Menurut ruangan gossip di Hip, Mawi dikatakan enggan nyanyi sebab takde dalam perjanjian. Kisahnya, Mawi disuruh nyanyi tapi Mawi tak mau nyanyi. Kesian penganjur duk pujuk Mawi tapi masih enggan. Mawi hanya mahu baca puisi dengan Ekin aje.
Dengarnya… Bosan sikap ‘Raja SMS’
Mawi wajar lebih berhati-hati jika mahu terus kekal bertahta di hati peminat.Â
SEJAK akhir-akhir ini, ada beberapa cerita kurang enak yang Cik Normah dengar mengenai penyanyi lelaki nombor satu negara, siapa lagi kalau bukan Asmawi Ani.
Pertama sekali Cik Normah nak minta maaf kepada peminat Mawi, janganlah sensitif sangat dengan teguran Cik Normah kepada penyanyi yang sedang berbahagia dengan wanita bernama Ekin. Cik Normah tegur bukan kerana bencikan Mawi, sebaliknya Cik Normah sayang dan tidak mahu Mawi hanyut dengan populariti yang boleh memamah dirinya.
Baru-baru ini seorang teman mengadu kepada Cik Normah mengenai sikap Raja SMS ini. Katanya, Mawi diundang untuk membuat persembahan pada Konsert Belia Malaysia Cintakan Kedamaian. Dalam kontrak sudah tertera Mawi perlu menyanyi dan membaca puisi bersama isteri tersayang. Pada hari dijanjikan, Mawi menepati janjinya untuk datang ke konsert berkenaan ditemani isteri tercinta yang turut sama diundang membaca puisi mengenai kedamaian. Tapi apa yang membuatkan penganjur kecewa dengan sikapnya apabila diminta mendendangkan sebuah lagu, Mawi berkeras tidak mahu menyanyi dengan alasan tiada dalam kontrak yang ditandatangani.
Puas juga penganjur memujuk berkali-kali dengan cara baik tetapi Mawi tetap enggan. Dia hanya mahu baca puisi dengan Ekin saja. Teman Cik Normah pun tak tahu kenapa Mawi bersikap begitu. Agaknya dia tidak boleh menyanyi kot kalau Ekin tidak ada di sisinya. Kalau tahu macam tu, bawa saja Ekin naik pentas menemani dia menyanyi atau jadi penari latar.
Atau kalau susah-susah sangat, lepas ni kita minta Maestro buat album duet Mawi dan isteri kesayangannya itu. Iyalah, industri hiburan kita ni pun sudah ketandusan penyanyi duet sejak tempat itu dikosongkan pasangan duet Ajai dan Nurul.
Yang membuatkan teman Cik Normah panas, kalau iya pun tak mahu menyanyi, tolaklah secara elok. Ini tidak, sudahlah dia tidak banyak cakap, siap buat muka tak kuasa dengan teman Cik Normah.
Cik Normah bukannya apa, risau juga nanti populariti Mawi merudum, macam mana pula? Lagi pun Cik Normah ada juga dengar cerita tahun ini tiada penganjur yang mahu memanggil Mawi untuk jayakan Minggu Setiausaha. Tak tahu pula Cik Normah apa sebabnya, cuma nasihat Cik Normah kepada Mawi, berhati-hatilah kerana dunia ini ibarat roda ada masanya kita di atas dan tidak mustahil satu hari nanti kita akan berada di bawah. Jadi berhati-hatilah…! [sumber]