in

Maxis Beramah Mesra Bersama Penghuni Rumah Kebajikan

MAXIS BERAMAH MESRA BERSAMA PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN DI BAWAH PENJAGAANNYA MELALUI AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK

• Kakitangan dan sukarelawan Maxis menganjurkan aktiviti beramah mesra bersama penghuni rumah kebajikan yang berada di bawah penjagaannya, iaitu Independent Living and Training Centre (ILTC) dan Rumah Orang Tua Jenjarom
• Maxis kekal komited dalam mewujudkan impak positif terhadap komuniti di mana ia beroperasi

Kakitangan dan sukarelawan peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad (Maxis), baru-baru ini telah mengeratkan hubungan bersama para penghuni rumah kebajikan yang berada di bawah penjagaannya, iaitu Independent Living and Training Centre (ILTC) dan Rumah Orang Tua Jenjarom, melalui pelbagai aktiviti di premis masing-masing.

Event Maxis

Sesi beramah mesra tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan para penghuni, di samping memberi peluang untuk kakitangan dan sukarelawan Maxis meluangkan masa dan menjalinkan hubungan mesra antara mereka.

Lima puluh penduduk ILTC menikmati satu sesi permainan papan, manakala 80 penduduk daripada Rumah Orang Tua Jenjarom yang merupakan peminat karaoke telah menikmati sesi karaoke oleh Maxis baru-baru ini. Di Jenjarom, Ketua Produk Mudah Alih dan Perkhidmatan Antarabangsa Maxis, Jeff Chong juga turut hadir, bersama dengan sukarelawan Maxis yang telah mendendangkan dua buah lagu iaitu, “Stand By Me” dan “The Moon Represents My Heart” untuk menghiburkan para penghuni. Seramai dua puluh warga emas rumah tersebut juga telah menyanyikan lagu kegemaran mereka dan penghibur terbaik telah diberikan hadiah.

“Di Maxis, tanggungjawab korporat merupakan DNA kami dan adalah sebahagian besar daripada misi korporat kami. Untuk mencapai matlamat ini, selain daripada hanya menyediakan sokongan kewangan, kami juga ingin memperibadikan program beramah mesra bersama komuniti kami dengan meganjurkan acara yang ringkas tetapi bermakna kepada para penghuni rumah kebajikan di bawah penjagaan kami. Dengan melibatkan kakitangan Maxis sebagai sukarelawan, kami berasa gembira dapat memberikan mereka peluang untuk mengalami cabaran-cabaran yang dihadapi oleh warga istimewa komuniti ini secara peribadi dan perasaan empati terhadap keperluan mereka,” kata YM Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Maxis.

”Maxis berdedikasi untuk membina masa depan yang lebih baik untuk komuniti di mana kami beroperasi. Kami kekal komited untuk memberikan impak yang positif melalui inisiatif seperti program Pengambilan Rumah Sebagai Rumah Angkat (Home Adoption Programme),” tambah Tan Sri.

Dilancarkan pada bulan Julai 2012, program Pengambilan Rumah Sebagai Rumah Angkat Maxis adalah satu lagi inisiatif tanggungjawab korporat sebagai sebahagian daripada pemangkin pembangunan komuniti Maxis untuk tahun ini. Di bawah program ini, Maxis berikrar untuk memberikan sokongan kepada dua buah rumah kebajikan iaitu ILTC, sebuah pusat bagi orang kurang upaya yang dikendalikan oleh orang kurang upaya, dan Rumah Orang Tua Jenjarom. Maxis akan menyediakan sumbangan wang tunai dan menganjurkan aktiviti-aktiviti penglibatan dan latihan yang relevan untuk tempoh satu tahun. Program ini, yang memberi tumpuan kepada pengintegrasian dan membantu kehidupan para penghuni rumah kebajikan ini, direka untuk melengkapkan mereka yang kurang bernasib baik dengan kemahiran dan pengetahuan yang sewajarnya.

Sejak beberapa tahun yang lepas, Maxis telah menunjukkan komitmennya kepada program yang menyumbang kepada komuniti dan menyokong aspirasi negara dalam bidang teknologi, pendidikan dan pembangunan belia. Maxis baru-baru ini telah menerima anugerah CSR Terbaik di Malam Anugerah PC.com 2011, satu pengiktirafan untuk usahanya ke arah memperkayakan kehidupan komuniti tempatan melalui usaha-usaha tanggungjawab korporat seperti kem Maxis Cyberkids, program Cabaran Kandungan Mudah Alih, Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis serta usaha Maxis di dalam menyediakan bantuan untuk mangsa banjir dan bantuan kepada pelbagai keperluan sosial. Maxis juga menerima Anugerah Pengupayaan Sosial (Social Empowerment Award) untuk program perdana tanggungjawab korporat, iaitu Cyberkids, di anugerah Asia Responsible Entrepreneurship Awards 2012 bagi Asia Tenggara.

Event Maxis

Event Maxis

Event Maxis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

U Mobile Anchors East Coast Presence With New Store

Gambar Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Kedua