubuhan amal yang ditubuhkan oleh penyanyi itu dan suaminya. Hasil kutipan mencecah RM120,000. Rossana Rashidi, Ketua Pegawai Kewangan Maxis telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Dato’ Siti di satu majlis ringkas yang diadakan selepas konsert itu. 

Rossana Rashidi berkata, “Maxis sentiasa memegang komitmennya untuk menyumbang kepada masyarakat setempat. Malam ini, kami berbangga mendermakan semua hasil kutipan daripada malam gala Maxis kepada tujuan amal yang akan membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dan mangsa bencana. Sebagai tambahan, kami juga dengan senang hati membawa kepada pelanggan setia Maxis persembahan berkualiti artis tekemuka Malaysia.”  

Maxis telah menghiburkan lebih 1,400 pelanggan Hotlink dan Maxis dengan “Konsert Eksklusif Satu” Dato’ Siti sebagai sebahagian daripada malam gala Maxis. “Konsert Eksklusif Satu”, diinspirasikan oleh seruan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk rakyat bersatu padu. Lebih 130 pelanggan Maxis bertuah (dan pasangan) telah memenangi tiket konsert premium bagi menonton persembahan secara langsung diva popular Malaysia itu. Mereka sama ada telah menjawab soalah trivia SMS dengan betul; memuat turun nada dering pemanggil Dato’ Siti atau menebus mata ganjaran Hotlink untuk tiket konsert. Sebagai tambahan, pelanggan lain juga menikmati diskaun istimewa 20% ke atas tiket. Tiket-tiket telah habis dalam beberapa hari pengumuman malam gala. 

Dato’ Siti Nurhaliza telah mempersembahkan lebih 30 lagu hitnya sepanjang konsert dua jam itu, termasuk lagu popular seperti Di Taman Teman, Cahaya Cinta, Hati, Pada Cintanya dan Ku Mahu. Tema konsert berkisar turun dan naik Dato’ Siti setelah lebih satu dekad nyanyian dan meliputi perjalanannya ke puncak. Kira-kira 25 penari dan 20 pemuzik telah mengiringi Dato’ Siti sepanjang persembahan itu. 

Berbeza dengan malam biasa, malam Gala Maxis telah dibuka dengan persembahan bertenaga dari Aizat. Bintang kelahiran Akademi Fantasia ini telah membawa lagu 4 buah lagu. Satu lagu tribute kepada Bintang Pop yang telah meninggal dunia pada hari Khamis lalu dan sebuah lagu tribute buat Bintang Pop Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza berjudul Bagaikan Permata.

Sehubungan dengan konsert itu, Maxis menawarkan pakej nada dering pemanggil Dato’ Siti pada kadar RM5 sebulan. Pakej itu termasuk tiga lagu paling popular Dato’ Siti. Bagi memuat turun nada dering pemanggil, pelanggan hanya perlu mendail *131*<kod># atau melawat laman web Hotlink di www.hotlink.com.my. Setiap nada dering pemanggil berharga RM3. (sila rujuk Lampiran 2 untuk senarai kandungan). 

Maxis seringkali membawa hiburan bertaraf dunia sebagai ganjaran kepada pelanggan. Dalam hiburan, Maxis sebelum ini telah membawa artis-artis terkemuka seperti Gwen Stefani, sensasi pop Korea Rain, Sean Kingston, Pussycat Dolls, Fort Minor, dan kumpulan Black Eyed Peas. Ia juga telah membawa masuk artis terkenal China seperti David Tao, Eason Chan, Leo Ku, Miriam Yeung, S.H.E, Jay Chou, Z Chen dan A Mei.

Dalam sukan, kejohanan Maxis Team Golf Tour yang baru dilancarkan kini berada dalam tahunnya yang kesembilan berturut-turut. Ia merupakan pertandingan golf amatur paling berprestij di negara ini. Kejohanan itu telah membawa ahli-ahli Maxis One Club ke padang golf terbaik di negara seperti Mauritius, Australia, China, Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Gambar masa Siti nyanyi lagu opening… more picture after this. Tunggu~!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pameran Baju Dato’ Siti Nurhaliza di Lobi Istana Budaya

The Making of… A Cup of Love di 8TV