MAXIS ANUGERAH RM3.16 JUTA BIASISWA KEPADA 22 PELAJAR SARJANA MUDA
• Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis untuk menunjukkan komitmen Maxis dalam memupuk kumpulan bakat Malaysia dengan melengkapkan mereka dengan peluang-peluang pendidikan bertaraf dunia
• Maxis terus memperkayakan kehidupan pelanggan dan kanak-kanak pekerja melalui pendidikan luar teknologi komunikasi
• Maxis memberi penghormatan kepada ibu bapa penerima anugerah atas usaha dan sokongan mereka dalam mengembangkan potensi anak-anak mereka
Maxis Berhad (Maxis), pembekal perkhidmatan komunikasi bersepadu terbesar Malaysia; terus menunjukkan komitmen terhadap pendidikan dan pembangunan kepimpinan dengan menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis (MSEA) bernilai sebanyak RM3.16 juta kepada 22 pelajar muda Malaysia yang cemerlang. Anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato Saifuddin Abdullah dan Pengerusi Maxis, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda.
Penerima anugerah tersebut yang terdiri daripada 7 penerima ijazah pertama universiti luar negara dan 15 universiti tempatan, telah dipilih oleh panel hakim yang berwibawa. Mereka ialah Profesor Dato Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Timbalan Naib Canselor Universiti Antarabangsa Inti Malaysia, Profesor Datuk Dr Roziah Omar, Pengarah Pendidikan Tinggi Akademi Kepimpinan (AKEPT – Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi) Kementerian Pengajian Tinggi dan Profesor Madya Dr. Stefanie Pillai, Pengarah, Pusat Latihan dan Hubungan Industri, Universiti Malaya.
Dalam ucapannya, YB Dato Saifuddin Abdullah berkata, “Wawasan kami di Kementerian Pengajian Tinggi adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan bagi pendidikan tinggi. Dalam usaha untuk kita mencapai matlamat ini, kami terus mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan individu yang kompeten dan inovatif dengan nilai moral tinggi untuk memenuhi standard kebangsaan dan antarabangsa. Program seperti Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis mewakili komitmen untuk menyokong Kerajaan dengan membuka peluang untuk mewujudkan kumpulan bakat yang pelbagai bagi Malaysia yang boleh membantu untuk memacu wawasan negara.
Sementara itu, YM Raja Tan Sri Arshad berkata, “Dengan Biasiswa Maxis untuk program kecemerlangan, kami telah memperkukuhkan komitmen kami terhadap bidang pendidikan dengan menyediakan bakat muda Malaysia yang terbaik sokongan kewangan yang mereka perlukan serta peluang pendidikan bertaraf dunia untuk mencapai aspirasi mereka. Sebagai pembekal perkhidmatan komunikasi bersepadu yang ulung di negara ini, kami bertanggungjawab menyumbang ke arah matlamat negara dalam membentuk tenaga kerja bertaraf dunia dengan memberi pelajar-pelajar kita lebih banyak peluang untuk menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk melabur dalam program tersebut untuk memupuk bakat dan untuk membantu merealisasikan potensi dan mencapai matlamat mereka.
“Tahun ini, kami juga ingin untuk memberikan penghormatan kepada ibu bapa pelajar terhadap usaha dan sokongan mereka dalam menggalakkan mereka anak-anak mereka menjadi individu yang luar biasa, mengembangkan potensi mereka seterusnya membawa kepada pemilihan mereka sebagai pemenang anugerah biasiswa berprestij berasaskan merit ini, ” tambah YM Raja Tan Sri Arshad.
Marlysa Abdul Razak dari Universiti Teknologi MARA yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-undang, melahirkan rasa gembira dipilih sebagai salah seorang penerima. “Saya sangat terkejut apabila saya mendapat panggilan bahawa saya telah dipilih sebagai penerima dan segera menelefon ibu saya untuk berkongsi berita baik tersebut. Sekeping berita ini adalah penting dalam membina keyakinan saya dan kepercayaan bahawa saya boleh mencapai perkara yang lebih baik dalam kehidupan, ” katanya.
Biasiswa penerima Ng Xi Jing, yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBS) di Universiti Perubatan Antarabangsa berkata, “Saya berterima kasih menerima MSEA dari Maxis, salah satu syarikat tempatan yang paling dikagumi di negara ini. Dengan biasiswa ini, saya menapak satu langkah besar dalam mendekati impian saya kerana saya kini boleh menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran dan bukannya bimbang tentang membiayai pengajian saya seterusnya.”
Satu lagi penerima biasiswa, Saadeesh Gunasekaran yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di University of Nottingham Malaysia amat teruja dipilih sebagai salah satu penerima pemberian biasiswa elit dan berprestij ini. Ibu bapanya gembira kerja keras dan ketekunan beliau telah terbayar dan mereka berterima kasih kepada Maxis yang telah menawarkan peluang ini kepada anak mereka.
Janice Lim yang telah bersama Maxis selama 12 tahun dan ibu kepada Nisha Li Ann Nijhar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains di Universiti Melbourne, dengan bangga dan mengatakan: “Biasiswa ini akan menyediakan Nisha peluang untuk mendapat pendidikan yang sempurna dan melengkapkan aspirasi kerjaya masa depan dan matlamat hidup Nisha, bukan hanya melengkapkannyauntuk menghabiskan pengajian di universiti, tetapi untuk cemerlang pada masa hadapan. Saya bangga menjadi seorang pekerja Maxis, sebuah syarikat yang terus menawarkan inisiatif yang besar kepada pekerja mereka dan keluarga mereka.”
Penerima Biasiswa Maxis kini dan yang lepas telah melanjutkan pengajian mereka ke universiti terbaiki dan berprestij di Malaysia dan juga dunia, termasuk London School of Economy, King College London, University of Oxford, Imperial College London, Universiti Columbia, Harvard Business School, Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Monash dan Universiti Perubatan Antarabangsa dalam pelbagai bidang pilihan mereka.
Di Samping MSEA, Maxis juga melaksanakan inisiatif-inisiatif yang berkaitan dengan pendidikan yang bertujuan untuk membawa impak positif ke atas kehidupan komuniti di mana Maxis beroperasi. Inisiatif ini, yang memudahkan usaha-usaha pendidikan ke arah merapatkan jurang digital dan melengkapkan pelajar-pelajar Malaysia dengan kemahiran yang berkaitan dengan teknologi, program-program tersebut termasuk projek perdana Cyberkids Maxis, Kem Cyberkids, Cyberkids ASEAN, Cabaran Kandungan Mudah Alih Maxis, Rakan Bersepadu Maxis untuk Program Pendidikan (MIPE) dan pusat pembangunan pekerja moden, Akademi Maxis.
Program berterusan Maxis MSEA Pasca Siswazah pula telah dilancarkan pada tahun 2005 untuk menyokong graduan cemerlang Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian lepasan siswazah dan penyelidikan di universiti terkemuka di luar negara. Ini diikuti oleh pengembangan skop program ini pada bulan September 2008 untuk merangkumi Program MSEA untuk penagajian Sarjana Muda yang dibuka kepada warganegara Malaysia yang telah menjadi pelanggan pasca bayar Maxis bagi tempoh minimum satu tahun (atau kanak-kanak Malaysia pelanggan Maxis) dan juga kepada anak-anak pekerja Maxis. Sehingga kini, termasuk 22 penerima hari ini, Maxis telah mencatatkan lebih daripada RM32 juta dalam pemberian biasiswa kepada 108 penerima ijazah luar negara tempatan dan 47 sarjana muda serta 27 penerima pascasiswazah. Terdapat dua tingkap permohonan sarjana muda dalam setahun. Tetingkap semasa bagi 2012 kini dibuka sehingga 3 Jun 2012. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.maxis.com.my / biasiswa.